PERHATIAN!: KEPADA BLOGGER YG INGIN BERTUKAR LINK, SILA TINGGALKAN JEJAK DI RUANG KOMEN.. TQ

.

Wednesday, 14 May 2014

Krisis Terengganu selesai, Ahmad Said menyesal keluar Umno


Bekas Menteri Besar Terengganu, Datuk Seri Ahmad Said hari ini menyatakan kekesalannya kepada Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak kerana keluar daripada Umno, kata Setiausaha Umno Terengganu, Datuk Tengku Putera Tengku Awang.

Tengku Putera memberitahu pemberita, presiden Umno itu bercakap dengan Ahmad menerusi telefon dan bekas menteri besar itu kesal kerana menimbulkan kekecohan di negeri itu sejak semalam.

Najib mengadakan pertemuan dan makan tengah hari dengan 14 Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Barisan Nasional (BN) Terengganu di Pejabat Perdana Menteri di Putrajaya, tengah hari ini.

Bagaimanapun, Adun Hulu Besut, Nawi Mohamad tidak dapat ke Kuala Lumpur kerana tidak sihat.

Menteri Besar Terengganu baharu, Datuk Ahmad Razif Abdul Rahman turut hadir dan bertemu media selepas perjumpaan dengan Najib.

"Kekecohan di Terengganu tidaklah sehebat dilaporkan sebelum ini. Banyak pihak cuba mengambil kesempatan dengan melakarkan imej negatif mengenai insiden tersebut," kata Ahmad Razif kepada media.

Ahmad Razif berkata, wujud perkembangan positif dalam perbincangan antara Najib dengan bekas menteri besar Terengganu itu.
"Saya dimaklumkan ada komunikasi antara PM dengan Datuk Seri Ahmad Said dan jawapannya positif.

"Kita akan terima maklum balas dalam masa terdekat," katanya.

Beliau berkata, ada kemungkinan Ahmad bersama seorang lagi Adun yang keluar parti semalam akan mengumumkan penarikan balik keputusannya.

"Beliau (Ahmad) akan mengadakan sidang media bila-bila masa," katanya. – TMI -14 Mei, 2014.


1 comment:

BERADABLAH KETIKA MENGOMEN... TQ

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Followers