Turut dicadangkan ialah pelarasan elaun bantuan sara hidup (COLA)
kepada RM400 sebulan berbanding RM150 dan RM300 pada masa ini serta
cadangan menaikkan elaun tetap keraian.
Beliau berkata semua cadangan itu diharap dapat dilaksanakan tahun depan.
"Kita juga minta 22 klasifikasi perkhidmatan yang telah diberi
persetujuan untuk dinaik taraf (dalam Saraan Baru Perkhidmatan Awam
(SBPA)) daripada gred 17 kepada gred 27 seperti juruteknik, renjer
hutan, pembantu pertanian berkuatkuasa 1 Jan 2012," katanya.
Aziz berkata selain 23 syor itu, Cuepacs turut membentangkan 23 isu
penjawat awam pada masa ini serta 24 cadangan penambahbaikan untuk
memberi pengiktirafan kepada penjawat awam.
Katanya Cuepacs komited mengubah persepsi rakyat mengenai kualiti perkhidmatan awam demi kepuasan rakyat.
"Kami komited untuk memberi jaminan kepada kerajaan bahawa Cuepacs
menyokong penuh supaya perubahan drastik dibuat untuk memperbaiki sistem
penyampaian yang ada sekarang ini," katanya.-/Utusan Malaysia