Saudara Pengarang,
PERDANA
Menteri Malaysia Najib Razak; Timbalan Perdana Menteri Muhyiddin
Yassin; Menteri Dalam Negeri Hishamuddin Hussien dan Bekas Ketua
Setiausaha Negara, Sidek Hassan bertanggung jawab sepenuhnya kerana
Pengganas Sulu yang menjenamakan diri mereka sebagai 'Tentera Sulu'
berjaya dengan mudahnya masuk ke Lahad Datu tanpa sebarang sekatan.
Tuntutan kerajaan
Sultan Sulu ke atas Sabah bukan perkara baru dan telah wjud begitu lama
sebelum ini; tetapi tidak berlaku sehinggalah kemasukan Pengganas Sulu
dengan begitu mudah.
Setelah
sekian lama PDRM diamanahkan untuk menjalankan tugas menjaga keamanan
dan keselamatan Perairan Negara termasuk Perairan Sabah sejak sebelum
merdeka lagi.
Pada
tahun 2011, Ketua Setiausaha Negara, Sidek Hassan pada masa itu telah
memainkan peranan menipu Perdana Menteri dengan mengatakan Agensi
Penguatkuasa Maritim Malaysia (APMM) yang baru ditubuhkan mampu dan
berupaya mengambil alih tugas mengawal keselamatan perairan Negara.
Pada
hal, pada masa itu APMM yang digelar sebagai 'Anak Perdana Menteri
Malaysia' memang tidak mampu kerana masalah dalaman atau 'Lelaki Mati
Pucuk'.
Pada
tahun 2011, Perdana Menteri Najib Razak telah mengarahkan Ketua Polis
Negara Ismail Omar supaya PDRM menyerahkan semua tugas mengawal perairan
Negara kepada APMM.
Dengan
itu, Polis Marin yang menjadi pasukan utama PDRM dalam menjalankan
tugas tidak lagi mengawal keselamatan perairan Negara sejak awal tahun
2011. Tugas berkenaan diserahkan sepenuhnya kepada APMM.
Sebanyak
71 unit kapal dan bot ronda PDRM; manakala seramai 1,200 anggota Polis
Marin dan juga 8 pengkalan marin di seluruh negara difaraidkan kepada
APMM.
Dengan
itu PDRM 'lumpuh anggota' dan tidak mempunyai keupayaan lagi untuk
menjalankan tugas mengawal perairan dan persisiran negara.
APMM diwujudkan oleh Perdana Menteri Malaysia dan diletakkan di bawah Jabatan Perdana Menteri; di bawah jagaan Timbalan Perdana Menteri. Ratusan juta ringgit peruntukan kewangan disediakan untuk kegunaan APMM.
Lebih
kurang RM 130 juta disediakan untuk membaik pulih bot dan kapal antik
yang yang diambil dari PDRM, TLDM, Kastam dan juga Jabatan Perikanan.
Lebih memalukan, Ibu pejabat APMM di IOI Putrajaya disewa dengan kos lebih kurang RM 800,000 sebulan.
Sebuah
syarikat dilantik untuk menjadi konsultan kepada APMM bagi kerja-kerja
pembaikan bot dan kapal antik dengan bayaran RM 1 juta sebulan.
Setiap
kerja pembaikan yang dijalankan syarikat itu mengenakan caj tambahan
sebanyak antara 10 hingga 15 percent bagi setiao kerja yang dibuat.
Pejabat
pejabat dan pangkalan APMM di merata tempat di seluruh Negara disewa
dengan kos antara RM 40,000 hingga RM250,000 sebulan
Banyak lagi perbelanjaan yang di gunakan oleh APMM tetapi amat malang bagi Negara Malaysia, APMM hanya pandai berlakon sahaja.
Bot-bot
APMM tidak menjalankan rondaan dan operasi di laut perairan Negara.
Mereka hanya main wayang sahaja. Bot-bot APMM hanya melalui kawasan
operasi, selepas itu terus masuk ke pelabuhan dan rehat di pelabuhan.
Pada
keesokan harinya apabila hari siang, barulah mereka melalui semula
kawasan operasi. Mereka tidak berada di kawasan operasi. Kalau tidak
percaya, pergilah sendiri kepada nelayan atau pengguna laluan laut.
Itulah sebabnya Pengganas Sulu berjaya masuk dengan senang dan mudah
tanpa sebarang rintangan.
Semasa
Polis Marin menjaga perairan dahulu, Polis Marin memang sentiasa berada
di laut kecuali jika bot atau kapal rosak untuk dibaiki, barulah mereka
meninggalkan kawasan operasi.
Pada
masa ini, di kawasan operasi di Lahad Datu, bot APMM memang tidak
kelihatan. Bot mereka akan hanya kelihatan berada di kawasan itu jika
ada menteri atau orang atasan hendak melawat kawasan itu.
Bot
APMM akan menunjukkan diri sebentar, selepas itu akan hilang menyorok
tidak tahu di mana. Ini yang sedang berlaku tetapi tidak diketahui oleh
PM dan TPM.
Ketua
Pengarah APMM pula dengan lantang menyatakan APMM tidak dapat
melaksanakan tugas disebabkan kapal kapal dan bot telah lama dan uzur.
Alasan
itu tidak dapat diterima sama sekali kerana semasa kapal dan bot itu
diambil alih, kerajaan telah menyediakan wang sebanyak lebih kurang RM
130 juta untuk pembaikan.
Sehubungan
itu saya mencabar kerajaan BN kembalikan semula bot yang diambil alih
dengan anggota yang diambil kepada PDRM. Saya yakin dan pasti PDRM mampu
melaksanakan tugas mengawal perairan negara. PDRM telah terbukti
kemampuannya dan mempunyai sejarah pencapaian luar biasa selama ini
walaupun hanya diberikan bot yang antik dan usang.
Salam Hormat,
WARGA PERSISIR PANTAI