PERHATIAN!: KEPADA BLOGGER YG INGIN BERTUKAR LINK, SILA TINGGALKAN JEJAK DI RUANG KOMEN.. TQ

Friday, 24 August 2012

Mahathir takut Anwar dan Pakatan ganti BN PRU 13

KUALA LUMPUR 24 Ogos: Tun Dr Mahathir Mohamad dibayangi ketakutan melampau terhadap seterunya, Datuk Seri Anwar Ibrahim kerana bimbang berdepan kejatuhan BN dalam pilihan raya umum akan datang manakala Pakatan Rakyat pula diangkat menggantikan Kerajaan Persekutuan.

“Melihatkan sikap Mahathir ini, sebenarnya beliau dibayangi ketakutan (paranoid) terhadap Anwar. Sebab itu beliau terpaksa menggunakan ideologinya sehingga sanggup menyamakan Anwar dengan Obama.

“Satu perkara yang perlu dijelaskan adalah Obama sudah dipilih jadi Presiden. Adakah kerana Mahathir cemburu melihat dasar Obama lebih baik daripada kawan ‘baiknya’ George W Bush,” kata Shamsul Iskandar Md Akin ketika dihubungi.

Ketua Angkatan Muda KEADILAN (AMK) itu mengulas kenyataan mantan Perdana Menteri itu menyamakan Anwar yang juga Ketua Pembangkang dengan Presiden Amerika Syarikat, Barack Obama.
Shamsul berkata, Mahathir perlu sedar kezaliman beliau semasa pentadbirannya kerana menganiaya rakyat dan hanya menabur janji-janji kosong.

“Kalau ikutkan, Tun Mahathir adalah Perdana Menteri paling zalim yang disaksikan rakyat sepanjang 22 tahun memerintah.

“Imbas kembali bagaimana beliau jadi Perdana Menteri, tidak ubah seperti pemimpin kuku besi Presiden Mesir, Hosni Mubarak dan Presiden Tunisia, Ben Ali,” katanya.

Mahathir nyanyuk

Ahli Parlimen Sungai Petani, Datuk Johari Abdul menyifatkan, Mahathir sudah nyanyuk dan sebab itu beliau mengeluarkan kenyataan terdesak seumpama itu.

“Dr Mahathir nyanyuk kerana menyamakan Anwar bukan Perdana Menteri, beliau adalah Ketua Pembangkang. Kalau nak tahu boleh tunai janji atau tidak maknanya kena bagi mandat kepada beliau jadi Perdana Menteri dulu.

“Lagi satu Mahathir lupa kerana zaman pentadbiran Obama, peperangan dunia sudah tidak seteruk zaman George Bush,” katanya.

Mahathir juga diingatkan jangan terlalu ghairah menunding jari memburukkan orang lain sedangkan beliau sendiri hidup menganiayai rakyat.

“Kalau Mahathir pertikaikan apa janji tidak ditunaikannya, kita pula tanya apa janji yang beliau tunai selama 22 tahun jadi Perdana Menteri.

“Adakah janji beliau hanya sekadar mengkayakan kroni dan anak-anaknya sahaja. Beliau juga dulu berjanji mahu kayakan golongan Bumiputera dengan memilih Tajuddin Ramli, Pengerusi Eksekutif (CEO) syarikat Penerbangan Malaysia (MAS), tapi tengok di mana Tajuddin sekarang?

“Sebaliknya beliau hanya kayakan syarikat kroni seperti YTL dan Anandan Krishnan pula,” kata Johari.

-sumber
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Followers