PERHATIAN!: KEPADA BLOGGER YG INGIN BERTUKAR LINK, SILA TINGGALKAN JEJAK DI RUANG KOMEN.. TQ

.

Saturday 17 May 2014

Wanita tanpa pengenalan diri ditemui bersolat atas jejambat

KUALA LUMPUR: Seorang wanita menggemparkan pemandu yang menggunakan jejambat berhampiran Bangunan Dewan Bahasa dan Pustaka di ibu negara pagi ini, apabila dilihat menunaikan solat dan membaca al-Quran.

Gambar wanita berkenaan yang lengkap bertelekung sambil bersimpuh di atas sejadah dan membaca al-Quran mula tersebar di laman sosial sejak tengah hari ini.

solat wanita
-- Gambar Facebook UMB-X


Memetik laporan MStar sebagai berkata, maklumat awal mendapati Anita Shiar, 27, mendakwa dia bermimpi ditimpa perkara tidak baik lalu bertindak bersolat di merata lokasi.

Laporan disahkan diterima Ketua Polis Dang Wangi, ACP Zainuddin Ahmad.

Wanita terbabit ditemui tanpa dokumen pengenalan diri dan kemudian di hantar ke Hospital Kuala Lumpur untuk pemeriksaan lanjut//(awani)

Cari parang.. klik http://parangonline.blogspot.com

Thursday 15 May 2014

Kenapa Ahmad Said ‘turn back’?

PETALING JAYA: Semalam segala-galanya berakhir apabila tiga ADUN yang buat onar, Datuk Seri Ahmad Said (Kijal), anak sepupunya, Ghazali Taib (Ajil)  dan Roslee Daud (Bukit Besi) tak jadi meninggalkan Umno. Di saat-saat Umno Terengganu sedang nazak, Umno memerlukan mereka bertiga.
Tahniah kepada mereka bertiga yang menyokong Menteri Besar baharu, Datuk Ahmad Razif Abdul Rahman. Razif bersetuju menyediakan bas percuma kepada rakyat Sabtu ini di setiap daerah di Terengganu untuk pergi ke rumah Ahmad Said kerana mengenang jasa beliau sebagai menteri besar Terengganu selama enam tahun.
Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak pula merendahkan diri memohon maaf kepada Ahmad Said kerana menganggap majlis perkahwinan anaknya Sabtu ini sebagai masalah peribadi dan bukannya masalah kerajaan. Ahmad Said sebagai manusia biasa tidak sempurna bertindak emosional apabila menyentuh soal perkahwinan anaknya.
Malah beliau mengakui anaknya trauma selepas Najib enggan menangguhkan peletakan jawatannya sebagai menteri besar walaupun beliau tahu kontraknya berakhir pada 9 Mei lalu. Alasannya beliau memilih tarikh Sultan Terengganu lapang maka majlis itu diadakan pada 17 Mei dan bukannya dia sengaja melengah-lengahkan majlis perkahwinan anaknya.
Ada yang menganggap penangguhan peletakan jawatan itu adalah helah Ahmad Said untuk membeli Exco-Exco yang ada. Ramalan ini tepat apabila seorang Exco yang enggan menyebut nama mengesahkan kepada FMT bahawa bekas menteri besar itu memang berhasrat membawa beberapa exco ke luar negara selepas 12 Mei. Apabila info ini diketahui oleh Najib, maka Najib bertegas supaya Ahmad Said tetap meletakkan jawatan sebagai menteri besar pada hari yang sama.
Sebab itu Setiausaha Agung Umno, Datuk Seri Tengku Adnan Tengku Mansor dihantar ke Kuala Terengganu pada petang yang sama untuk memaklumkan peletakan jawatan Ahmad Said dan pada malam yang sama diadakan majlis angkat sumpah menteri besar baharu seolah-olah ia diadakan secara tergesa-gesa.
Malah ada sumber yang rapat dengan Ahmad Said berkata bekas menteri besar itu tidak dimaklumkan majlis angkat sumpah itu. Sebab itu Ahmad Said tidak hadiri majlis tersebut.
Sumber yang rapat dengan PAS memberitahu FMT, dua hari sebelum majlis angkat sumpah menteri besar yang baharu, Ahmad Said telah menghantar Bendahari Umno Bahagian Kemaman, Abdul Sidek atau lebih dikenali sebagai Haji Dol menemui pemimpin PAS.
Haji Dol beritahu pemimpin PAS bahawa Ahmad Said akan bawa enam orang Exco keluar dari Umno dan sanggup mengadakan kerajaan campuran dengan PAS di Terengganu. Maka PAS negeri membuat mesyuarat tergempar pada hari yang sama.
Seorang pemimpin PAS kanan tidak setuju dengan tindakan Ahmad Said itu. Dia bertanya jika bekas menteri besar itu boleh dipercayai. Dengan Umno sanggup dia kencing, apatah lagi dengan PAS nanti. Katanya, lebih baik buat kerajaan campuran dengan Umno daripada kumpulan Ahmad Said.
Sebab itulah pada malam 13 Mei Ahmad yakin enam orang Exco akan keluar bersamanya. Sebaliknya dua orang sahaja yang ikut – Ghazali Taib dan Roslee Daud (Bukit Besi). Tiga orang lain menafikan keluar dari Umno iaitu Datuk Mat Jidin Shafie (Permaisuri), Nawi Mohamad (Hulu Besut) dan Ir Rosli Othman (Kemasik).
Misi Haji Dol gagal sebab itu Ahmad Said kata ada orang PAS melamarnya supaya beliau masuk PAS padahal PAS Terengganu tidak setuju kumpulan Ahmad Said buat kerajaan campuran dengan PAS.
Apabila dua ADUNnya “turn back” iaitu Roslee Daud dan Ghazali Taib, maka Ahmad Said tidak ada pilihan terpaksa kembali menyertai Umno, jika tidak kes SPRM terhadapnya akan diteruskan.
Sumber SPRM memberitahu FMT failnya masih dalam penyiasatan dan berkata ia bukan masa yang sesuai untuk mendakwa Ahmad Said sekarang. Tetapi apabila beliau “turn back” maka fail itu sudah tentu tidak akan dibuka lagi.
Maka pilihan Ahmad kembali ke pangkuan Umno dapat menyelamatkan dirinya. Mungkin jawatan Duta sedang menanti beliau selepas ini. Tindakan Ahmad Said, Ghazali Taib dan Roslee Daud tidak jadi keluar dari Umno menyebabkan BN kekal memerintah Terengganu dengan BN 17 kerusi dan 15 PAS.
Ahmad Said menyatakan sokongan penuh kepada Ahmad Razif sebagai menteri besar dan Pengerusi Badan Perhubungan Umno Terengganu yang baharu. Semalam penasihat utama Ahmad Said, Datuk Wan Ahmad Wan Muda ditukarkan dari jawatan CEO Terengganu Incorporated ke jawatan “peti sejuk” di pejabat SUK.
Wan Ahmad yang selama ini dianggap sebagai MB Terengganu kedua yang menghuru-harakan pentadbiran Ahmad Said selama enam tahun. Maka tindakan Setiasaha Kerajaan Terengganu, Datuk Mazlan Ngah adalah tepat.//(FMT)

Wednesday 14 May 2014

Krisis Terengganu selesai, Ahmad Said menyesal keluar Umno


Bekas Menteri Besar Terengganu, Datuk Seri Ahmad Said hari ini menyatakan kekesalannya kepada Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak kerana keluar daripada Umno, kata Setiausaha Umno Terengganu, Datuk Tengku Putera Tengku Awang.

Tengku Putera memberitahu pemberita, presiden Umno itu bercakap dengan Ahmad menerusi telefon dan bekas menteri besar itu kesal kerana menimbulkan kekecohan di negeri itu sejak semalam.

Najib mengadakan pertemuan dan makan tengah hari dengan 14 Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Barisan Nasional (BN) Terengganu di Pejabat Perdana Menteri di Putrajaya, tengah hari ini.

Bagaimanapun, Adun Hulu Besut, Nawi Mohamad tidak dapat ke Kuala Lumpur kerana tidak sihat.

Menteri Besar Terengganu baharu, Datuk Ahmad Razif Abdul Rahman turut hadir dan bertemu media selepas perjumpaan dengan Najib.

"Kekecohan di Terengganu tidaklah sehebat dilaporkan sebelum ini. Banyak pihak cuba mengambil kesempatan dengan melakarkan imej negatif mengenai insiden tersebut," kata Ahmad Razif kepada media.

Ahmad Razif berkata, wujud perkembangan positif dalam perbincangan antara Najib dengan bekas menteri besar Terengganu itu.
"Saya dimaklumkan ada komunikasi antara PM dengan Datuk Seri Ahmad Said dan jawapannya positif.

"Kita akan terima maklum balas dalam masa terdekat," katanya.

Beliau berkata, ada kemungkinan Ahmad bersama seorang lagi Adun yang keluar parti semalam akan mengumumkan penarikan balik keputusannya.

"Beliau (Ahmad) akan mengadakan sidang media bila-bila masa," katanya. – TMI -14 Mei, 2014.


Tuesday 13 May 2014

BN masih kekal berkuasa di Terengganu - penasihat undang-undang negeri

KUALA TERENGGANU: Barisan Nasional (BN) masih kekal memerintah Terengganu walaupun tiga wakil rakyatnya dari Umno mengisytiharkan diri mereka sebagai wakil Bebas, kata penasihat undang-undang negeri Datuk Azhar
Abdul Hamid.

Beliau berkata walaupun bilangan wakil rakyat BN berkurangan daripada 17 kepada 14 dan pembangkang mempunyai 15 anggota dalam dewan undangan negeri, speaker juga dikira sebagai wakil kepada kerajaan negeri yang memerintah dengan kedudukan kerusi 15:15:3.

Tiga wakil rakyat yang mengisytiharkan keluar daripada Umno ialah bekas menteri besar dan anggota Dewan Undangan Negeri (Adun) Kijal Datuk Seri Ahmad Said, yang meletakkan jawatan sebagai ketua eksekutif semalam, Ghazali Taib (Ajil) dan Roslee Daud (Bukit Besi).

Azhar ketika dihubungi Bernama, berkata speaker DUN turut dikira bersama 14 Adun BN yang masih tinggal dan dengan itu kerajaan BN masih kekal memerintah negeri ini.

Selepas Ahmad meletakkan jawatan sebagai menteri besar semalam, Adun Seberang Takir yang juga Pengerusi Jawatankuasa Sains, Teknologi dan Inovasi, Tenaga, Teknologi Hijau Negeri Datuk Ahmad Razif Abdul Rahman mengangkat sumpah sebagai Menteri Besar yang baharu malam tadi.

Pakatan kini majoriti di Terengganu : Seorang lagi Adun Umno keluar,

Barisan Nasional (BN) kini hanya tinggal 14 kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) di Terengganu selepas seorang lagi Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Umno, Roslee Daud dari Bukit Besi meninggalkan parti itu.
Roslee bertindak keluar Umno pagi ini menyertai bekas Menteri Besar, Datuk Seri Ahmad Said dan Adun Ajil, Ghazali Taib untuk menjadi Adun Bebas.
"Saya sudah melihat surat keluar Umno daripada Adun Bukit Besi itu," kata Ahli Jawatankuasa PAS Pusat, Dr Syed Azman Ahmad Nawawi kepada The Malaysian Insider.
Tindakan Roslee menyebabkan Pakatan Rakyat (PR) kini menguasai majoriti kerusi DUN iaitu sebanyak 15 kerusi berbanding BN yang kini hanya tinggal 14 kerusi.
Syed Azman yang juga Adun Batu Burok berkata, PAS mempertimbangkan untuk membuat permohonan kepada Speaker Dewan Undangan Negeri Terengganu bagi memanggil sidang DUN tergempar berikutan menteri besar Terengganu yang ada sekarang tidak lagi mempunyai sokongan majoriti.
"Kita sedang menimbangkan pilihan itu," katanya. – TMI/13 Mei, 2014.

.

.

Monday 12 May 2014

Ahmad Said letak jawatan, MB baru angkat sumpah malam ini

KUALA TERENGGANU 12 MEI: Menteri Besar Terengganu, Datuk Seri Ahmad Said meletakkan jawatan dan penggantinya Datuk Abdul Razif Abdul Rahman dijangkakan mengangkat sumpah sebagai Menteri Besar baru, malam ini.
The Star Online melaporkan kenyataan Setiausaha Agung BN, Tengku Adnan Tengku Mansor bahawa Sultan Terengganu, Sultan Mizan Zainal Abidin telah menerima surat peletakannya jawatan Ahmad Said hari ini.
Difahamkan, Adun Seberang Takir, Datuk Abdul Razif Abdul Rahman akan hadir ke upacara mengangkat sumpah jam 8 malam ini di Istana Syarqiyyah.

.

.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Followers