PERHATIAN!: KEPADA BLOGGER YG INGIN BERTUKAR LINK, SILA TINGGALKAN JEJAK DI RUANG KOMEN.. TQ

.

Tuesday, 19 March 2013

‘Pasar malam Bangladesh’ bakal ulangi pencerobohan Lahad Datu

KUALA LUMPUR 19 MAC: Pencerobohan di Lahad Datu, Sabah patut dijadikan pengajaran supaya kerajaan tidak sewenang-wenangya memberi kad pengenalan (IC) kepada warga asing.

Demikian Pengerusi KEADILAN Melaka, Shamsul Iskandar Md Akin mengulas isu ‘pasar malam Bangladesh’ di kawasan Perindustrian Bukit Rambai, Melaka yang dipenuhi peniaga warga asing tersebut.

Shamsul-Iskandar“Semua ini berlaku kerana kerajaan sewenang-wenangnya membenarkan kemasukan warga asing. Disebabkan itu mereka berani berbuat apa sahaja. Kita juga tidak menolak kemungkinan mereka turut memiliki IC.

“Sepatutnya kerajaan mengambil iktibar apa yang berlaku di Lahad Datu. Tidak mustahil suatu hari nanti, rakyat Bangladesh pula mendakwa tanah di kawasan itu milik mereka dan berani bertindak sesuka hati,” kata Shamsul ketika dihubungi.

Pasar malam Bangladesh itu terbongkar apabila Jabatan Imigresen Melaka membuat serbuan ke lokasi itu.

Mereka mendapati warga asing terlibat mengadakan aktiviti perniagaan barangan keperluan termasuk sayur-sayuran.

Hasil serbuan itu, pihak berkuasa tersebut berjaya menahan 50 pendatang asing tanpa izin (Pati) berusia 19 hingga 42 tahun.

Ia melibatkan 17 warga Indonesia, Bangladesh (sembilan), Myanmar (lapan), Nepal (15) dan Palestin (satu).

Justeru, Shamsul menggesa kerajaan tidak terlepas pandang dan bersekongkol dengan pihak tidak bertanggungjawab memberi IC kepada Pati.

“Mereka akan keluar mengundi jika ada IC. Jika kita bertanggungjawab, jangan sesekali benarkan mereka pilih pentadbir negara.

“KEADILAN sendiri akan membuat pemantauan untuk melihat sejauhmana warga asing itu menjalankan kehidupan mereka sama ada memiliki IC atau tidak,” ujar Ketua Angkatan Muda KEADILAN (AMK) itu. – NS


Short URL: http://www.keadilandaily.com/?p=47802

Comments (5)

Loading... Logging you in...
  • Logged in as
Hentikan visa lawatan sosial /melancong.Tarik balik lesen ejen2 yg mengambil pekerja asing. Bekukan permit kerja kpd warga asing. Ejen2 dan org2 yg terlibat memberi ic hendaklah ditangkap , didakwa, dan dipenjarakan segera ,agar operasi mereka dibantutkan. Sekadar lihat saja, tapi tidak ambil tindakan tidak dapat selesaikan masalah. Kemasukan mereka bertambah setiap hari, kerana saudara-mara mereka dah jadi rakyat Msia. Mengapa negara kita jadi tempat lambakan org asing? sedangkan negara2 besar seperti Australia, USA, mengawal ketat kemasukan warga asing. I Fikirkalah
1 reply · active 627 weeks ago
XNAK SESAT's avatar

XNAK SESAT · 627 weeks ago

KEBANJIRAN WARGA ASING ADALAH DISEBABKAN WABAK PENYAKIT RASUAHHHHHH...JANJI MASYUKKKKK.....BOLEH BERMAHARAJALELA SAMPAI KIAMAT DI MERCU TANDA PUTRAJAYA..BRO...ITU SALAH SATU BALA BENCANA PENUH KECELAKAAN MELAMPAU YG DILAKUKAN OLEH PARA PEMIMPIN UMNO/BN LAKNATTULLAH.SORRY BRO MUNGKIN GUA EMO SIKIT..TAPI KETAHUILAH GUA AMAT MELUAT NGN PERBUATAN KHIANAT DIORANG PADA NEGARA YG GUA CINTAI INI.
Pergiat usaha menentang kebatilan UMNO BN kerana masa semakin hampir. Setiap entri adalah berharga...

Lawati http://mybabah.blogspot.com/
1 reply · active 627 weeks ago
Saya amat kecewa kepada melayu yg masih bodoh untok meyukong umno ,walaupun umnolah yg
khianat kpd bangsa & negara,umno yg menghancurkan org Melayu yg dgn mudah memberi IC dan
membawa masok pendatang dgn sewenang nya atas alasan untuk membangun kan negara dan
dgn mudah diekplotasi olih toke2 kilang tanpa tapisan yg sepatutnya hingga menutup peluang kerja
bagi raayat sendiri .......gaji yg murah tp taraf hidup yg tinggi bagi raayat tempatan !!!
sebenarnya..... kena tanamkan semangat untuk berkerja... tidak memilih kerja.. kepada semua rakyat malaysia......... barulah tak perlu tenaga luar... kalau dah orang Malaysia pemalas nak keje, mengharap orang luar yang datang membantu.... tak perlu kita marah..... cari punca masalah!!! puncanya rakyat malaysia memang pemalas. pilih bulu nak berkerja...

Post a new comment

Comments by

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Followers