PERHATIAN!: KEPADA BLOGGER YG INGIN BERTUKAR LINK, SILA TINGGALKAN JEJAK DI RUANG KOMEN.. TQ

.

Sunday, 7 September 2014

Nak tubuh parti baru, sila - Presiden PAS

MARANG: Penubuhan parti baru dalam negara yang mengamalkan demokrasi berparlimen adalah perkara biasa, kata Presiden PAS, Datuk Seri Tuan Guru Abdul Hadi Awang.

"Penubuhan parti baru, ini perkara biasa dalam negara demokrasi berparlimen, siapa-siapa yang nak tubuh parti, sila tubuh," ujarnya ketika menjawab pertanyaan pada Majlis Dailog dan Penjelasan Isu Terkini Bersama Presiden PAS di Dewan Tok Guru, Rusila, di sini semalam. (Video)

Selanjutnya Ahli Parlimen Marang itu mempersilakan mereka yang berlainan pendapat di dalam PAS yang mahu menubuhkan parti sendiri.

"Jadi mereka yang berlainan pendapat dalam PAS ni, dia nak tubuh parti sila, baik dia keluar dia tubuh parti sendiri, senang tak payah duduk dalam," ujarnya disambut dengan laungan takbir.

Dalam nada berseloroh, katanya jika ada seekor nyamuk menyebabkan tidak lena tidur.

"Kalau duduk dalam, kalau ada nyamuk seekor tak jenera (lena) tidur kita pun, itu dia, senang nak tubuh parti, sila.
"Saya tak tahu, surat khabar tanya, ni saya tak baca berita ni," jelasnya di hadapan kira-kira 1,000 hadirin.  - HARAKAHDAILY 

Cari golok, parang untuk persediaan hari raya korban??? .. sila klik http://parangonline.blogspot.com

.

Comments (4)

Loading... Logging you in...
  • Logged in as
Presiden PAS menuduh Karpal Singh dinosaur yang ketinggalan zaman dan orang Borneo pakai cawat. Dia bukan pemimpin yang berjiwa global.
Mana bukti yg kata calon PKR tu jual pil kuda dan komunis? Dalil ayat Quran mana yg boleh tuduh org tanpa bukti? Jgn sampai apa yg kita tuduh org tanpa bukti kemabli kpd diri sendiri nanti.

Cukup2 lah nak bermesra dgn umno dlm gelap tu. Patutlah PR kalah dlm PRU13 hari tu, jika menang jadi terlungkup sebab nak lantik ahli umno jadi PM. Lebih baik serah aje Kelantan pd umno boleh dpt org Kelantan merasa wang ehsan macam Terengganu. PAs takut nak menang di terengganu sebab nanti tiada wang ehsan pula. Politik cara ni pun ada pd zaman abad 21 ni.

Sekarang ni umno dok goyang kaki, PR pula bercempera berebut kuasa.
Yg war war pasal parti baru itu datang dari orang kuat hj hadi juga....dr. Zuhdi marzuki, JKPP . Begitu licik puak puak ug ni, dah siap plan perancangan, damage kontrol macang hameno malah lagi licik........takbir di bibir je puok puok ni.!!! Kesiang org teganung......dikona diputar di belit macang keldai hamno oleh tok guru? Rasa lebih mulia hj hadi, sekiranya dia letak jawatang........baru ada maruah sebagai ulamaok.
Eloklah letak jawatang, lebih lama duduk jawatang presideng lebih banyak penghinaan yang diterima. Mungkin inilah balasang memfitnah dan menghina orang sesedap hati, semuga presideng memohon maaf kepada batang tubuh berkenaan, Semuga Allah ampunkan presideng dan saya mohon maaf kalau presideng terguris.

Post a new comment

Comments by

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Followers