PERHATIAN!: KEPADA BLOGGER YG INGIN BERTUKAR LINK, SILA TINGGALKAN JEJAK DI RUANG KOMEN.. TQ

.

Wednesday, 12 March 2014

'TUDM kesan pesawat tak dikenali' di Pantai Barat

Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM) mendedahkan sebuah pesawat yang tidak dikenali dikesan di ruang udara utara Selat Melaka selepas penerbangan MH370 gagal dikesan.

Panglima TUDM Tan Sri Rodzali Daud memberitahu, pesawat yang masih belum dikenalpasti itu mungkin pesawat Malaysia Airlines yang dijadualkan ke Beijing.

“Saya tidak kata bahawa ini adalah MH370. Kami sedang mengesahkannya. Kami masih bekerjasama dengan pakar," katanya dalam satu sidang media hari ini.

Rodzali berkata pesawat tidak dikenali itu dikesan pada jam 2.15 pagi Sabtu, selang kira-kira 45 minit selepas MH370 hilang dari skrin kawalan udara.

Katanya, radar tentera mengesan pesawat tidak dikenali itu berada pada kedudukan kira-kira 320 kilometer di barat laut Pulau Pinang.

Pesawat itu terbang pada ketinggian 29,500 kaki (hampir 9 kilometer) dari paras laut.

Pendedahan itu muncul hanya beberapa jam selepas beliau menafikan laporan akhbar bahawa radar tentera mengesan MH370 berpatah balik dan terbang ke arah Selat Melaka.

Ia turut menjelaskan tumpuan aktiviti Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia yang kini digerakkan ke selatan Thailand dan Laut Andaman.

Bagaimanapun ia menunjukkan bahawa pihak berkuasa masih tidak pasti lokasi sebenar untuk menjalankan operasi dan menyelamat dan tidak menjelaskan nasib sebenar yang menimpa pesawat berkenaan.

Arah dan tujuan sebenar pesawat berkenaan juga masih belum dapat dipastikan.

Sekiranya pesawat misteri itu sememangnya penerbangan MH370, maklumat baru ini menunjukkan ia meneruskan penerbangan selama 45 minit selepas menukar haluan dari lokasi terakhir di ruang udara Vietnam.

Kedudukan 320 kilometer di barat laut Pulau Pinang mungkin meletakkan pesawat tersebut di kedudukan selatan Phuket.

Indonesia dan Thailand sebelum ini menyatakan bahawa pasukan tenteranya tidak mengesan sebarang pesawat aneh di ruang udara mereka.//(malaysiakini)

Comments (4)

Loading... Logging you in...
  • Logged in as
Kalau kapalterbang MAS tu patah balik...pasai apa radar DCA tak boleh kesan...
Tak logik langsung.....
Nak keluarkan statementpun biarlah logik wahai panglima woiiii...
Perjalanan nak patahbalik tu ambil masa lebihkurang 1 jam... tau tak...
Kalau macam tu...lain kali pilot kapal terbang target pergi London...rupanya pergi melencong ke Australia sbb radar DCA tak boleh kesan....

Panglima ni cakap macam otak letak kat lutut
boboi elok ko je jadi panglima..aku undi ko..
radar tentera kesan ada pesawat tak dikenali...untuk maklumat radar tentera dgn DCA tk sama..
maaf nak menyampuk..jika radar tak dapat kesan pesawat, berkemungkinan pesawat terbang dibawah radar..iaitu terbang rendah..ianya berkemungkinan besar kerana pilot adalah yang berpengalaman..tapi ini hanya pendapat, bukan fakta

Post a new comment

Comments by

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Followers