Kalau petunjuk sokongan masyarakat India terhadap UBN dan Pakatan
Rakyat boleh dilihat kepada perkembangan atau situasi dalam Badan
Hak-Hak Kepentingan India (Hindraf), sekarang ini boleh dikatakan
masyarakat India masih konsisten menyokong Pakatan Rakyat. Boleh
dianggarkan 60% masyarakat India masih bersama Pakatan Rakyat untuk
melihat kejatuhan kerajaan UBN pada 5 Mei nanti.
Sekiranya angka itu tepat ini bermakna UBN akan mendapat hanya 40%
sahaja sokongan dari masyartakat India, jumlah itu sudah cukup untuk
menjadikan Umno khasnya bersendirian dengan sokongan Melayu. Hindraf
adalah badan terbesar yang berperanan menentukan arah mana sokongan
politik masyarakat India di negara ini. Ia bolehlah disama dengan Dong
Zong pertubuhan kebudayaan dan pendidikan Cina yang berpengaruh itu.
Sebelum ini timbul juga keraguan terhadap masyarakat
India yang dianggap golongan yang mudah menukar haluan dan prinsip diri
apabila Hindraf yang satu masa pernah mengejutkan negara amnya dan
memberi tekanan kepada UBN dilihat berpecah.
Ekoran tekanan kerajaan menangkap beberapa orang pemimpin mereka dan
ditahan di bawah Akta Keselamatan Negeri (ISA) serta ada yang melarikan
diri ke luar negara ekoran tunjuk perasaan besar-besaran kumpulan itu
tahun 2007, kepaduan badan berkenaan retak dan berpecah. Sebahagian
menyatakan sokongan kepada kerajaan manakala sebahagian lain tetap
dengan pendirian mereka menuntut hak mereka yang dikesampingkan dan
ditindas oleh kerajaan UBN.
Penubuhan parti Makkal Sakti sempena dengan pilihan raya kecil Bagan
Pinang, Negeri Sembilan (keumudian parit itu mampos) serta pengembalian
salah seorang pemimpin Hindraf yang lari ke luar negeri Waythamoorty
antara faktor kenapa Hindraf retak dan berpecah. Penubuhan Makkal
Saktinya kata atas biaya UBN untuk memastikan masyarakat India di Negeri
Sembilan menyokong UBN. Ternyata projek itu berjaya apabila lebih 70%
masyarakat India di Bagan Pinang mengundi Isa Samad calon UBN.
Makkal Sakti terang-terang menyatakan sokongan kepada UBN begitu juga
dengan Waythamoorty yang cuba menggunakan penyokong Hindraf untuk
kepentingan dirinya dengan berbaik-baik dengan Najib Razak. Bagaimana
pun tindakan Waythamoorty itu tidak diterima oleh masyarakat India
manakala Makkal Sakti yang gah itu akhirnya berkubang dalam gong
gendang.
Tindakan Waythamoorty juga disifatkan cuba merampas Hindraf dari
abangnya kini dianggap sebagai pengkhianat oleh masyarakat India dan
tindakan beliau menanda tangani MoU mengatakan sokongan kepada Najib
dikecam hebat.
Apa yang berlaku di Kulim Kedah semalam di mana kratusan orang India
berarak dan membakar patung Waythamoorty menunjukan usaha Waythamoorty
untuk mendapat sokongan masyakat India kepada UBN dibantah. Pembakaran
patong di masyarakat India adalah kemuncak mesej kemarahan kaum itu.
Tindakan Waythamoorty itu juga tidak akan dimaafi oleh masyarakat India.
Perkembangan yang berlaku di Kulim itu memberi petunjuk jelas yang
Hindraf berpecah dan majoriti dari mereka menyokong Pakatan Rakyat.
Tindakan penyokong Hindraf Kulim itu juga akan berjangkit dan memberi
kesedaran kepada masyarakat India di tempat lain.
Apa yang boleh disimpulkan ada tanda-tanda mungkin sokongan Hindraf
kepada Pakatan Rakyat seperti ditunjukkan pada pilihan raya 2008 akan
pulih sepenuhnya. Mood kemenangan Pakatan Rakyat yang kini
tersebar di seluruh negara akan turut mempengaruhi masyarakat India. Dan
mereka (bagi yang menolak Pakatan) masih ada waktu untuk kembali
sokongan demi sama-sama merayakan kemenangan. [wm.kl.6:57 am 02/05/13]
-http://msomelayu.blogspot.com/2013/05/hindraf-dijangka-sokong-pakatan-rakyat.html