Lelaki berusia 26 tahun itu dikatakan mendapat pendidikan di Sekolah Perubatan dan Pergigian King’s College London, Pusat Sains Kesihatan, Universiti Peking dan Royal College of Surgeons of England sebelum menjadi doktor bedah trauma dan bertugas dalam kawasan yang diancam peperangan.
Dia kemudiannya menulis sebuah buku autobiografi yang menceritakan pengalamannya ketika berkhidmat di Haiti, Libya, Nicaragua, Somalia, Afghanistan dan beberapa negara lain.
Buku yang berharga RM50 itu berjaya meraih simpati orang ramai untuk menderma bagi membeli ubat kepada mangsa peperangan dan bencana alam melalui akaun peribadinya.

Ketua Biro Pengaduan Awam MCA, Datuk Seri Michael Chong berkata, hasil laporan tersebut, dia bersama empat peguam menjalankan penyelidikan ke atas buku dan lelaki yang mendakwa dirinya doktor pakar bedah.
Menurutnya, nama lelaki tersebut didapati tidak diiktiraf sebagai doktor oleh Persatuan Perubatan Malaysia.
“Untuk menjadi seorang pakar memerlukan masa lebih kurang lapan hingga 10 tahun tetapi mustahil bagi pemuda ini untuk bergelar pakar dalam usia muda,” katanya pada sidang media di Bangunan MCA, Ampang, di sini, semalam.
Chong berkata, selepas mendapati kegiatannya disedari, lelaki tersebut memohon maaf melalui akaun Facebooknya pada 14 Ogos lalu dan akan memulangkan RM38,099 sumbangan yang telah diberikan kepadanya.

Menurut Chong, pihaknya mendapati, doktor palsu tersebut telah menerima RM48,792 sumbangan di Melaka yang terimanya pada April lalu.
“Jumlah ini bertentangan dengan yang diberitahunya sebelum ini, dan mahu polis menyiasat kes ini kerana menipu,” katanya.
Beliau berkata, empat laporan melibatkan penipuan doktor bedah palsu tersebut telah dibuat di Balai Polis Dang Wangi pada Jumaat lalu, bagi tindakan selanjutnya.
Chong berkata, lelaki tersebut pernah mendapat liputan meluas daripada media tempatan kerana menjadi pakar bedah termuda dan menghulurkan kepakarannya di negara yang bergolak dan dilanda bencana.
(SINAR HARIAN)
-mynewshub
C++ · 662 weeks ago
Ader masalah ker..... kelulusan satu hal... skill satu hal... tak semua yang ader kelulusan persijilan dan kertas ader skill yang boleh dibanggakan... Steve Job dan Bill Gates pon takder sijil.. tapi skill marvelous... Ibn Sina dan Al Razzi pon tajder kelulusan persijilan dan kertas... tapi skill hebat...
Bukan la gua nak sokong... tapi kalu dier punya servis kat pesakit marvelous... dan kira okeh la...
Lagi satu... doktor dari luar negara (walaupun rakyat Malaysia) tak semestinya dapat kelulusan dari MMA (Persatuan Perubatan Malaysia) .... kalu nak kira doktor pakar... yer ... kalu ikut standard Malaysia mesti kena berumur lebih dari 40 tahun dan berkhidmat lebih 10 tahun... tapi...
Kat oversea.... pelajar perubatan paling muda yang dah abis belajar dan mula jadi doktor yang pernah gua tau berumur 18 tahun.... itu paling muda...
Aper-aper pon bab dier kutip derma tue gua tak stuju... hahahaha