PERHATIAN!: KEPADA BLOGGER YG INGIN BERTUKAR LINK, SILA TINGGALKAN JEJAK DI RUANG KOMEN.. TQ

.

Thursday, 3 October 2013

Ahmad Shabery: Laporan Ketua Audit Negara culas

SHAH ALAM - Bekas Menteri Belia dan Sukan, Datuk Seri Ahmad Shabery Cheek hari ini membidas Laporan Ketua Audit Negara yang didakwanya sebagai culas.

Menurutnya, Laporan Ketua Audit Negara gagal menjelaskan perkara sebenar di mana wang sumbangan itu juga turut disalurkan ke akaun Majlis Sukan Negara (MSN).

"Wang tajaan dimasukkan ke dalam akaun MSN bagi melancarkan pengurusan Hari Belia Negara. Dakwaan pihak AG Audit yang menyatakan KBS membayar K-Pop pada Hari Belia Negara dengan jumlah RM1.6 juta adalah benar kerana ianya adalah dari wang tajaan.

"Pihak AG Audit culas dalam menjelaskan pekara sebenar kerana Wang Sumbangan yang dimasukkan ke dalam Akaun Majlis Sukan Negara tidak dinyatakan oleh pihak Audit Negara sebaliknya hanya mengambil kira wang yang keluar dari akaun KBS," katanya yang dipetik dalam laman akaun Facebooknya hari ini.

Akhbar Sinar Harian hari ini melaporkan, Laporan Ketua Audit Negara 2012 mendedahkan kerajaan membelanjakan RM1.6 juta untuk membawa masuk tiga kumpulan K-Pop dari Korea Selatan sempena Himpunan Jutaan Belia 2012, tahun lalu.

Tiga kumpulan itu ialah U-Kiss, Teen Top dan Dal Shabet.

 Laporan itu menyatakan, jumlah berkenaan adalah sebahagian daripada perbelanjaan RM2.94 juta untuk menjayakan program tersebut.

Kementerian Belia dan Sukan (KBS) turut ditegur oleh Ketua Audit Negara kerana berbelanja terlalu tinggi dan tidak menepati perbelanjaan berhemat yang sepatutnya diamalkan kerajaan.

Dalam pada itu, Ahmad Shabery yang juga Menteri Komunikasi dan Kebudayaan berkata, wang yang tajaan sebanyak RM20 juta untuk menjayakan Hari Belia Negara turut disalurkan ke akaun MSN bagi melancarkan pengurusan program tersebut.

Tambahnya, oleh yang demikian KBS tidak melakukan sebarang pembaziran terhadap wang rakyat seperti yang didakwa pembangkang.

"Moga rakyat celik mata dengan pekara ini, kita juga tidak mahukan pembaziran seperti mana Laporan Audit Negara tentang pembelian mesin scanner beharga RM14,000 seunit.

"Tetapi dalam isu KBS ianya tidak membazirkan wang rakyat sebaliknya adalah wang tajaan dari syarikat korporat dalam dan luar negara yang mengambil bahagian pada Hari Belia Negara," jelasnya.//(Sinarharian)
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Followers