Saturday, 3 November 2012
TERKINI : Hujan Tak Malapkan Semangat Himpunan Rakyat (Live: Video Inside)
SEREMBAN 3 NOV : Meskipun hujan lebat berterusan dan kawasan tapak digenangi air, ia tidak menghalang orang ramai dari terus membanjiri tapak di Taman Seremban Jaya untuk menghadiri Himpunan Kebangkitan Rakyat (HKR).
Sehingga jam 8.30 malam dianggarkan kehadiran orang ramai telah melebihi 5,000 orang dan dijangka terus bertambah.
Barisan kempimpinan tertinggi PR seperti Ketua Umum PR, Datuk Seri Anwar Ibrahim, Presiden PAS, Datuk Seri Hadi Awang dan Penasihat DAP, Lim Kit Siang dijangka akan tiba di tapak HKR pada bila-bila masa untuk memberi ceramah.
Selain itu turut kelihatan di tapak HKR, Timbalan Presiden PAS, Mohamad Sabu, Naib Presiden PAS, Datuk Mahfuz Omar dan Sasterawan Negara, Datuk A. Samad Said.
Sebelum ini, hadirin di himpunan tersebut dihiburi konsert oleh artis-artis seperti Aishah, Dayangku Intan dan Nizam Laksamana.
Himpunan tersebut dimulakan dengan konvoi motosikal yang bermula dari Stadium Paroi petang tadi.
Sebanyak 200 motosikal dan 50 buah kereta telah berlepas dari Stadium Paroi di sini dan menghala ke Taman Seremban Jaya bagi menyertai “himpunan kebangkitan rakyat” yang bertujuan meningkatkan semangat aktivis Pakatan Rakyat menjelang pilihan raya ke-13.
Konvoi tersebut berlepas setelah Polis Daerah Port Dickson memberi kebenaran kepada selepas perbincangan dengan pengerusi Solidariti Anak Muda Malaysia (SAMM) Badrul Hisham Shahrin.
Konvoi tersebut berlepas jam 3.30 petang setelah hujan lebat berhenti.
Orang ramai yg berada di sepanjang jalan turut memberikan sokongan dengan membunyikan hon kenderaan masing-masing dan memberi tanda tangan isyarat bagus.
Dilaporkan sebelum ini bahawa polis Negeri Sembilan tidak membenarkan himpunan dan konvoi tersebut diadakan kerana penganjur “tidak mempunyai permit”.
TERKINI : Hujan Tak Malapkan Semangat Himpunan Rakyat (Live: Video Inside)
2012-11-03T21:56:00+08:00
hangit
Subscribe to:
Post Comments (Atom)