Saturday, 22 March 2014
'Bomoh bubu jangan suka-suka nak tampar orang'
KAJANG - "Awak bomoh bubu, baling kelapa cukup, jangan tampar orang," demikian kata-kata sinis Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim terhadap tindakan Ibrahim Mat Zin yang sering kali mengugut untuk menampar mereka yang mempertikaikan tindakannya.
Anwar dalam nada kesal berkata, tindakan Ibrahim menggunakan bubu kononnya untuk membantu mencari MH370 yang hilang pada 8 Mac lalu, sangat memalukan.
Malah katanya, ekoran perbuatan Ibrahim yang menggelarkan dirinya sebagai Raja Bomoh Nujum Sedunia VIP itu, Malaysia tiba-tiba menjadi 'terkenal' secara tiba-tiba.
"Tindakan awak sangat memalukan. Awak tidak sepatutnya ingin menampar orang lain.
"Baru-baru ini saya dapat telefon daripada anak Sheikh Yusuf al-Qardawi, beliau tanya apa yang Malaysia telah lakukan.
"Guna kelapa, bubu untuk cari MH370, ianya sangat memalukan, tetapi saya kata jangan tanya saya, saya tidak tahu menahu pasal bomoh ini," katanya ketika ceramah Reformasi 2.0 di Stadium Kajang, malam tadi.
Oleh itu, Anwar berharap agar MH370 terus berada dalam keadaan selamat dan segera ditemui.
Ibrahim sebelum ini membidas tindakan Anwar yang menggunakan namanya ketika berkempen di PRK Kajang malah tidak menolak untuk memfailkan saman malu terhadap Ketua Umum PKR itu.
Terdahulu, Ibrahim mahu menampar Menteri Belia dan Sukan, Khairy Jamaluddin kerana menggesa agar beliau ditangkap.
Ibrahim pada 10 Mac mendapat perhatian meluas apabila muncul di balai berlepas Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) dengan dua batang buluh dan satu bubu.
Bubu itu diletakkannya di atas kepala seorang lelaki yang hadir di situ dan beliau menggunakan dua batang buluh berkenaan sebagai teropong untuk meninjau ke arah bubu berkenaan sambil membaca surah Yassin kononnya untuk mencari di manakah pesawat MH370 yang gagal dikesan.//(sinarharian)
'Bomoh bubu jangan suka-suka nak tampar orang'
2014-03-22T14:58:00+08:00
hangit
Subscribe to:
Post Comments (Atom)