PERHATIAN!: KEPADA BLOGGER YG INGIN BERTUKAR LINK, SILA TINGGALKAN JEJAK DI RUANG KOMEN.. TQ

.

Friday 15 February 2013

Kumpulan bersenjata, versi berbeza M'sia-Filipina

Pasukan keselamatan Malaysia mengepung kira-kira 100 lelaki bersenjata di Lahad Datu, Sabah kelmarin, dipercayai dari serpihan puak pemberontak pemisah di selatan Filipina, demikian menurut polis Malaysia dan pegawai kerajaan hari ini.

Bagaimanapun, seorang pegawai Filipina berkata mereka rakyat negara itu yang tidak bersenjata yang telah dijanjikan tanah.

Insiden tersebut mengancam untuk membangkitkan ketegangan antara dua negara jiran di Asia Tenggara yang mana hubungan antara mereka sekali sekala menjadi genting oleh masalah keselamatan dan penghijrahan melalui sempadan laut.

Polis Malaysia berkata dalam satu kenyataan bahawa keadaan adalah "dalam kawalan", tetapi tidak mengatakan sama ada kumpulan tersebut telah bersetuju dengan permintaan supaya menyerah diri.

"Kita berhadapan dengan 100 warga asing bersenjata dari selatan Filipina.

"Pihak Tentera dan polis telah mengepung tempat warga asing itu menunggu," kata sumber tinggi kerajaan Malaysia yang tahu perkembangan situasi tersebut, kepada Reuters.

Katanya, lelaki bersenjata itu disyaki dari puak yang tidak berpuas hati dengan perjanjian damai baru-baru ini di Filipina dengan kumpulan pemberontak utama Islam di selatan pulau Mindanao.

Seorang pegawai kanan tentera Filipina menyangkalnya, dengan berkata mereka adalah rakyat Filipina yang tidak bersenjata yang telah dijanjikan tanah di Sabah.

Katanya, satu mesyuarat berhubung tuntutan tanah itu, telah menarik ramai orang dan mendapat perhatian pihak berkuasa Malaysia.

"Kita tahu bahawa orang-orang ini tiba di sana lima hari lalu dan kebanyakan mereka adalah dari pulau-pulau berhampiran," kata pegawai tersebut yang meminta namanya tidak disiarkan.

"Sesetengah daripada mereka sudah menjadi penduduk di Sabah untuk jangka masa yang panjang dan mereka biasanya menyeberangi sempadan tanpa sebarang masalah."

Bilangan pendatang haram Islam dari selatan Filipina yang miskin telah meningkat dalam beberapa dekad kebelakangan ini, dan ia menimbulkan ketegangan sosial dengan penduduk asal beragama Kristian di Sabah.

NONEKerajaan Filipina telah menandatangani perjanjian damai dengan
pemberontak Islam lewat tahun lepas untuk menamatkan konflik selama 40 tahun di selatan negara itu, tetapi sesetengah puak telah menyuarakan bangkangan.

Sejak perjanjian damai yang ditaja oleh Malaysia itu, pengikut puak serpihan kumpulan Misuari telah memutuskan untuk mencetuskan beberapa masalah dan mewujudkan ketengangan di Sabah, kata seorang pegawai kanan Malaysia yang merujuk kepada puak dalam kumpulan pemberontak MNLF.

Pada tahun 2000, sebuah kumpulan militan dari selatan Filipina telah menculik 21 pelancong dari Sabah yang menyelam di kawasan peranginan Sipadan.

Pada tahun 1985, sebelas orang terbunuh apabila lelaki bersenjata yang dipercayai dari selatan Filipina, memasuki Lahad Datu di Sabah, menembak secara rawak sebelum merompak cawangan Standard Chartered Bank tempatan.

- Reuters


Baca ini pula..

POLIS KENAL PASTI KUMPULAN FILIPINA MENDARAT DI PERSISIR PANTAI LAHAD DATU

Kota Kinabalu, 14 Feb - Ketua Polis Negara Tan Sri Ismail Omar
berkata polis telah mengenal pasti kumpulan warga Filipina yang mendarat di persisir pantai Lahad Datu, Sabah sebagai pewaris berketurunan 'Raja Sulu' dari Selatan Filipina. Beliau berkata kumpulan terbabit menuntut mereka dikenali sebagai Askar Diraja Kesultanan Sulu dan mereka tidak mahu rakyatnya berketurunan Sulu dihantar pulang ke negara asal.

"Kita telah hantar pasukan untuk berunding dengan mereka dan perbincangan berjalan baik dan kita beritahu mereka bahawa mereka kena tinggal (Sabah) secara
baik dan kita tidak mahu apa-apa keadaan yang boleh menggugatkan keselamatan rakyat di negeri ini," katanya pada sidang akhbar di Lapangan Terbang Antarabangsa Kota Kinabalu di sini hari ini.

Ismail berkata kumpulan itu yang kini berada di Kampung Tandau, Labian di Lahad Datu memberi jaminan akan meninggalkan tempat itu (Sabah) secepat mungkin dengan syarat tuntutan mereka dipenuhi. Beliau berharap anggota kumpulan berkenaan akan meninggalkan negeri ini secepat mungkin dan menegaskan tuntutan seharusnya dibuat secara diplomatik, bukan secara mengejut seperti yang dilakukan itu.

"Kita lihat perbincangan dalam keadaan terkawal dan pasukan keselamatan telah mengambil tindakan awal dengan mengepung kampung itu sejak semalam dan saya percaya perkara ini dapat diselesaikan secara baik dalam masa terdekat," katanya.

Beliau berkata pihaknya mengganggarkan kumpulan itu melebihi 100 orang dan tidak menolak kemungkinan mereka bersenjata, namun demikian polis mengambil pendekatan 'berhati-hati' bagi menghadapi sebarang kemungkinan.
"Setakat ini keadaan tidak tegang dan mereka kelihatan berkelakuan baik. Kita percaya kumpulan itu mempunyai sahabat di kampung itu tetapi tidak mempunyai rumah di situ. Mereka pergi duduk di surau dan menumpang rumah-rumah
di kampung," katanya sambil menambah kumpulan itu tidak mahu dikaitkan dengan mana-mana kumpulan militan di Filipina.

Pada peringkat ini, katanya, rundingan sedang berjalan dan beliau menasihati penduduk di sekitar Lahad Datu supaya tidak percaya pada khabar angin. Beliau turut memberi jaminan bahawa keadaan adalah baik serta selamat dan
polis Sabah akan melakukan yang terbaik untuk menangani kemelut itu segera. Katanya kumpulan itu difahamkan menggunakan bot pancung dan pihaknya akan menyiasat bagaimana mereka berjaya memasuki negara ini. - BERNAMA

Wednesday 13 February 2013

‘Oppa Gangnam Style’: Rakyat Pulau Pinang bersuara, tetap tak nak BN

GEORGE TOWN, 11 FEB – Warga Pulau Pinang memberi kenyataan jelas nyata kepada Perdana Menteri Najib Razak dalam sambutan rumah terbuka Tahun Baru Cina anjuran Barisan Nasional Negeri Pulau Pinang hari ini apabila menjawab “tidak” ketika ditanya tentang kesediaan mereka untuk menerima Barisan Nasional.

Bukan sekali bahkan tiga kali Najib Razak menerima jawapan ‘No!’ (Tidak!) daripada hadirin yang berkumpul di hadapan pentas utama dalam sambutan yang menampilkan artis Korea Selatan, PSY yang mempersembahkan lagu popularnya ‘Oppa Gangnam Style’.

Najib Razak yang mengambil tempat di tengah-tengah pentas cuba berinteraksi dengan hadirin yang tidak sabar-sabar lagi mahu menyaksikan persembahan secara langsung PSY dan langsung bertanya, ‘Are you ready for PSY?’ (Anda bersedia untuk PSY?) lalu menerima jawapan positif daripada hadirin yang hadir memakai tshirt berwarna kuning.

Namun apabila beliau bertanya ‘Are you ready for BN’ (Anda bersedia untuk BN?) hadirin terus menjawab ‘No!’ (Tidak!) setiap kali soalan tersebut diajukan dengan disambut dengan gelak ketawa mengejek Perdana Menteri yang malang itu.

Rakaman kejadian tersebut tersebar luas di laman-laman sosial sejurus sahaja acara tersebut berakhir dan menerima respon menarik daripada orang ramai yang teruja menyaksikan reaksi berani rakyat Pulau Pinang yang nampaknya sudah serik dan tidak akan menerima BN lagi dalam pilihanraya umum yang semakin hampir.

Klip sepanjang lebih kurang seminit itu telah dimuat naik dan disebarkan menggunakan pelbagai akaun di laman video YouTube.

Ahli Parlimen Seputeh, Teresa Kok dalam akaun Facebook-nya berkata, “Selepas menonton video tersebut, saya rasa amat kasihan kepada Najib. Kroni BN membelanjakan jutaan ringgit untuk menjemput PSY membuat persembahan di rumah terbuka BN Puloau Pinang, tapi nampaknya PSY tidak dapat membantu BN untuk memenangi hati rakyat Pulau Pinang.

“Rakyat telah menghantar mesej yang kuat kepada BN, bahawa mereka akan menerima apa sahaja perkara baik yang ditawarkan, tetapi apa yang mereka mahu sebenarnya adalah jauh lebih rumit, iaitu negara yang lebih bersih, adil dan baik.

“Jika saya Najib, saya akan peluk bantal dan menangis malam ini,” katanya.
Penyanyi yang dibawa khas dari Korea itu dikhabarkan menerima undangan untuk membuat persembahan dengan bayaran tidak kurang USD1 juta. – Roketkini.com


Tuesday 12 February 2013

Peminat Psy pakai baju 'BERSIH' | Najib makin pening..

Oleh : anak sungai derhaka

Meskipun kehadirannya ke Pulau Pinang mendapat bantahan dari ribuan peminatnya, Superstar Korea Selatan, Psy akhirnya hadir juga untuk menjayakan program sambutan Tahun Baru Cina anjuran Barisan Nasional Pulau Pinang.

Perdana Menteri Malaysia, Datuk Seri Najib Tun Razak dilaporkan telah tiba ke Pulau Pinang sejak dari semalam lagi bagi menumpang populariti superstar tersebut.

Mengambil kesempatan dari jumlah hadirin yang melebihi 50,000 orang dalam program tersebut Najib telah memberikan ucapan sebelum Psy memulakan persembahan.

Malangnya sambutan yang diterimanya hambar sekali kerana kebanyakkan yang hadir itu bukannya mahu melihat dan mendengar apa yang Najib mahu sampaikan.. tetapi mereka mahu melihat persembahan Psy..

Najib dalam ucapannya menjanjikan akan mempertimbangkan akan menaik taraf Kolej Han Chiang kepada taraf Universiti jika Barisan Nasional diberikan mandat untuk memerintah Pulau Pinang selepas PRU13 nanti.

Mengakhiri ucapannya Najib sekali lagi menjanjikan masa depan yang lebih cerah buat Pulau Pinang jika Barisan Nasional kembali berkuasa... cerah?.. mungkin cerah macam Sabah kot?

Ketua Menteri Pulau Pinang yang sebelum ini dilaporkan akan turut hadir dalam majlis Barisan Nasional ini telah membatalkan kehadirannya itu.

Namun begitu ianya bukanlah sebagai tanda boikot atau protes tetapi beliau ke Lapangan Terbang Antarabangsa Bayan Lepas bagi menyambut ketibaan DYMM Raja Permaisuri Agong.

Apa yang membuktikan bahawa bukan semua yang hadir dalam majlis anjuran Barisan Nasional itu menyokong Barisan Nasional ialah kehadiran ramai penyokong Pakatan Rakyat yang berbangsa Cina ke majlis tersebut.

Mereka dengan bangganya memakai baju 'T' Bersih dan juga baju 'T' Save Lynas.. yang menyebabkan blogger-blogger UMNO mengelupur bagai cacing kepanasan kerana propaganda yang mereka bakal mainkan kononnya rakyat Pulau Pinang telah kembali menyokong Barisan Nasional disukarkan mereka ini..




 
Dengar cerita.. semalam ada pertemuan antara Najib dan seluruh jentera BN Pulau Pinang.. tapi Cybertrooper UMNO tak dibenarkan masuk... he..he..he..
Sebab apa??.. nanti bila ada masa aku tulis..
Dah dilayan sampai macam tu pun nak sokong UMNO/BN lagi ke??

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Followers