Dalam forum semalam, secara jujur Hishamuddin Rais (gambar kanan) mengakui, bahawa ramai tahanan yang tidak mahu mengingati kembali pengalaman yang dilalui ketika ditahan di Kem Kamunting. Beliau tidak mahu pengalaman yang depresif itu menakut-nakutkan khalayak ramai atau menjadikan orang pesimis.
"Saya secara peribadi tidak mahu lagi mengalami proses itu, mengingati kembali the nightmare (igauan) itu. Kerana itu, saya selalu melakukan lawak. Tapi sebenarnya apa yang terjadi di dalam bilik sulit itu adalah satu pengalaman yang tidak mungkin dapat saya visualkan, tidak dapat saya tuliskan untuk orang di luar ini mengalami," kata Hishamuddin Rais.
Seksaan fizikal dan mental
Hishamuddin Rais ketika berucap cuba mengelak dari menyentuh penyeksaan yang dilaluinya. Apabila diingatkan moderator Muhammad Afiq, beliau menyebut seksaan yang terbahagi kepada penderaan fizikal dan penderaan mental. Kegagalan menahan salah satu daripadanya akan membuatkan tahanan dibuli pegawai dalam kem. Beliau mengambil contoh bagaimana seorang lelaki Cina, dengan tinggi badan enam kaki dua inci, digelarnya "gangster Old Klang Road", menangis kerana tidak tahan dengan deraan psikologi.
Selain itu, Hishamuddin Rais mengakui dirinya "upset" seandainya dikunjungi kawannya pada hujung minggi, membuatkan hari Isnin-nya terganggu, kerana dirinya akan memikirkan dunia di luar KemTa selepas diziarahi kawannya.

Malah, Hishamuddin Rais berkongsi "penemuannya", bahawa terdapat tujuh pintu dari luar KemTa hingga ke dalam selnya. Tidak cukup dengan itu, beliau pernah dikurung dalam "penjara dalam penjara Kamunting" (diberi gelaran bilik roti) kerana melawan pegawai yang membelasah sahabatnya Tian Chua dalam KemTa.
Seksaan terhadap keluarga tahanan
Sesungguhnya, seksaan ISA tidak terhad kepada tahanan sahaja, tetapi juga ahli keluarga tahanan. Seorang bekas tahanan yang hadir dalam forum semalam, mengisahkan pengalaman pertemuan dengan anaknya yang berusia dua tahun ketika dirinya ditahan. Pada pertemuan kali pertama, beliau dibenarkan bersemuka dengan anaknya, namun pertemuan seterusnya mereka diasingkan dengan kaca. Dalam pertemuan terakhir, sungguhpun mereka dibenarkan bersemuka tanpa kaca, namun anaknya memegang-megang bagaikan ada kaca di antara mereka, katanya sambil menahan sebak.
Maka bermulalah "marathon" Norlaila sebagai seorang isteri dan ibu untuk menyara hidup keluarganya. Setiap kali perjalanan 3 jam setengah diperlukan dari Kuala Lumpur ke Kamunting, dan masa yang sama diperlukan untuk pulang dari Kamunting - hanya untuk pertemuan selama 45 minit.
Norlaila yang bersendirian dengan anaknya, diserang rasa sedih apabila membeli ayam atau biskut di kedai, terkenang suaminya, sehingga bos kedai runcit bertanya mengapa beliau bersedih? Kemudian Norlaila mengisahkan bahawa suaminya ditahan di bawah ISA, dibalas pula "Masih ada lagi ISA kah?"
Norlaila (gambar kanan) berkata, analisis SB (special branch) akan mendapati bahawa penahanan Mat Sah sepanjang tujuh tahun adalah satu kesilapan. Sepanjang tempoh ini, Norlaila giat berkempen untuk menuntut pembebasan suaminya, di pentas PAS mahupun PKR. Norlaila berkata, dirinya berpeluang untuk berucap di kawasan Melayu, termasuk kubu UMNO di Johor dan Pahang, untuk menyedarkan masyarakat Melayu tentang kezaliman ISA.
Menurutnya lagi, bekas Presiden Majlis Peguam Ambiga Sreenevasan pernah dua kali melawat suaminya Mat Sah ketika ditahan, dan Norlaila melihat ia membangkitkan semangat Ambiga untuk berjuang mempertahankan hak asasi rakyat Malaysia.
Turut hadir sebagai panelis dalam forum "ISA: Penyeksaan yang sempurna", anjuran Lawyers For Liberty
(LFL) dan SUARAM ialah Timbalan Presiden PAS Mohamad Sabu dan aktivis,
Wan Ji Wan Hussin. Forum ini menarik kira-kira 150 orang hadirin di
Dewan Perhimpunan Cina KL-Selangor, semalam, dipengerusikan Muhammad
Afiq, peguam LFL. Kempen "Kad Ucapan Untuk Tahanan ISA" dilancarkan
sebagai salah satu usaha menuntut agar 45 tahanan di Kamunting
dibebaskan.
*Lim Hong Siang ialah Editor MerdekaReview, edisi bahasa Malaysia.
Salam pemilik Blog
ReplyDeleteYong sudah link. Terima kasih kerana melawat blog Yong.
salam..sudah boss.salam ramadhan
ReplyDeleteterima kasih sahabat
ReplyDeletesalam, sudah bro, salam ramadhan
ReplyDeleteAssalamualaikum dn selamat menjalani ibadah puasa..sy sudah link kan blog saudara.TQ
ReplyDelete