PERHATIAN!: KEPADA BLOGGER YG INGIN BERTUKAR LINK, SILA TINGGALKAN JEJAK DI RUANG KOMEN.. TQ

Saturday, 15 November 2014

Polis pantau 'pakar bom JI'

Pihak polis akan terus memantau aktiviti Taufik Abdul Halim, rakyat Malaysia selaku pakar membuat bom bagi kumpulan militan Jemaah Islamiah (JI) yang pulang ke tanah air Rabu lepas setelah menjalani hukuman penjara lebih 12 tahun di Indonesia.

Ketua Penolong Pengarah Bahagian Counter Terrorism, Cawangan Khas Polis Diraja Malaysia (PDRM) Bukit Aman, Datuk Ayob Khan Mydin Pitchay berkata polis akan sentiasa berhubung dan memantau aktivitinya dari semasa ke semasa supaya dia tidak lagi mengancam keselamatan negara dan orang ramai.

Setibanya Taufik, 39, di Lapangan Terbang Antarabangsa KL pada pukul 11.30 malam, dia telah dibawa oleh polis untuk ditemuduga, diberi nasihat dan peringatan agar tidak kembali terbabit dalam sebarang kegiatan militan, kata Ayob Khan.

"Perbincangan itu merupakan satu sesi yang agak panjang," katanya kepada Bernama di Ibu Pejabat Polis Bukit Aman.

Ditanya mengapa tiada tindakan susulan diambil terhadap Taufik, beliau berkata biarpun Taufik ditahan berikutan kes letupan di kompleks beli-belah Plaza Atrium di Jakarta pada 1 0gos 2001, namun PDRM tidak mempunyai bukti untuk menahannya kerana dia tidak terlibat dengan mana-mana aktiviti keganasan di Malaysia.

"Setakat ini, apa yang kita buat ialah menasihatinya agar tidak lagi terlibat dengan perkara yang bercanggah dengan undang-undang," kata Ayob Khan.

Media tempatan sebelum ini melaporkan antara 300 hingga 350 tahanan JI akan dibebaskan secara berperingkat dari penjara Indonesia termasuk Taufik yang kehilangan kaki kanannya akibat pengeboman di Jakarta itu.

Menjelas lanjut, beliau berkata disebabkan kepakaran membuat bom dan ideologi yang dimiliki Taufik, kemungkinan masih ada anggota JI akan cuba berhubung semula dengannya.    

"Kita risau mungkin ada perkara yang akan dibincangkan sesama mereka. Kemungkinan dia juga akan melatih orang awam yang ingin terlibat dalam keganasan. Dia bukan setakat pakar membuat bom malah pernah terlibat dalam kes mengebom gereja di Indonesia," katanya.

Ditanya sama ada pembebasan ratusan tahanan JI itu membuatkan mereka akan cuba terbabit dalam kegiatan militan Negara Islam (IS), beliau berkata "tiada perbezaan antara JI mahupun Al-Qaeda kerana mereka mempunyai ideologi yang sama iaitu untuk terlibat dalam aktiviti keganasan.

"Sekiranya mereka dibebaskan, memang ada risiko yang tinggi, kemungkinan mereka akan terlibat dalam kumpulan militan IS," kata Ayob Khan sambil menambah PDRM sentiasa bekerjasama rapat dengan pihak polis serantau dan global dalam konteks menangani antikeganasan.

Beliau berkata dari 2001 hingga kini, pihak polis telah menahan 294 individu warga tempatan dan asing yang dipercayai terbabit dalam kumpulan militan.

Taufik yang kini dilaporkan berada di kampung asalnya di Kluang, Johor pernah menjalani latihan dengan Al-Qaeda di Afghanistan pada Oktober 1995 hingga Feb 1996.

Dia juga turut dikaitkan dengan insiden pengeboman di dua buah gereja di timur bandaraya Jakarta.

Malah dia merupakan sebahagian anggota Kumpulan Militan Malaysia (KMM) dan pernah terbabit dalam aktiviti keganasan di Ambon, Maluku pada 2000.

Taufik yang merupakan bekas penuntut jurusan senibina Universiti Teknologi MARA (UiTM) terjebak dengan kumpulan pengganas selepas dipercayai dipengaruhi abang iparnya, Zulkifli Abdul Khir yang menjadi individu paling dikehendaki di Asia Tenggara dan diburu sehingga kini.    

Zulkifli atau Marwan kini dipercayai berada di selatan Filipina bersama kumpulan Abu Sayyaf.

Taufik juga pernah ditahan PDRM pada Oktober 1996 hingga November 1996 di bawah Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA).

Bernama

Cari parang, golok, pisau??  Sila klik http://parangonline.blogspot.com

.

Tuesday, 4 November 2014

Pontianak di Hospital Banting?

Makhluk kononnya pontianak dikatakan sedang berlegar-legar di pintu Mula tersebar di laman sosial. keluar hospital.

BANTING - Imej lembaga kononnya didakwa menyerupai pontianak di Hospital Banting yang dirakamkan oleh pihak tertentu kini mula tersebar di laman sosial Facebook (FB) sekali gus menimbulkan tanda tanya dalam kalangan masyarakat.
Meskipun ada pihak menganggap ia sebagai tahyul, namun tanggapan ramai dalam kalangan masyarakat yang mempercayai kewujudan makhluk halus juga tidak boleh diketepikan.
Bekas Pegawai Khas Menteri Besar, Datuk Abd Samad Maharudin berkata, beliau percaya keadaan itu wujud. Namun katanya, masyarakat dinasihatkan agar tidak mudah terpengaruh sehingga menakut-nakutkan pelanggan hospital.
Beliau yang pernah menjadi Pegawai Khas kepada bekas Menteri Besar, Datuk Harun Idris memaklumkan, pada asalnya tapak kawasan Hospital Banting dan Ibu Pejabat Polis Daerah Kuala Langat merupakan kawasan ladang getah dan kelapa sawit.
Justeru katanya, kewujudan makhluk halus di kawasan-kawasan berkenaan tidak dapat dinafikan. Bagaimanapun, beliau tetap menegaskan bahawa hal tersebut tidak wajar dijadikan isu utama kerana bimbang ia disalah tafsir, sedangkan yang Maha Berkuasa adalah ALLAH SWT.
Berhenti sebar gambar
“Masa tu, kawasan tersebut adalah milik sebuah syarikat swasta yang mengusahakan ladang getah dan kemudian di jadikan ladang kelapa sawit. Selepas pembinaan bangunan hospital dilakukan, tidak pula pernah dengar ada jelmaan makhluk halus. Cuma... jika betullah seperti yang kecoh sekarang ni, saya cuma anggap itu sebagai petunjuk dari ALLAH, untuk manusia beringat-ingat.
"Lagipun hospital... biasalah. Hospital kan tempat banyak berlaku insiden ngeri macam pesakit mati kemalangan, mati dibunuh, mati bunuh diri, atau pun mati sakit. Itu perkara biasa, tapi janganlah pula ia dijadikan satu kebimbangan yang tidak sepatutnya kepada masyarakat.
“Mengenai gambar-gambar (pontianak) tu, boleh jadi ia telah diedit. Bagi saya mudah saja, selagi ia tak kacau masyarakat biarkanlah. Tapi jika ada gangguan, pihak pengurusan hospital perlu ikhtiar melakukan sesuatu,” katanya yang mahukan masyarakat berhenti menyebarkan foto berkaitan makhluk halus berkenaan di laman sosial ataupun menerusi lain-lain medium.
Abd Samad berkata, beliau mahu masyarakat memanfaatkan kemudahan yang ada dengan baik dan tidak mencetuskan keadaan yang boleh mencetuskan kebimbangan dalam masyarakat.
"Saya yakin masyarakat boleh buat pertimbangan yang wajar akan situasi yang berlaku ini," katanya yang juga merupakan bekas Adun Morib sekitar tahun 1995.
Bukan rakaman CCTV hospital
Pengerusi Ahli Lembaga Pelawat Hospital Banting, Abdul Razak Khasbullah berkata, beliau belum pernah menerima aduan daripada pihak pengurusan hospital atau aduan awam mengenai sebaran gambar tersebut.
Bagaimanapun, beliau memaklumkan telah bertemu dengan pengarah hospital berhubung hal berkenaan dan merumuskan kejadian itu tidak pernah berlaku di dalam wad apatah lagi ia hanya sebuah rakaman melalui telefon bimbit dan bukannya melalui rakaman kamera litar tertutup (CCTV) milik hospital.
“Bagi saya senang, dalam Islam kita tak boleh meragui kewujudan makhluk-makhluk berkenaan. Cuma, apa yang perlu diberi perhatian adalah pihak yang mengirimkan gambar-gambar berkenaan agar berhenti menyebarkannya jika hanya nak menakut-nakutkan orang ramai.
“Paling penting kejadian itu pun bukan boleh dilihat oleh semua orang... hanya insan-insan terpilih sahaja yang boleh nampak. Jadi tak perlulah nak sebarkan gambar-gambar seumpama itu. Ini penting bagi mengelakkan keraguan dan kebimbangan di kalangan masyarakat,” katanya yang turut memaklumkan hospital tersebut telah dibina sejak tahun 1974.
Simpan buat koleksi peribadi
Sementara itu, seorang orang awam, Adenan Yusop, 50, berkata, dia tidak pernah melihat atau terdengar khabar angin mengenai sebaran gambar menyerupai pontianak itu walaupun percaya kewujudan makhluk halus.
"Pihak yang dapat rakam gambar 'benda' tu tak payahlah nak sebar-sebarkannya... bagi takut orang ramai buat apa. Nanti orang yang sakit takut nak datang hospital, bukankah dah bagi masalah tu.
"Apa lebih elok, pihak tu simpan sendiri semua gambar pontianak tu jadi koleksi peribadi. Lagipun, kejadian makhluk halus ni tak boleh dibuat main-main... jika benarlah ada, hal ni perlu diambil serius... bukannya memutar belitkan maklumat,” katanya.
--Sinar Harian
- mimpi senja
CARI PISAU, GOLOK, PARANG??? SILA KLIK http://parangonline.blogspot.com

.

Sunday, 26 October 2014

Komander ESSCOM sahkan berlaku kejadian tembak-menembak di Semporna Pagi Tadi

KUALA LUMPUR: Komander Keselamatan dan Ketenteraman Awam, Kawasan Keselamatan Khas Pantai Timur Sabah, (ESSCOM), DCP Datuk Abd Rashid Harun mengesahkan berlaku kejadian tembak menembak di Semporna, Sabah awal pagi tadi.

Menurut Abd Rashid, kejadian tersebut berlaku apabila suspek melepaskan tembakan awal kepada pasukan bertindak polis.

“Ya, ada insiden tembak-menembak berlaku. Ia bermula apabila ada tembakan dilepaskan kepada pasukan polis dan polis telah membalas dengan beberapa tembakan” katanya ketika dihubungi Astro AWANI.

Menurut laporan akhbar The Star hari ini, pasukan polis telah menembak mati suspek yang merupakan seorang lelaki yang dikehendaki polis.

Bagaimanapun, Abd Rashid enggan mengulas mengenai berlaku kematian dari insiden tersebut dan memberitahu bahawa identiti suspek masih di bawah siasatan polis.

Abd Rashid dijangka mengumumkan butiran mengenai insiden itu pada sidang akhbar tergempar pukul 2 petang ini di Pengkalan Marin, Semporna // astroawani

CARI PARANG, PISAU, GOLOK?? SILA KLIK http://parangonline.blogspot.com

.

Tuesday, 14 October 2014

Semakan Kenaikan Gaji & Elaun Kakitangan Awam 2015

Berita Semakan Kenaikan Gaji Kakitangan Awam 2015 & Elaun Naik Termasuk Elaun Perumahan! Tuntutan Cuepacs Bakal Dituruti? : Ramai yang kecewa sebenarnya termasuk dizahirkan sendiri oleh pihak Cuepacs Malaysia yang mewakili keluarga besar kakitangan awam di Malaysia berjumlah 1.52 juta sekarang ini, apabila pengumuman pada Bajet 2015 telah seperti yang mereka harapkan. Ini kerana….

kerana pada pandangan Cuepacs sekarang ini, semakan kenaikan gaji kakitangan awam 2014 dan elaun naik lebih utama dan merupakan tuntutan yang mendesak berbanding pemberian bonus “one off”. Bukan mereka tidak bersyukur. Tetapi mengambil kira tiada berlakunya semakan kenaikan gaji kakitangan awam dan elaun naik di bawah pimpinan Datuk Seri Najib setelah sekian lamanya apatah lagi menjelang gelombang GST April 2015 kelak. Tambahan pula lain tuntutan yang dihantar Cuepacs, lain pula yang diumumkan. Jauh sekali angkanya.
  • Hantar : Tuntutan dua bulan bonus gaji kakitangan awam
  • Dapat : Pembayaran bonus setengah bulan gaji penjawat awam
  • Respon Cuepacs : Tidak berpuas hati
Jika sebelum ini, Datuk Seri Najib pernah berjanji kepada kakitangan awam untuk melakukan semakan elaun kakitangan kerajaan 2015 seperti di bawah ini :
KLIK SINI : Kenaikan Elaun Naik 2015 Kakitangan Awam? Syaratnya, Kerajaan Mahukan RM27 Bilion Setahun Melalui Cukai GST!!

Semakan Kenaikan Gaji Kakitangan Awam 2015 & Elaun Naik : Respon Ali Hamsa?

kenaikan gaji 2015Terbaru dan terkini, Ketua Setiausaha Negara, Tan Sri Ali Hamsa tampil ke hadapan mengatakan kerajaan Malaysia sedang dalam usaha sekarang melakukan semakan kenaikan gaji kakitangan awam 2015 & elaun naik selepas April 2015 berskala besar selepas ini.
Dan yang menariknya lagi apabila Tan Sri Ali Hamsa buat pertama kalinya setelah sekian lama sudah mula berjanji akan melakukan semakan terhadap tuntutan yang paling ditunggu-tunggu dan diharapkan oleh sejumlah besar kakitangan awam di Malaysia apabila semakan kenaikan elaun perumahan naik 2015 dilakukan supaya kadar yang bakal ditetapkan kelak sesuai dan sedikit sebanyak dapat menampung beban dan tanggungan yang selari dengan kos semasa hari ini.
Tan Sri Ali Hamsa turut mengatakan yang mana ada beberapa siri kenaikan elaun naik 2015 penjawat awam tidak boleh dielakkan lagi dan juga akan ada juga elaun yang akan dimansuhkan supaya munasabah dengan realiti hidup majoriti penjawat awam di Malaysia hari ini. 
- berita semasa

CARI PISAU, GOLOK, PARANG??? SILA KLIK http://parangonline.blogspot.com

.

Thursday, 9 October 2014

Ninja Bogel Ganggu Pelajar UiTM

Puluhan pelajar perempuan Universiti Teknologi Mara (UiTM) kampus Puncak Alam yang tinggal menyewa di Pangsapuri Astana Alam 3 dekat sini bukan sahaja hidup dalam ketakutan malah diselubungi seribu misteri apabila kawasan perumahan itu diganggu ‘ninja bogel’.

‘Ninja bogel’ yang menimbulkan ketakutan dalam kalangan pelajar itu dikatakan akan muncul secara tiba-tiba di depan pelajar perempuan yang pulang lewat malam ke pangsapuri itu.

Dalam beberapa kes, ‘ninja bogel’ itu pernah mengetuk pintu rumah yang disewa pelajar-pelajar wanita terbabit pada lewat malam. ‘Ninja bogel’ itu dikatakan hanya berhenti mengetuk pintu sehingga penghuninya membuka pintu rumah.

Semasa kemunculan ‘ninja bogel’ yang digambarkan tanpa seurat benang kecuali bahagian muka dan kepala ditutup dengan baju-T berwarna hitam, ‘ninja bogel’ itu hanya berdiri kaku dan melihat gelagat mangsa-mangsanya yang menjerit ketakutan dan lari lintang-pukang.

‘Ninja bogel’ itu hanya meninggalkan lokasi selepas mangsanya lari akibat ketakutan.

Kejadian itu dikatakan sudah berlarutan sejak tahun 2012 sebelum dalam tempoh dua minggu lalu ‘ninja bogel’ itu semakin kerap menunjukkan diri kepada pelajar institusi pengajian tinggi itu (IPT).

Penuntut IPT terbabit mendakwa gangguan itu disyaki dilakukan oleh seorang lelaki yang tinggal di kawasan berkenaan. Ini kerana ketika kemunculannya, ‘ninja bogel’ itu seolah-olah mengetahui masa pengawal keselamatan atau ahli persatuan penduduk membuat rondaan. - Kosmo!

CARI PISAU, PARANG??? SILA KLIK http://parangonline.blogspot.com

.

Wednesday, 8 October 2014

Peristiwa & Fenomena Gerhana Bulan Merah di Malaysia 8 Oktober 2014 ( 5.15 ptg - 8.34 mlm)

Sebentar lagi, rakyat Malaysia boleh mula tonton dan lihat satu lagi peristiwa dan kebesaran Allah melalui, fenomena gerhana bulan merah 8 Oktober 2014 antara pukul 5:15 petang hinggalah jam 8.34 malam.


Yang mana gambar fenomena gerhana bulan merah ini boleh anda lihat dan perhatikan lebih jelas pada waktu sebelah Maghrib yang mana bermulanya proses terbenamnya matahari di langit sebelah barat dan timbulnya bulan purnama di langit timur.
Pada fenomena gerhana bulan merah ini, anda akan boleh lihat terdapat 2 bayang iaitu di dalam dan luar yang sangat cantik dan menakjubkan yang mana bayang pada bahagian dalam dikenali sebagai umbra mana bahagian luar pula dipanggil penumbra.
- beritasemasa
Mencari pisau, golok, parang???.. sila klik http://parangonline.blogspot.com 
.

Wednesday, 17 September 2014

Dewan Ulamak pertegas kekal MB Selangor sedia ada

KULAIJAYA: "Sebagai sebuah parti Islam, segala keputusan politik sama ada dalam gerakan  Pakatan Rakyat atau lainnya, hendaklah sentiasa diasaskan sumber-sumber hukum Islam," tegas pemangku Ketua Dewan Ulamak PAS Pusat, Ustaz Datuk Ahmad Yakob.

Justeru, katanya mengambil pelajaran dari isu perjawatan Menteri Besar di Selangor, Dewan Ulamak PAS ingin menarik perhatian kepada pertimbangan politik yang berasaskan hukum seperti di bawah.

Dewan Ulamak PAS, jelasnya tidak mempersetujui perletakan jawatan Adun Kajang sewenang-wenangnya kerana Islam tidak membenarkan pengkhianatan kepada amanah dan pembaziran harta negara untuk suatu piliha raya kecil yang asalnya tidak perlu diadakan.

Tambahnya, Dewan Ulamak PAS mempertegaskan bahawa pertukaran menteri besar adalah tidak perlu dan menegaskan bahawa menteri besar sedia ada perlu kekal pada jawatannya kerana Islam menekankan beban pembuktian setiap kesalahan ke atas penuduh dan selagai mana tidak dibuktikan, maka yang tertuduh hendaklah dikekalkan sebagai tidak bersalah.

Dewan Ulamak PAS, kata beliau membincangkan dari perspektif syarak kewajaran seorang wanita untuk memegang amanah pemerintahan dalam aspek wilayah al-ammah dan soal kemampuannya untuk memerintah.

"Sebarang persetujuan melantik mana-mana pemimpin adalah satu syahadah (penyaksian akan kelayakannya) dan bakal menjadi soal jawab di akhirat kelak," ujarnya ketika menyampaikan ucapan pada Muktamar Dewan Ulamak PAS Pusat ke-53 yang bertemakan 'Pertegas Prinsip Perjuangan' di IOI Palm Villa Golf & Country Resort di sini, pagi ini.

Dalam persoalan ini, tegasnya Dewan Ulamak PAS memuji dan berdiri teguh di belakang Presiden PAS, Datuk Seri Tuan Guru Abdul Hadi Awang kerana istiqamah mengambil pertimbangan dasar Islam  dalam membuat keputusan sungguhpun berdepan dengan desakan dan tekanan daripada rakan-rakan sekutu Pakatan Rakyat dan beberapa pemimpin PAS.HARAKAHDAILY 17/9/2014

CARI PISAU, GOLOK? SILA KLIK http://parangonline.blogspot.com

.

Monday, 15 September 2014

Guru besar antara 4 ditahan mengikut OSA kebocoran kertas UPSR

Polis menerima empat hari perintah reman terhadap empat individu, termasuk guru besar sebuah sekolah di Pulau Pinang yang kini disiasat mengikut Akta Rahsia Rasmi berhubung kebocoran kertas soalan Ujian Penilaian Sekolah Rendah (UPSR).
Suspek lain adalah dua guru dari Pulau Pinang dan seorang ejen insurans dari Kuala Lumpur.
Perintah reman itu dikeluarkan selepas polis membawa suspek berusia lingkungan 30-an hingga 50-an di hadapan Majistret Nur Dahlia Azmi di Putrajaya hari ini.

Peguam mereka Ester Tan Siew Choo berkata, polis memohon permit selama tujuh hari, namun majistret hanya memberikan empat hari.
Tan berkata, suspek disiasat mengikut Seksyen 8(1) Akta Rahsia Rasmi (OSA) 1972 kerana mendedahkan kandungan kertas berkenaan kepada orang lain.
Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Kuala Lumpur Senior Assistant Commissioner Gan Kong Meng berkata, 12 individu ditahan untuk membantu siasatan.
Kertas soalan matapelajaran Sains dengan kod 018, 028 dan 038, yang dijadualkan pada Khamis ditunda berikutan kebocoran berkenaan.
Pada Khamis, kertas soalan mata pelajaran English dengan kod 014/1 dan 014/2 juga didapati bocor sekaligus mencetuskan kemarahan orang ramai.
Menteri Pendidikan Tan Sri Muhyiddin Yassin dan Menteri Pendidikan II Datuk Seri Idris Jusoh juga mengeluarkan permohonan maaf disebabkan kebocoran itu.
Muhyiddin pada Jumaat juga mengarahkan penggantungan serta-merta Pengarah Lembaga Peperiksaan Malaysia Dr Na'imah Ishak dan timbalannya Dr Wan Ilias Wan Salleh.
Kebocoran itu mengakibatkan 473,175 pelajar Darjah 6 di seluruh negara mengambil semula kertas soalan tersebut pada 30 September. – TMI/ 15 September, 2014.

.MENCARI GOLOK, PARANG UNTUK RAYA KORBAN?? Sila klik http://parangonline.blogspot.com

.

Sunday, 7 September 2014

Nak tubuh parti baru, sila - Presiden PAS

MARANG: Penubuhan parti baru dalam negara yang mengamalkan demokrasi berparlimen adalah perkara biasa, kata Presiden PAS, Datuk Seri Tuan Guru Abdul Hadi Awang.

"Penubuhan parti baru, ini perkara biasa dalam negara demokrasi berparlimen, siapa-siapa yang nak tubuh parti, sila tubuh," ujarnya ketika menjawab pertanyaan pada Majlis Dailog dan Penjelasan Isu Terkini Bersama Presiden PAS di Dewan Tok Guru, Rusila, di sini semalam. (Video)

Selanjutnya Ahli Parlimen Marang itu mempersilakan mereka yang berlainan pendapat di dalam PAS yang mahu menubuhkan parti sendiri.

"Jadi mereka yang berlainan pendapat dalam PAS ni, dia nak tubuh parti sila, baik dia keluar dia tubuh parti sendiri, senang tak payah duduk dalam," ujarnya disambut dengan laungan takbir.

Dalam nada berseloroh, katanya jika ada seekor nyamuk menyebabkan tidak lena tidur.

"Kalau duduk dalam, kalau ada nyamuk seekor tak jenera (lena) tidur kita pun, itu dia, senang nak tubuh parti, sila.
"Saya tak tahu, surat khabar tanya, ni saya tak baca berita ni," jelasnya di hadapan kira-kira 1,000 hadirin.  - HARAKAHDAILY 

Cari golok, parang untuk persediaan hari raya korban??? .. sila klik http://parangonline.blogspot.com

.

Thursday, 14 August 2014

KENALI BRIGADE AL-QASSAM

Sejarah kelahiran Al-Qassam

Kriteria Anggota Hammas; Brigade As-Syahid Izzuddin Al-Qassam Harakatul Muqawwamatil Islamiyyah ( Hamas ) dideklarasikan secara rasmi sekitar bulan Disember 1987 iaitu saat kemuncak permulaan Intifadhah Palestin yang pertama. Namun begitu, idea penubuhannya dikatakan telah muncul sejak pasca perang 1973 lagi kerana Hamas adalah lanjutan dari Ikhwanul Muslimin Mesir yang telah menyumbangkan ribuan para mujahid mereka bagi menghadapi kemaraan penjajah Yahudi yang masuk merampas tanah Palestin pada tahun 1948. Maka Ikhwan menubuhkan cawangan barunya di Palestin dan lahirlah Hamas dari situ.

Qaid Hamas yang pertama sejak 1987 adalah As-Syahid Sheikh Ahmad Yasin yang akhirnya gugur sebagai syahid tanggal 22 Mac 2004 setelah beberapa kali beliau mendekam dipenjara dan beberapa kali cubaan bunuh dilakukan ke atasnya. Jawatan Qa’id Hamas berikutnya digantikan oleh As-Syahid Dr.Abdul Aziz Ar-Rantisi. Namun, beliau hanya sempat berkhidmat sebagai qa’id kurang dari sebulan sahaja kerana dibedil oleh helicopter Apache Israel tanggal 18 April 2004. Akhirnya, Hamas kini mengambil pendekatan tidak menzahirkan lagi siapa qa’id mereka yang sebenar sekarang dan hanya menonjolkan beberapa pimpinan tertentu sahaja seperti Biro Politik Hamas, Sheikh Khalid Mish’al, Abu Marzouq , Sami Abu Zuhri dan lain-lain.

Dalam perjuangan seharian, Hamas menghadapi dua ancaman besar iaitu serangan bersenjata Israel dan perlawanan serta pengkhianatan dari parti kebangsaan dan secular Palestin iaitu FATAH pimpinan Mahmud Abbas. FATAH adalah lanjutan dari Palestin Liberation Organization (PLO) pimpinan Yaser Arafat. Pergerakan Fatah dilndungi sepenuhnya oleh Israel dan Amerika sendiri. Bahkan kerajaan-kerajaan Arab dan pemimpin-pemimpin Negara umat Islam lainnya, sering menghentam Hamas seolah-olah gerakan inilah punca ketidakdamaian yang berlaku. Bantuan-bantuan yang disampaikan oleh Negara-negara umat Islam sering disalurkan kepada Fatah dan tidak akan sampai ketangan Hamas.

Bagi menghadapi situasi ancaman dua musuh ini, Hamas mengambil sikap menghadapi Israel melalui serangan bersenjata dan menghadapi Fatah dengan cara melibatkan diri sebagai parti politik untuk menguasai kerajaan Palestin yang dipegang oleh Fatah. Membunuh anggota Fatah yang memusuhi Hamas adalah sesuatu yang tidak bijak yang hanya akan menambah musuh baru sahaja. Inilah kehebatan pandangan para pimpinan Hamas menghadapi suasana politik di Negara mereka saat ini.

Kriteria Keahlian Brigade As-Syahid Izzuddin Al-Qassam

Menjadi anggota Hamas samada penyokong atau pendokong, sesiapa sahaja rakyat Palestin dibenarkan kerana ianya terbuka kepada umum sebagai ciri-ciri sebuah gerakan Islam yang tidak menghadkan keahlian atau keanggotan kepada kelompok tertentu sahaja. Namun, untuk menjadi anggota sayap ketenteraan Hamas iaitu Brigade Al-Qassam tidak semudah itu kerana ianya memerlukan jiwa-jiwa yang kental dan siap memikul senjata menghadapi Israel.

Selain dari seorang Muslim yang baik, berakhlak, mampu menjaga kerahsiaan dan kewaspadaan ( sir & hazar ) dan berdisiplin tinggi, pimpinan Hamas meletakkan beberapa criteria khusus untuk seseorang itu layak direkrut sebagai anggota Al-Qassam. Antaranya adalah seperti berikut :

1) Mendapatkan keizinan dari ibu bapa – ini tidak rumit kerana rata-rata ibu bapa di Palestin inginkan anak mereka syahid.

2) Mendapatkan keizinan dari ketua masjid di tempat tinggalnya yang mengesahkan bahawa : selama 3 bulan berturut-turut pemuda ini tidak meninggalkan solat Subuh berjama’ah di masjid.

3) Anggota Hamas dan Al-Qassam bukan sahaja tidak bermaksiat, menghisap rokok pun tidak.

4) Setiap anggota wajib mempelajari Tafsir Al-Qur’an.

5) Setiap anggota wajib membaca Al-Qur’an sehari satu juz’.

6) Setiap anggota wajib menghafaz 40 Hadith Arba’in ( Imam Nawawi ).

7) Melazimi puasa sunat dan bertahajud.

8) Kecerdasan yang tinggi – buktinya anggota mereka yang banyak melakukan akis bom syahid semuanya golongan hafaz Al-Qur’an, ilmuwan dan intelektual Palestin.

9) Melazimi hadir di majlis-majlis pengajian dan halaqah ilmu.

10) Melazimi zikir harian.

11) Melazimi olahraga atau beriadhah.

12) Anggota Al-Qassam adalah mereka yang sudah siap untuk syahid bila-bila dan dimana sahaja tempat yang akan ditugaskan.

Catatan pengalaman anggota Misi Kemanusian Indonesia

Ketika, Dr.Joserizal Jurnalis, doctor spesialis bedah tulang (orthopedy) yang merupakan Ketua Presidium Medical Emergency Resque Committee ( MER-C) di Indonesia yang sering terlibat dalam misi kemanusian dipelbagai belahan dunia pulang dari Gaza baru-baru ini, beliau menyebut mengenai pejuang Hamas:

“paling tidak, setiap pejuang harus boleh menembak tepat sebagai kemampuan standard. Mereka berumur minima 18 tahun “

Untuk menguji sejauhmana, tetamu mereka bukan inteligen Israel, maka Hamas atau Brigade Al-Qassam akan membuat ujian terlebih dahulu. “ saya sempat bertemu anggota Al-Qassam dan apabila tahu saya bukan Hafiz Al-Qur’an, saya ditest dulu oleh mereka. Mereka sempat bertanya saya Muslim atau tidak? Saya jawab “ya”. Setelah itu mereka bertanya saya tentang hafazan Al-Qur’an. Saya pun membaca Surah Al-A’la. Setelah itu mereka langsung memeluk saya. Kemudian mereka pun membuka album foto saat latihan dan membela diri dan saya memberitahu mereka supaya berhati-hati kerana tidak semua doctor baik (tujuannya) “.

“ ketika saya masuk ke Afghanistan dulu, bukan sekadar hafazan Qur’an yang ditanya oleh pejuang-pejuang Afghan. Mereka sangat mahir dalam menghadapi penyusup (intelegen). Kerana agen Mossad( perisikan Israel ) dan agen Russia juga ada yang hafaz Al-Qur’an. Pertanyaan mereka saya tidak duga. Mereka menanya saya siapa bapa saudara Rasulullah? Dihadapan saya senjata M60 sudah terdongak. Padahal pada awal pertemuan, biasa sahaja, tapi lama kelamaan berubah menjadi interogasi (soal selidik). Mereka juga menanya saya siapa anak kesayangan Rasulullah”

“ Ini dibuat kerana mereka tahu agen Soviet, NATO, Amerika atau Britain juga telah menyiapkan hafazan ayat-ayat Al-Qur’an, tetapi biasanya mereka akan lupa apabila berhadapan pejuang Afghan. Mereka akan gugup apabila ditanya”.

“ hafaz Al-Qur’an adalah standard anggota Al-Qassam. Pada saat menunggu untuk melakukan serangan, mereka menghafaz Al-Qur’an dan menghayati ayat-ayatnya, bukan minum kopi, mereka, apalagi berbual-bual. Dari pelbagai informasi yang saya terima, setiap anggota mereka hanya dibekali dengan sebotol air minum (mineral kecil) 250 ml dan makanan sekadarnya untuk tempoh dua hari. Padahal dalam sebuah front, pertempuran boleh menjadi lebih dari seminggu”.

“ Inteligen Mesir, Israel, Amerika, Negara-negara Eropah dan Negara Timur Tengah lainnya, banyak berkeliaran di Gaza dan Tebing Barat saat perang baru-baru ini. Tapi Hamas pintar menjaga kerahsiaan. Banyak inteligen adalah rakyat Palestin sendiri yang dibayar oleh agen-agen asing. Memang ada sahaja rahsia yang bocor. Contohnya, ada sebuah gudang dibom Israel sampai tembus ke bahagian dalam dan bawah tanah. Ternyata tempat itu adalah tempat perkumpulan pejuang Palestin. Israel telah tahu dari mata-mata bayaran mereka”.

Catatan: Ini bermakna, mempelajari Sirah dan menghafaznya adalah syarat bagi pejuang Afghanistan dan Palestin.

Melihat kepada criteria ini, maka wajarlah kalau Hamas yang dihentam teruk dalam tempoh 22 hari saat serangan Israel ke atas Ghazzah baru-baru ini dan ditambah lagi dengan beberapa hari serangan tambahan, mampu bertahan bahkan menghasilkan korban yang banyak di pihak Israel baik tentera mahupun rakyatnya.

Hamas bukanlah sebuah gerakan jihad yang terlalu mempercayai statistic atau jumlah pihak lawan, namun disudut lain mereka optimis bahawa ‘bantuan dari langit’ adalah penting. Maka bantuan khusus dari Allah dan para Malaikatnya ini tidak mungkin dianugerahkan kepada mereka yang tidak mencukupi syarat sebagai pejuang dan tidak serius. Apatah lagi pejuang yang tidak mempunyai hubungan baik dengan Allah dalam urusan ibadahnya atau sering membiasakan diri dengan maksiat dan kemungkaran.

Fakta Menarik:

a) Dalam pilihanraya 2006, Hamas berjaya memenangi 74 kerusi 
dan Fatah hanya 45 sahaja.

b) Di Palestin ada 16 daerah besar iaitu 11 di Tebing Barat 
dan 5 daerah di Semenanjung Ghazzah.

c) Hamas berjaya menguasai 6 kerusi di Jerusalem, 4 kerusi di Jenin, 3 kerusi di Tulkarem, menang kesemua kerusi di Tubas, berjaya mendominasi di Nablus, 5 kerusi di Ramallah dan Al-Birreh, 4 kerusi di Baitlehem dan berjaya memenangi semua kerusi di Jericho dan Qalqiya.

d) Di Ghazzah semua daerah disapu bersih oleh Hamas seperti Hebron, 
Gaza Utara, Gaza City, Deir Al-Balla, Khan Yunus dan Rafah.

e) Rakyat Palestin ditarbiyyah dengan budaya keilmuan yang tinggi walaupun berada dalam kondisi pengajian yang terbatas akibat situasi peperangan. Namun, dalam setiap kali konvokesyen di Palestin, terdapat 3500 orang Hafidz yang berjaya dilahirkan. Maka Israel menjadikan anak-anak kecil sebagai sasaran serangan mereka kerana melihat bahayanya anak-anak kecil yang ditarbiyyah sebegini hebat dengan jiwa Al-Qur’an.

f) Sangat menakjubkan dalam tempoh 22 hari serangan Israel ke atas Gaza yang mengorbankan lebih 1300 orang dan mencederakan ratusan yang lain, Allah menggantikan dengan kelahiran seramai 3150 bayi-bayi baru Palestin dalam tempoh 22 hari itu.

3 Tokoh Yang Menjadi Inspirator Jihad Hamas

1) As-Syahid Yahya Ayyash – nama sebenarnya adalah Yahya Abdul Latif Ayyash, seorang jurutera yang merupakan individu penting dalam membuat bom dan merancang aksi-aksi bom syahid. Kehebatan beliau menyamar menyebabkan Israel menggelarnya “ Lelaki Dengan Seribu Wajah “. Beliau lahir pada 22 Feb 1966 dan syahid pada Jumaat, bulan Jan 1996 apabila telefon tangan yang diangkatnya meletup dan meledakkan dirinya. Rupanya, telefonnya itu telah dipasang bom seberat 50 gram.

2) As-Syahid Sheikh Ahmad Yasin – nama sebenarnya adalah Ahmad Ismail Yasin, lahir tahun 1938 di Utara Gaza dan menjadi sheikh atau murabbi kepada pergerakan Hamas. Dengan tubuh badan yang hampir lumpuh sebahagiannya akibat penderaan didalam penjara Israel dan penjara kerajaan Palestin sendiri, dirinya tetap menjadi kebimbangan yang cukup menakutkan Israel. Arahan beliau dan nasihatnya kepada rakyat Palestin dan pejuang Hamas ibarat malapetaka bagi Israel. Beliau syahid tanggal 22 Mac 2004 selesai Solat Subuh di masjid setelah dibedil 3 peluru dari Apache Israel.

3) As-Syahid Abdul Aziz Ar-Rantisi – nama sebenarnya adalah Abdul Aziz Ali Abdul Hafiz Ar-Rantisi, lahir tanggal 23 Okt 1947 dan syahid dibedil Apache Israel pada 18 April 2004.

*Sumber dari cintarindurasul.blogspot.com

*Sumber rujukan:
Majalah Sabili, Indonesia – keluaran 12 Feb 2009 – edisi 15.
Majalah Sabili, Indonesia – keluaran 12 Mac 2009 – edisi 17.

Mencari pisau, golok, parang untuk persediaan Hari Raya Korban??? Sila klik http://parangonline.blogspot.com

.
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Followers