PERHATIAN!: KEPADA BLOGGER YG INGIN BERTUKAR LINK, SILA TINGGALKAN JEJAK DI RUANG KOMEN.. TQ

.

Saturday 5 October 2013

Layakkah Melayu Moden hari ini menggelar diri mereka Bani Jawi?

Istiadat Melayu masih wujud


Kanak-kanak Melayu 


Apa itu Jawi?

Kini ramai dari anak Melayu yang sudah tidak mengetahui apa sebenarnya maksud "Jawi" ini.  Apa yang mereka tahu hanyalah tulisan jawi. Malangnya tulisan Jawi juga semakin tenggelam dan bakal hilang dari pengetahuan Melayu Moden.

kehalusan Bani Jawi terpancar pada seni binaan

JAWI kini hanya diketahui sebagai salah satu jenis tulisan berunsurkan abjad Arab. Namun dari kajian beberapa penyelidik asing, terdedah satu rahsia terpendam.



Kedudukan Bumi Jawi dari Kaabah


Ia mengenai kisah satu bangsa yang pernah mendominasi dunia satu masa dahulu tetapi kini hanya tersimpan dalam misteri sejarah yang cuba ditenggelamkan oleh sekumpulan manusia yang mempunyai niat tersembunyi.

Tiada siapa yang benar-benar tahu sebab sebenar kenapa ia cuba disembunyikan dari pengetahuan dunia. Namun kebenaran itu akan tetap menampilkan dirinya secara tidak dirancang. Itulah juga yang akan berlaku kepada misteri ini.

Semakin hari semakin jelas kewujudan bangsa purba yang mana di satu saat dahulu terpahat satu nama baru yang menarik, mereka digelar Bangsa Jawi oleh pedagang Arab. Sebelum itu tidak diketahui apa nama panggilan Arab untuk mereka selain “zabaq”.

“Jawi” bukanlah bangsa baru muncul sebaliknya ia berasal dari satu bangsa terdahulu yang di kenali sebagai Mala, Mala-vu, Mala-yu, Mala-yang atau Jawaka yang dikaitkan dengan bangsa “Melayu” purba.

Kajian masih diteruskan untuk mengesan asal usul perkataan Jawi ini. Belum ada jawapan yang konkrit sama ada ia berkait dengan perkataan ”levi”. “kawi”, “jawa” atau “lawi”. Ianya masih kabur dan terus diselubungi misteri.

Jawi meliputi seluruh bangsa di Nusantara ini yang menerima Islam sebagai pegangan. Ia adalah sebuah kesatuan besar, tiada lagi Melayu, Jawa, Bugis dan lain-lain. Semuanya terhimpun dalam istilah "Jawi" tersebut. Apa lagi jika kita sebutkan negara seperti Imdonesia, Malaysia, Brunei, Filipina, Fatani. Tiada semua itu. Inilah kelebihan Jawi berbanding bangsa, etnik dan puak. Ia lebih senonim dengan nama Kesatuan Islam Nusantara.

Dari sudud budaya Melayu “Jawi” hanya diikat dengan “Islam”. Selain dari yang beragama Islam walaupun dari rumpun Melayu atau Nusantara, tidak digelar sebagai Bangsa Jawi. Kita ambil pendekatan mudah dengan mengingat kembali budaya lama kaum Melayu ini.

Satu masa dahulu, sebelum perkataan berkhatan menjadi popular ia disebut “masuk jawi”. Maksudnya sesaorang kanak-kanak Melayu tidak layak dipanggil “jawi” sekiranya belum akhir baligh yang dikait dengan “berkhatan” itu. Ini sebuah simbolik mengapa Jawi itu dikaitkan dengan Islam sahaja. Orang Jawi mesti berkhatan. Orang Melayu tidak semestinya berkhatan.

Kesimpulan mudah Jawi adalah orang Melayu Islam yang telah dewasa dan berakal. Seperkara lagi yang tidak diketahui ramai, bangsa Jawi ini amat terkenal dengan sifat yang berlawanan dengan bangsa Arab. Sikap bangsa Jawi yang sentiasa merendah diri dan bersopan amat dikagumi oleh bangsa Arab sendiri.

Setelah masyarakat Melayu bertukar menjadi bangsa Jawi, maka penulisan juga ikut berubah kepada abjad Arab di tambah dengan sedikit abjad Parsi (Ga Nga Pa Nya) untuk membolehkan sebutan Melayu-polinesia Austronesian (asli) bercampur Sanskrita itu dapat ditulis sepenuhnya. Terciplah sejarah Tulisan Jawi yang khusus untuk masyarakat Melayu Islam (Jawi).

Dari beberapa kitab lama Melayu versi Jawi, telah dapat dikenal pasti apakah jenis manusia yang berbangsa Jawi ini. Selain dari Ilmu Islam yang lazim untuk umat Islam, bangsa ini amat meminati dan mendalami unsur “kebathinan” atau “kerohanian” yang mendarah daging dalam jiwa orang Melayu sebelum Islam.

Orang Melayu Jawi ini menjadi satu entiti yang mendapat tempat khas dalam bidang tasawwuf yang menjadi pokok kepada ilmu kerohanian. Muncullah beberapa ulama Melayu Jawi yang terkenal dan ada yang dilantik sebagai guru malah mahaguru di Makkatul Mukarromah sebelum berkuasanya kerajaan Wahhabi Saud. Samaada dari Fatani, Tanah Melayu, Sumatera, Jawa, Borneo dan Sulawesi. Inilah ulama Jawi yang dikagumi oleh Arab.

Kegahirahan Bani Jawi terhadap agama Islam amat menakjubkan. Letusan dari ketekunan mereka maka muncullah beberapa ulama yang bertaraf Wali Allah dari bumi ini yang disanjung hingga akhir zaman seperti Habib Noh, Tol Kenali, Tuan Tulis, Tokku Paloh, Tok Pulau Manis, Wali Sembilan di Pulau Jawa dan banyak lagi (beratus orang) tidak termasuk para wali yang mengelak dari kemasyhuran tersembunyi dari pengetahuan umum.

Pada masa ini pun masih ramai Wali Allah yang bermukim di bumi Jawi ini walaupun tidak diketahui ramai. Mereka sedang menanti “mujahid” yang bakal muncul dan menjadi penghulu mereka diakhir zaman ini.

Jalan yang diteroka oleh para ulama inilah (kesemuanya beraliran Ahlussunah wal-Jamaah) menjadi pegangan segenap ahli masyarakat sehinggalah wujudnya kumpulan ulama baru yang cuba menukar arah kepada aliran wahhabiah dan kini wujud pula penggerak aliran liberalisma. Perkembangan ini menolak jauh apa yang dipusakai dari para ulama tersebut. Ia berupa malapetaka yang terpaksa kita semua hadapi atas kesilapan kita sendiri.

Kita pernah mendengar perkhabaran bahawa Islam akan bangkit dari timur. Adakah “timur” di sini bermaksud Nusantara atau Gugusan Melayu? Ia masih menjadi tekateki. Walaubagaimanapun Islam pernah bangkit di daerah “timur” tetapi bukannya Kepulauan Melayu. Adakah itu maksud sebenar perkhabaran tersebut, tidaklah diketahui. Sultanul Aulia Syeikh Abdul Qadir al-Jilani dan Iman al-Ghazali muncul sebagai ulama tersohor di zaman Abbasiah (500 tahun selepas Hijrah) berasal dari daerah Jilan dan Khurasan iaitu timur Madinatul Munawwarah tempat Nabi saw berucap.

Kedua ulama ini memberi cahaya baru dalam kebangkitan masyarakat Islam 500 tahun selepas kewafatan Nabi saw. Namun ia masih jauh dari zaman akhir yang sedang kita tempuhi sekarang.

Memandangkan Islam semakin luntur akibat gangguan hebat gerakan wahhabiah dan liberalisma (dikatakan sengaja diatur oleh zionis antarabangsa untuk melemahkan Islan dari dalam) selain gerak kerja Jesuits kristian (jubah hitam) dari arah luar. Bermula dari situ terbitlah era baru yang membawa manusia mengejar kebendaan dan kuasa. Untuk mengisi slot terakhir ketamaddunan dunia sementara ini, Islam perlu bangkit semula.

Darimanakah kebangkitan ini akan bermula? Buat masa ini hadis Rasulullah saw yang menyatakan Islam akan bangkit dari “timur” itu masih terpakai kerana tiada sebarang nas lain yang menunjukkan arah selain dari itu.

Islam akan bangkit secara berkala setiap 500 tahun. Secara kasarnya, tahun 500 Hijriah (1100 M) diikuti tahun 1000 Hijriah (1600 M) dan akhirnya zaman ini tahun 1500 Hijriah. Mungkinkah mujahid itu dari kawasan yang sama juga iaitu Khurasan? Cuba perhatikan, apa yang kita maklum perkembangan Islam di India amat hebat di sekitar tahun 1600 masihi, mungkinkah itu bermaksud kebangkitan kedua?

Kita lupakan dahulu persoalan tersebut. Apa yang penting ialah mencongak adakah benar masa kebangkitan “Mujahid” baru akan menjelang 1500 Hijriah sekitar tahun 2020 hingga 2030 ini?

Dari perkiraan tempat ia memberi satu petunjuk. Kebangkitan pertama terjadi di Khurasan dan Iraq, kedua berlaku di benua kecil India dan dimanakah yang ketiganya? Masihkah di sekita Khurasan dan India atau di tempat lain? Adakah di tempat yang lebih jauh ke arah timur? Iaitu Bumi Melayu tanah asal Bani Jawi.

Sesungguhnya Bumi Jawi ini penuh dengan misteri. Islam bertapak kukuh di kelilingi pengaruh Buddha dan Hindu. Bangsa yang sanggup mengenepikan agama nenek moyang dan menerima Islam dengan hati rela. Islam tidak akan mudah disingkirkan dari hati orang Melayu Jawi ini kecuali melalui usaha yang mahal harganya. Melalui kerja jahat serta tipu helah dan muslihat proksi Iblis.

Lihat sahaja di Selatan Thai yang asalnya sebuah kerajaan besar Melayu Fatani serta Selatan Filipina dan Kepulauan Sulu yang telah mengalami musibah buruk, diperangi sejak zaman berzaman. Islam tidak mudah terlucut. Pertolongan Allah terhadap bangsa ini. Tidak mustahil juga pejuang Islam akan bangkit dari dua wilayah bergolak ini.

Waktu berlalu semakin pantas. Kita sedang berada dikecamuk petaka buatan manusia. Oleh kerana ia merupakan tuntutan fitnah akhir zaman, tentu sekali kita tidak dapat melarikan diri dari kekusutan akal untuk melihat kebenaran. Kecamukan ini bertindih-tindihan dan menjadi semakin kusut. Terpinga-pinga meniti arus dalam keraguan, adakah kita masih berada di landasan yang benar atau sedang lemas dalam lautan fitnah.

Masanya sangatlah hampir, kita berada dalam tahun 1432 H sekarang, hanya 18 tahun menjadi landmark kebangkitan ini (1500 Hijriah), dan mungkin juga lebih awal dari itu. Wallahu a’lam.

Sedutan dari: Alter Paling Rahasia Bangsa Melayu IV oleh Mistisfiles Mengapa wilayah Khurasan (asal) dan Asia Tenggara sedang diawasi oleh Zionis, proksi Dajjal? – halang kebangkitan tentera al Mahdi.


Ahli Bait

Sejak para rahib Illuminati mula mencari-cari ke manakah hilangnya ahli bait (keturunan Rasullullah s.a.w) setelah keberhasilan meracun Hassan Al-Askari r.a, keturunan Rasullullah s.a.w yang digelar antara Imam 12 oleh Syiah (ini bukan sokongan terhadap Syiah, yang sesat tetap sesat,dan yang sesat dan mengada-adakan akan duduk dalam neraka), ternyata keturunan Rasullullah s.a.w seolah-olah lenyap tanpa berita, padahal Imam Iblis Tertinggi mereka memberitahu AlMahdi adalah dari keturunan Rasullullah s.a.w dan Hasan Al-Askari r.a bukanlah Mahdi yang dicari-cari.

Semua ciri-ciri dan  berwatakan AlMahdi telah dihafal oleh para rahib dalam 'inner circle' melebihi esetengah orang Islam sendiri yang mengaku

mencintai ahli bait. Begitu takutnya Dajjal akan orang yang akan membunuh dia kelak. AlMahdi perlu dihapuskan!!

Kesemua keturunan Rasullullah yang berketrampilan dan menjadi pemimpin Masyarakat telah meninggal dunia akibat DIBUNUH! 90% dari mereka telah DIRACUN! Ini bukan kebetulan tetapi satu konspirasi terancang.

Ketika mencari-cari kerajaan Kristian Presto John disebut dalam mitos yang berada di Timur, para pengembara Rosicrusian (satu ajaran sesat Dajal) Sepanyol dan Portugis akhirnya menemui lebih dari sebuah kerajaan disana. Adakah ia kerajaan  Kristian Presto John yang digembar-gemburkan itu? malangnya tiada sebuah pun yang beragama kristian seperti yang di sebutkan. Di sana terdapat lebih dari sebuah kerajaan Islam yang kaya-raya di Timur Jauh.

Bukan negara orang-orang Arab sepertimana yang mereka ketagui ,tetapi satu bangsa yang mereka sendiri tidak pernah mengenalinya. Bagaimana terdapat sebuah kerajaan Islam ditengah-tengah pengaruh Hindu Buddha di Timur Jauh yang jaraknya beribu kilometer dari negara Arab? Mereka telah dapat mengagak, kemungkinan ahli bait yang mereka cari itu telah lari ke Timur Jauh!

Dari situ mereka mula ingin belajar mengenali musuh baru mereka!

Keturunah Keturah?


Siapakah Bani Jawi? 
-Apa Misi rahasia Bani Jawi? 

Siapakah Bani Jawi - Jawa/Melayu? Dari manakah asalnya Melayu itu? Ketika ramai ilmuwan memperdebatkan kaum-kaum yang hilang seperti The Lost Tribe of Israel, Atlantis, Lemuria, Sodom and Gomorrah malah masih mencari-cari siapakah Gog and Magog, rahasia bangsa misteri ini masih terpelihara di dalam tabut rahsia sejak beribu-ribu tahun. Tiada siapa yang tahu dari mana asalnya bangsa ini?

bani jawi = adalah sebutan yg diberikan orang2 arab sejak zaman dulu untuk menyebutkan orang2 islam yg berasal dari Nusantara atau Asia Tenggara. jadi bani jawi tidak merujuk pada suku jawa saja tetapi juga semua ras keturunan melayu di Asia Tenggara

Di atas adalah petikan dari Kitab Kejadian dari Kitab Injil yang merupakan penyimpan Rahasia terbesar berkenaan satu bangsa yang bergerak ke Timur dunia bagi mengembangkan keturunan manusia seperti yang diperintahkan Tuhan....

Bangsa Paling Rahsia inilah yang menurunkan pelbagai bangsa Asia dari tempat asal mereka iaitu Asia Barat dan Asia Tengah di mana dari situlah bermulanya peradaban manusia.

Bangsa ini, yang merupakan pemegang rahsia akhir zaman adalah satu bangsa besar yang pernah membangun kota-kota purba dan menyertai peperangan-peperangan agung sejak surutnya Banjir Besar bersama-sama bangsa agung yang telah pupus seperti Sumerian dan Akkadian.

Sesungguhnya kisah pengembaraan bangsa ini merupakan satu epik yang teramat panjang,lebih panjang dari epik Homer,The Iliad and the Odyssey.

Bagaimana bangsa ini boleh wujud di tanah paling selatan benua Asia, 'di penghujung dunia'. Bangsa yang hilang masih tidur dan ditidurkan...

...... dimanakah bangsa misteri ini meneruskan perjalanan mereka? Masih adakah masa lagi untuk menjejaki mereka? 


Mengapa Israel bersusah-payah membangun pangkalan dan pengaruhnya di Singapura? 

Apa kaitan Cina Singapura dengan Yahudi Zionis?

Adakah terdapat apa-apa perancangan ketika Stamford Raffles menjejakkan kakinya di Pulau Singapura? 

Apa hubungan Bangsa Melayu dengan Bangsa Yahudi? 

Apakah dia alter Paling Rahasia Bangsa Melayu?.

Apa yang terjadi 2000 tahun sebelum Masehi di antara Melayu dan Yahudi?


'Dihujung Dunia' bangsa ini masih nyenyak tidur! 


.. Bangsa paling rahsia inilah yang menurunkan pelbagai bangsa Asia dari tempat asal mereka iaitu Asia Barat dan Asia Tengah di mana dari situlah bermulanya peradaban manusia....

.....Ketika Ptolemy,seorang ahli geografi Yunani melukis peta semenanjung Tanah Melayu, beliau telah menamakan semenanjung ini 'Golden Chersonese' yang bermaksud Semenanjung Emas ketika manuskrip-manuskrip India Purba menamakan tanah ini sebagai 'Suvarnabhumi' iaitu Tanah Emas. Sebuah manuskrip Yahudi Purba menceritakan sumber bekalan emas untuk membangun negarakota Kerajaan Nabi Sulaiman diambil dari sebuah kerajaan purba di Timur Jauh yang dinamakan Ophir. Kajian dari manuskrip kuno Firaun Mesir dan hieroglif di dinding-dinding kuil telah mendapati bahan pengawet, kapur barus dan rempah-rempah untuk upacara ritual mengawet mayat diimport dari sebuah kawasan di sebelah Nusantara ini. 

Apa yang terjadi di Nusantara beribu tahun yang silam? 

Perdagangan rempah telah berjalan beribu tahun dahulu malah bangsa misteri di Nusantara telah mampu mengeksport emas dikala kerajaan lain hanya mampu memperdagangkan kendi-kendi, gendang dan seramik purba. 

ADAKAH SEJARAH YANG KITA BACA SELAMA INI BETUL-BETUL TEPAT?......

... Sesungguhnya kisah pengembaraan bangsa ini merupakan satu epik yang teramat panjang, lebih panjang dari epik Homer,The Iliad and the Odyssey.... 

...... Di selat Melaka, kedua-dua kumpulan ini bertemu. Kumpulan yang tiba melalui jalan laut (yang banyak menetap di Kepulauan Indonesia) bertemu saudara mereka (kumpulan yang tiba melalui jalan darat-majoriti menetap di Semenanjung 'Emas' Tanah Melayu). Mereka adalah serumpun dan bersaudara.

Sudah lama (ratusan tahun) mereka terpisah. Bangsa Keturah telah bersatu di Selat Melaka di  'Tanah Yang Dijanjikan' The Land of The East'....... 


.......... Apakah rahasia bangsa Melayu 2500 tahun dahulu? Apakah yang ditemui oleh rombongan kerajaan Nabi Sulaiman di Nusantara? Apakah perjanjian rahsia para Firaun di The Land of The Gods? .......... 

....Anehnya, para Firaun ini mendakwa nenek moyang mereka berasal dari tanah ini, yang digelar.... 'THE LAND OF THE GODS'
 
????

Kepada bangsa 'Mala' di Indonesia dan Malaysia, kita dipisahkan oleh penjajah-penjajah barat. Kita adalah serumpun dan bersaudara. Belanda dan Inggeris lah dalang pemisahan kita. Hentikan segala sengketa yang terlampau bodoh dan merugikan, bersatulah. Biar bangsa Mala bangkit maju seperti masa-masa yang lalu.


Ini tanah kita. Ini bumi kita. Ini adalah "The Promised Land".

- Tulisan asal Srikandi di Mistisfiles yang kini telah tersebar luas di seluruh Nusantara.


Jika diteliti terdapat satu rahsia penting yang boleh menghuraikan misteri mengapa orang Melayu Nusantara (Jawi) dengan rela hati tanpa paksaan menukar agamanya serentak sebaik sahaja diperkenalkan Islam. Contoh terbaik adalah keadaan di Pulau Jawa, raja dan rakyat telah mengenepikan agama Buddha atau Hindu dan beramai-ramai memeluk Islam. Ketaatan anutan mereka terhadap agama terdahulu bukanlah calang. Lihat sahaja Candi Borobudur. Ia merupakan warisan hebat budaya Buddha di Indonesia yang terletak di Magelang, Jawa Tengah telah dengan mudah diketepikan.

Tiada lagi penganut Buddha dan Hindu. semuanya memilih Islam. Kehilangan terus pengaruh Buddha di Indonesia juga merupakan satu bukti bahawa umat Jawi ini sentiasa memilih agama yang “benar”. Ia menjadi misteri kepada pengkaji sejarah. Keanehan ini tentulah mempunyai sebab musababnya selain daripada pertolongan Allah swt. 

Kita harus melihat agama Hindu dan Buddha yang menjadi agama rasmi mereka sebelum ini. Mereka bukan penganut membabi buta. Mereka bangsa yang bertamaddun. Agama mereka bukanlah agama Hindu dan Buddha yang ada pada hari ini, agama mereka sebenarnya adalah agama “Haniff” yang dibawa oleh Utusan Allah. 

Borobudur

Jika diperhatikan, setelah Indonesia, Brunei, Philipina, Fatani dan Malaysia dijajah selama 350 tahun oleh Portugis. Spanyol, Belanda dan British mahupun Thailand salah satu misi mereka adalah mengkafirkan umat Islam, tetapi umat Islam di Asia Tenggara tidak dapat di musnahkan dengan mudah, malah semakin kuat. Hal sedemikian tidak terjadi di  benua Afrika dan benua Amerika. Malah penjajahan di Afrika dapat mengubah agama di sana.  Kita boleh lihat sejarah Senegal, Mali, Nigeria dan juga negara-negara seluruh benua Amerika.


Sorotan dari penulisan anak Indonesia, kajian yang menarik untuk direnungi:

Misteri Leluhur Bangsa Jawa – Melayu (JAWI) http://kanzunqalam.wordpress.com/

Di dalam Mitologi Jawa diceritakan bahwa salah satu leluhur Bangsa Sunda (Jawa) adalah Batara Brahma atau Sri Maharaja Sunda, yang bermukim di Gunung Mahera.

Selain itu, nama Batara Brahma, juga terdapat di dalam Silsilah Babad Tanah Jawi. Di dalam Silsilah itu, bermula dari Nabi Adam yang berputeraNabi Syits, kemudian Nabi Syits menurunkan Sang Hyang Nur Cahya, yang menurunkan Sang Hyang Nur Rasa. Sang Hyang Nur Rasakemudian menurunkan Sang Hyang Wenang, yang menurunkan Sang Hyang Tunggal. Dan Sang Hyang Tunggal, kemudian menurunkan Batara Guru, yang menurunkan Batara Brahma.

Berdasarkan pemahaman dari naskah-naskah kuno bangsa Jawa, Batara Brahma merupakan leluhur dari raja-raja di tanah Jawa.

Budaya Klasik Jawa penuh rahsia

Bani Jawi Keturunan Nabi Ibrahim

Di dalam Kitab 'al-Kamil fi al-Tarikh' tulisan Ibnu Athir, menyatakan bahwa Bani Jawi (yang di dalamnya termasuk Bangsa Sunda, Jawa, Melayu Sumatera, Bugis... dsb), adalah keturunan Nabi Ibrahim.

Bani Jawi sebagai keturunan Nabi Ibrahim, semakin nyata, ketika baru-baru ini, dari penelitian seorang Profesor Universiti Kebangsaaan Malaysia (UKM), diperoleh data bahwa, di dalam darah DNA Melayu, terdapat 27% Variant Mediterranaen (merupakan DNA bangsa-bangsa EURO-Semitik).

Variant Mediterranaen sendiri terdapat juga di dalam DNA keturunan Nabi Ibrahim yang lain, seperti pada bangsa Arab dan Bani Israil.


Sekilas dari beberapa pernyataan di atas, sepertinya terdapat perbedaan yang sangat mendasar. Akan tetapi, setelah melalui penyelusuran yang lebih mendalam, diperoleh fakta, bahwa Brahma yang terdapat di dalam Metologi Jawa indentik dengan Nabi Ibrahim.


Brahma adalah Nabi Ibrahim

Mitos atau Legenda, terkadang merupakan peristiwa sejarah. Akan tetapi, peristiwa tersebut menjadi kabur, ketika kejadiannya di lebih-lebihkan dari kenyataan yang ada.

Mitos Brahma sebagai leluhur bangsa-bangsa di Nusantara, boleh jadi merupakan peristiwa sejarah, yakni mengenai kedatangan Nabi Ibrahim untuk berdakwah, dimana kemudian beliau beristeri Siti Qanturah (Qatura/Keturah), yang kelak akan menjadi leluhur Bani Jawi (Melayu Deutro).

Dan kita telah sama pahami bahwa, Nabi Ibrahim berasal dari bangsa 'Ibriyah, kata 'Ibriyah berasal dari 'ain, ba, ra atau 'abara yang berarti menyeberang. Nama Ibra-him (alif ba ra-ha ya mim), merupakan asal dari nama Brahma (ba ra-ha mim).


Beberapa fakta yang menunjukkan bahwa Brahma yang terdapat di dalam Mitologi Jawa adalah Nabi Ibrahim, di antaranya :

1. Nabi Ibrahim memiliki isteri bernama Sara, sementara Brahma pasangannya bernama Saraswati.

2. Nabi Ibrahim hampir mengorbankan anak sulungnya yang bernama Ismail, sementara Brahma terhadap anak sulungnya yang bernama Atharva(Muhammad in Parsi, Hindoo and Buddhist, tulisan A.H. Vidyarthi dan U. Ali)...

3. Brahma adalah perlambang Monotheisme, yaitu keyakinan kepada Tuhan Yang Esa (Brahman), sementara Nabi Ibrahim adalah Rasul yang mengajarkan ke-ESA-an ALLAH.

Ajaran Monotheisme di dalam Kitab Veda, antara lain :

Yajurveda Ch. 32 V. 3 menyatakan bahwa tidak ada rupa bagi Tuhan, Dia tidak pernah dilahirkan, Dia yg berhak disembah

Yajurveda Ch. 40 V. 8 menyatakan bahwa Tuhan tidak berbentuk dan dia suci

Atharvaveda Bk. 20 Hymn 58 V. 3 menyatakan bahwa sungguh Tuhan itu Maha Besar

Yajurveda Ch. 32 V. 3 menyatakan bahwa tidak ada rupa bagi Tuhan

Rigveda Bk. 1 Hymn 1 V. 1 menyebutkan : kami tidak menyembah kecuali Tuhan yg satu

Rigveda Bk. 6 Hymn 45 V. 6 menyebutkan “sembahlah Dia saja, Tuhan yang sesungguhnya”

Dalam Brahama Sutra disebutkan : “Hanya ada satu Tuhan, tidak ada yg kedua. Tuhan tidak berbilang sama sekali”.

Ajaran Monotheisme di dalam Veda, pada mulanya berasal dari Brahma (Nabi Ibrahim). Jadi makna awal dari Brahma bukanlah Pencipta, melainkan pembawa ajaran dari yang Maha Pencipta.

4. Nabi Ibrahim mendirikan Baitullah (Ka'bah) di Bakkah (Makkah), sementara Brahma membangun rumah Tuhan, agar Tuhan di ingat di sana (Muhammad in Parsi, Hindoo and Buddhist, tulisan A.H. Vidyarthi dan U. Ali).

Bahkan secara rinci, kitab Veda menceritakan tentang bangunan tersebut :

Tempat kediaman malaikat ini, mempunyai delapan putaran dan sembilan pintu... (Atharva Veda 10:2:31)

Kitab Veda memberi gambaran sebenarnya tentang Ka'bah yang didirikan Nabi Ibrahim.

Makna delapan putaran adalah delapan garis alami yang mengitari wilayah Bakkah, diantara perbukitan, yaitu Jabl Khalij, Jabl Kaikan, Jabl Hindi, Jabl Lala, Jabl Kada, Jabl Hadida, Jabl Abi Qabes dan Jabl Umar.

Sementara sembilan pintu terdiri dari : Bab Ibrahim, Bab al Vida, Bab al Safa, Bab Ali, Bab Abbas, Bab al Nabi, Bab al Salam, Bab al Ziarat dan Bab al Haram.

Kaabah

Monotheisme Ibrahim


Peninggalan Nabi Ibrahim, sebagai Rasul pembawa ajaran Monotheisme, jejaknya masih dapat terlihat pada keyakinan suku Jawa, yang merupakan suku terbesar dari Bani Jawi.

Suku Jawa sudah sejak dahulu, mereka menganut monotheisme, seperti keyakinan adanya Sang Hyang Widhi atau Sangkan Paraning Dumadi.

Selain suku Jawa, pemahaman monotheisme juga terdapat di dalam masyarakat Sunda Kuno. Hal ini bisa kita jumpai pada Keyakinan Sunda Wiwitan. Mereka meyakini adanya 'Allah Yang Maha Kuasa', yang dilambangkan dengan ucapan bahasa 'Nu Ngersakeun' atau disebut juga 'Sang Hyang Keresa'.

Dengan demikian, adalah sangat wajar jika kemudian mayoritas Bani Jawi (khususnya masyarakat Jawa) menerima Islam sebagai keyakinannya. Karena pada hakekatnya, Islam adalah penyempurna dari ajaran Monotheisme (Tauhid) yang di bawa oleh leluhurnya Nabi Ibrahim.

Peradaban Sundaland pernah mencapai masa ke-emasan, hal ini bisa terlihat melalui usia Astronomi Jawa (Pakuwon), yang diperkirakan telah berusia 17.000 tahun lebih (lihat postingan Suzaku Musha, di halaman 63).

Ketika terjadi peristiwa banjir Nuh, semua peradaban di bumi termasuk Peradaban Sundaland musnah. Dengan demikian, andaikan ada keturunan Nabi Syith-Delajah (berdasarkan pendapat gantenguy), sesungguhnya peradaban kaum tersebut telah binasa, karena mereka yang tesisa, adalah Nabi Nuh beserta pengikutnya yang berpegang teguh kepada Syariat Allah.
 

Thursday 3 October 2013

Ahmad Shabery: Laporan Ketua Audit Negara culas

SHAH ALAM - Bekas Menteri Belia dan Sukan, Datuk Seri Ahmad Shabery Cheek hari ini membidas Laporan Ketua Audit Negara yang didakwanya sebagai culas.

Menurutnya, Laporan Ketua Audit Negara gagal menjelaskan perkara sebenar di mana wang sumbangan itu juga turut disalurkan ke akaun Majlis Sukan Negara (MSN).

"Wang tajaan dimasukkan ke dalam akaun MSN bagi melancarkan pengurusan Hari Belia Negara. Dakwaan pihak AG Audit yang menyatakan KBS membayar K-Pop pada Hari Belia Negara dengan jumlah RM1.6 juta adalah benar kerana ianya adalah dari wang tajaan.

"Pihak AG Audit culas dalam menjelaskan pekara sebenar kerana Wang Sumbangan yang dimasukkan ke dalam Akaun Majlis Sukan Negara tidak dinyatakan oleh pihak Audit Negara sebaliknya hanya mengambil kira wang yang keluar dari akaun KBS," katanya yang dipetik dalam laman akaun Facebooknya hari ini.

Akhbar Sinar Harian hari ini melaporkan, Laporan Ketua Audit Negara 2012 mendedahkan kerajaan membelanjakan RM1.6 juta untuk membawa masuk tiga kumpulan K-Pop dari Korea Selatan sempena Himpunan Jutaan Belia 2012, tahun lalu.

Tiga kumpulan itu ialah U-Kiss, Teen Top dan Dal Shabet.

 Laporan itu menyatakan, jumlah berkenaan adalah sebahagian daripada perbelanjaan RM2.94 juta untuk menjayakan program tersebut.

Kementerian Belia dan Sukan (KBS) turut ditegur oleh Ketua Audit Negara kerana berbelanja terlalu tinggi dan tidak menepati perbelanjaan berhemat yang sepatutnya diamalkan kerajaan.

Dalam pada itu, Ahmad Shabery yang juga Menteri Komunikasi dan Kebudayaan berkata, wang yang tajaan sebanyak RM20 juta untuk menjayakan Hari Belia Negara turut disalurkan ke akaun MSN bagi melancarkan pengurusan program tersebut.

Tambahnya, oleh yang demikian KBS tidak melakukan sebarang pembaziran terhadap wang rakyat seperti yang didakwa pembangkang.

"Moga rakyat celik mata dengan pekara ini, kita juga tidak mahukan pembaziran seperti mana Laporan Audit Negara tentang pembelian mesin scanner beharga RM14,000 seunit.

"Tetapi dalam isu KBS ianya tidak membazirkan wang rakyat sebaliknya adalah wang tajaan dari syarikat korporat dalam dan luar negara yang mengambil bahagian pada Hari Belia Negara," jelasnya.//(Sinarharian)

Mr Bean sudah peluk agama Islam?

BERITA ini mungkin akan mengejutkan dunia hiburan seluruh dunia.

Sebentar tadi, melalui sebuah portal berita yang dipetik dari Islampos.com dan laman web Sadalbadi.com melaporkan bahawa selebriti yang popular dengan watak lucu Mr Bean iaitu Rowan Atkinson, dipercayai telah memeluk agama Islam baru-baru ini.

Menurut laman web berkenaan, Rowan dipercayai terbuka hati untuk memeluk agama Islam selepas menonton filem Innocent of Muslim.


Melalui sebuah portal berita dari Indonesia pula, mereka memberitahu, “Mr Bean tak berbicara banyak ketika ditanya media, hanya mengangkat jari saja sebagai isyarat dia bersyahadat."

Menurut beberapa sumber portal media, Sheikh Rashid Ghannousyi, adalah salah seorang pembimbing Mr Bean.

"Banyak yang memberi selamat kepadanya di sepanjang jalan” – dipetik dari Islampos.com.

Sehingga kini, masih belum dapat dipastikan lagi kesahihan berita ini.

Khabarnya, media-media barat masih belum menyiarkan lagi apa-apa berita mengenai Rowan Atkinson.
-sumber
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Followers