PERHATIAN!: KEPADA BLOGGER YG INGIN BERTUKAR LINK, SILA TINGGALKAN JEJAK DI RUANG KOMEN.. TQ

.

Saturday 11 May 2013

Sekurang-kurangnya 3 petisyen di Pahang – Tuan Ibrahim

TEMERLOH: PAS Pahang mendakwa berlaku terlampau banyak kelemahan pada Pilihan Raya umum (PRU) ke-13 baru-baru ini berikutan kegagalan Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) dalam menjalankan tanggungjawab mereka dengan baik khususnya melibatkan ketua tempat mengundi (KTM).





Sambil menyifatkan mungkin KTM tidak faham peraturan dan tidak diberi latihan mencukupi, Pesuruhjaya PAS Pahang, Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man berkata, terdapat beberapa kes serius yang membabitkan KTM antaranya tidak mengembalikan borang 14 (keputusan) kepada wakil parti yang bertanding.



Menurutnya, sebagai contoh di Dewan Undangan Negeri (Dun) Guai, tiga borang 14 tidak dikembalikan kepada wakil parti walaupun setelah banyak kali PAS memohon daripada mereka.



“Di Dun Dong, Raub, berlaku kes di mana KTM memasukkan borang 14 ke dalam peti undi dan di Dun Pulau Tawar pula berlaku kesilapan teknikal apabila borang parlimen bertukar dengan borang Dun,” katanya dalam sidang media hari ini selepas mesyuarat PAS negeri pertama selepas PRU13. (Gambar atas)



Tuan Ibrahim berkata, antara kepincangan lain, berlaku kes pengundi yang namanya telah digunakan pihak lain berlaku dalam Dun Kuala Semantan dan PAS telah membuat laporan polis mengenai kejadian tersebut.



Beliau berkata, selain itu ada juga laporan mengenai lima pengundi warga emas berusia 80 tahun yang nama mereka didaftarkan untuk undi pos.



Tuan Ibrahim berkata, Pakatan Rakyat Pahang akan membuat sekurang-kurangnya tiga petisyen (bantahan kemenangan BN) kepada SPR melibatkan Parlimen Bentong, Dun Damak, Jerantut dan Dun Dong, Raub dalam tempoh 21 hari selepas digazetkan.



“Tugas SPR ialah mengembalikan keyakinan kepada rakyat terhadap suruhanjaya berkenaan selepas ini kerana kenyataan-kenyataan yang dibuat oleh pemimpin SPR banyak yang menunjukkan badan tersebut tidak berdiri sama tengah,” katanya.



Mengenai soalan lain, Tuan Ibrahim berkata, PAS menolak dakwaan Barisan Nasional (BN) bahawa berlakunya tsunami Cina kerana ada tujuh kerusi parlimen dan banyak Dun yang diwakili PR yang calonnya Melayu menang ke atas kerusi BN yang diwakili calon dari MCA dan juga Gerakan (Cina).



“Bagi PAS Pahang, secara keseluruhannya kita akur dengan keputusan yang telah dibuat rakyat iaitu berjaya mengekalkan kerusi Dun Kuala Semantan dan Beserah selain merampas kerusi Tanjung Lumpur dan turut menang di Parlimen Temerloh.



“Pada mesyuarat khas yang berlangsung hari ini juga, PAS Pahang merakamkan takziah kepada keluarga bekas Menteri Besar Kedah Datuk Seri Azizan Abdul Razak yang dipotong kedua belah kakinya dan ucapan tahniah kepada Menteri Besar Pahang Datuk Seri Adnan Yaakob atas pelantikan sebagai MB penggal keempat,” katanya.//harakahdaily

2 comments:

BERADABLAH KETIKA MENGOMEN... TQ

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Followers