PERHATIAN!: KEPADA BLOGGER YG INGIN BERTUKAR LINK, SILA TINGGALKAN JEJAK DI RUANG KOMEN.. TQ

.

Monday, 15 September 2014

Guru besar antara 4 ditahan mengikut OSA kebocoran kertas UPSR

Polis menerima empat hari perintah reman terhadap empat individu, termasuk guru besar sebuah sekolah di Pulau Pinang yang kini disiasat mengikut Akta Rahsia Rasmi berhubung kebocoran kertas soalan Ujian Penilaian Sekolah Rendah (UPSR).
Suspek lain adalah dua guru dari Pulau Pinang dan seorang ejen insurans dari Kuala Lumpur.
Perintah reman itu dikeluarkan selepas polis membawa suspek berusia lingkungan 30-an hingga 50-an di hadapan Majistret Nur Dahlia Azmi di Putrajaya hari ini.

Peguam mereka Ester Tan Siew Choo berkata, polis memohon permit selama tujuh hari, namun majistret hanya memberikan empat hari.
Tan berkata, suspek disiasat mengikut Seksyen 8(1) Akta Rahsia Rasmi (OSA) 1972 kerana mendedahkan kandungan kertas berkenaan kepada orang lain.
Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Kuala Lumpur Senior Assistant Commissioner Gan Kong Meng berkata, 12 individu ditahan untuk membantu siasatan.
Kertas soalan matapelajaran Sains dengan kod 018, 028 dan 038, yang dijadualkan pada Khamis ditunda berikutan kebocoran berkenaan.
Pada Khamis, kertas soalan mata pelajaran English dengan kod 014/1 dan 014/2 juga didapati bocor sekaligus mencetuskan kemarahan orang ramai.
Menteri Pendidikan Tan Sri Muhyiddin Yassin dan Menteri Pendidikan II Datuk Seri Idris Jusoh juga mengeluarkan permohonan maaf disebabkan kebocoran itu.
Muhyiddin pada Jumaat juga mengarahkan penggantungan serta-merta Pengarah Lembaga Peperiksaan Malaysia Dr Na'imah Ishak dan timbalannya Dr Wan Ilias Wan Salleh.
Kebocoran itu mengakibatkan 473,175 pelajar Darjah 6 di seluruh negara mengambil semula kertas soalan tersebut pada 30 September. – TMI/ 15 September, 2014.

.MENCARI GOLOK, PARANG UNTUK RAYA KORBAN?? Sila klik http://parangonline.blogspot.com

.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Followers