PERHATIAN!: KEPADA BLOGGER YG INGIN BERTUKAR LINK, SILA TINGGALKAN JEJAK DI RUANG KOMEN.. TQ

Saturday, 22 February 2014

Nik Aziz selar Kassim Ahmad

KOTA BHARU - Mursyidul Am Pas, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat menyelar pemikir, Dr Kassim Ahmad yang didakwa menolak hadis dan mengeluarkan kenyataan bertentangan dengan Ahli Sunah Wal Jamaah.

Menurutnya, kenyataan bekas Ketua Parti Sosialis Rakyat Malaysia (PSRM) yang dilihat terpesong itu boleh mempengaruhi dan merosakkan akidah umat Islam lain.

“Bila manusia berfikir lebih daripada kapasiti fikiran dia, punah (rosak) selalu, hal ALLAH tak boleh kita nak fikir bodoh-bodoh begitu, kena tanya orang yang pandai, kerana ALLAH tak boleh kita tengok, suaranya juga tidak boleh kita dengar, nak hidu bau pun tak boleh, apatah lagi untuk kita rasa dengan lidah.

“Oleh yang demikian tak ada orang yang boleh kenal ALLAH macam mana, melainkan orang yang Dia beritahu, iaitu Nabi Muhammad,” katanya ketika menyampaikan Kuliah Jumaat di Dataran Ilmu, semalam.

Nik Aziz mengulas kenyataan Kassim dalam seminar Pemikiran Kassim Ahmad: Suatu Penilaian, di Putrajaya pada 15 dan 16 Februari lalu selepas didakwa mengkritik golongan ulama Islam yang disifatkannya sebagai ‘kasta paderi’ serta mendakwa Nabi Muhammad SAW tidak perlu dimuliakan, selain rambut bukanlah aurat bagi wanita.

Nik Aziz berkata, umat Islam perlu bergantung sepenuhnya dengan sabda Nabi Muhammad kerana Baginda merupakan orang yang paling dekat dengan ALLAH, malah disebut sebagai kekasihNya dan mempunyai kedudukan paling tinggi serta dihormati malaikat di langit dan bumi.

Tindakan Kassim itu dikecam beberapa pihak termasuk Persatuan Peguam Syarie Malaysia (PGSM), Pertubuhan Ahli Sunah Wal Jamaah (Aswaja) yang memanggil beliau untuk bermuzakarah, selain Pertubuhan Peribumi Perkasa yang menggesa Jabatan Kemajuan Islam (Jakim) mengambil tindakan sewajarnya, namun sehingga kini belum ada tindakan dikenakan ke atasnya.

Malah, Presiden Majlis Perundingan Islam (Mapim), Mohd Azmi Abdul Hamid bersetuju jika pihak berkuasa agama membuat perbincangan secara tertutup dengan Kassim sekali gus memberi bimbingan kepada pemikir itu sebagaimana cadangan Pengerusi Lajnah Dakwah Pas Pusat, Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man.//(sinarharian)


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Followers