PERHATIAN!: KEPADA BLOGGER YG INGIN BERTUKAR LINK, SILA TINGGALKAN JEJAK DI RUANG KOMEN.. TQ

.

Sunday 5 May 2013

Dakwat kekal: Haron, Karpal lapor polis

KANGAR: Dua pemimpin Pakatan Rakyat membuat laporan masing-masing kepada polis dan Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) mendakwa dakwat kekal yang digunakan semasa pengundian pilihan raya umum ke-13 hari ini boleh tanggal bila dibasuh dengan sabun.

Timbalan Mursyidul Am PAS Datuk Dr Haron Din membuat laporan polis di Balai Polis Kangar di sini mengatakan dakwat yang disapu di jarinya tidak kekal apabila beliau membasuh calitan dakwat itu dengan air dan sabun biasa untuk melihat sejauh mana dakwat itu kekal.

Calon PAS bagi kerusi parlimen Arau itu mengundi di Sekolah Rendah Jenis Kebangsaan Cina Simpang Empat pada pukul 8.25 pagi.

Ketua Polis Perlis, SAC Zull Aznam Haron berkata laporan polis yang dibuat  Haron itu ialah antara 28 kes berkaitan pilihan raya umum yang dilaporkan kepada polis sejak tempoh berkempen sehingga hari mengundi.

Sementara itu di GEORGE TOWN, Pulau Pinang Pengerusi DAP Karpal Singh  membuat laporan kepada SPR mendakwa dakwat di jarinya hilang selepas dicuci dengan sabun dan air selama 10 minit.

Beliau berpatah balik ke pusat pengundian di Penang Free School bagi kawasan parlimen Jelutong selepas kira-kira dua jam mengundi.

Karpal Singh membuat aduan rasmi itu kepada ketua pusat mengundi SPR di situ Ismail Pawanteh.

Ketika dihubungi pemberita di sini hari ini, Pengarah SPR Pulau Pinang, Morat Pora berkata SPR tidak akan hadir untuk memberi penjelasan dan sebarang ketidakpuasan patut dilaporkan kepada polis.

Setiausaha Agung DAP Lim Guan Eng pula selepas mengundi di SMJK (C) Chung Hwa Confusion di Bukit Gelugor pagi tadi, juga cuba memadamkan dakwat di jari telunjuknya di hadapan wartawan tetapi dakwat itu tidak terpadam.

- Bernama
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Followers