Dalam usaha yang tidak disangka, PAS telah bergerak untuk menggagalkan
kempen saat-saat terakhir oleh Najib Altantuya bagi menarik penjawat
awam dengan mengatakan Pakatan Rakyat akan sepadan dan memperbaiki
apa-apa janji oleh perdana menteri seperti menaikkan gaji dan elaun.
Najib Altantuya dijangka akan mengumumkan beberapa inisiatif termasuk
meningkatkan gaji sehingga 10 peratus, memperbaiki elaun kos kehidupan
dan perumahan kepada 1.5 juta penjawat awam hari ini.
“PAS Pusat yang bersidang pada hari ini mengambil ketetapan, mana-mana
pengumuman yang dilakukan oleh Perdana Menteri untuk perkhidmatan awam
akan diteruskan jika sekiranya Pakatan Rakyat mentadbir Putrajaya,” kata
Naib Presiden PAS, Husam Musa dalam satu kenyataan hari ini.
Beliau menyenaraikan tiga inisiatif yang akan diketengahkan oleh Pakatan Rakyat dengan yang pertama
untuk memperbaiki habuan kepada penjawat awam, termasuk kenaikan
pangkat kepada semua penjawat awam termasuk guru, pegawai kastam, polis,
tentera dan lain-lain.
“Kami akan menerima pakai amalan di Kelantan di mana semua
pinjaman perumahan dan kenderaan kakitangan awam dihapuskan kenaan caj
bunga empat peratus bermula dari tarikh Pakatan Rakyat mengambil alih
Putrajaya,” kata Husam sambil menambah semakan pinjaman
sekarang akan dilakukan untuk memastikan kerajaan boleh menanggung
implikasi kewangan.
Inisiatif ketiga adalah faedah bagi
kakitangan awam yang berpendapatan rendah serta rakyat Malaysia umumnya,
kadar pelepasan cukai yang ada sekarang dicadang dikaji semula untuk
dinaikkan.
Husam menambah, perlepasan cukai bagi mereka yang mempunyai isteri dan
anak-anak yang ada sekarang menyebabkan kakitangan awam dan orang ramai
tidak mendapat pendapatan benar yang cukup untuk membiayai kos hidup
yang tinggi pada hari ini.
Kedua-dua BN dan Pakatan Rakyat berusaha untuk memenangi undi penjawat
awam yang menjadi kunci kemenangan daripada 13.3 juta pengundi yang akan
membuang undi dalam pilihan raya tahun ini.PAS dan sekutunya DAP dan
KEADILAN menggemparkan BN dalam Pilihanraya 2008 apabila menafikan
majoriti tradisi dua pertiga mereka di parlimen.
Gabungan tiga parti itu memenangi 82 kerusi dan empat negeri dan menyebabkan Pakatan Rakyat ditubuhkan.
Pilihanraya umum akan diadakan pada bila-bila masa kerana BN masih belum
membubarkan parlimen Jumaat lalu, tepat lima tahun selepas pilihanraya
lalu pada 8 Mac 2008 walaupun mandat mereka berakhir pada 28 April.
Husam juga mengatakan PAS Pusat membincangkan tentang keperluan kajian
dibuat terhadap penalti 45 peratus yang di kenakan kepada pembayar cukai
bila jumlah cukai yang diumumkan berbeza dengan yang ditafsirkan oleh
Lembaga Hasil Dalam Negeri.“Penalti tersebut membebankan pembayar cukai.
Kutipan cukai negara meningkat kerana penalti 45 peratus itu dikenakan.
Pada tahun ini dijangka kutipan cukai termasuk penalti itu akan menjadi
yang tetinggi pernah dikutip,” katanya.
“Peningkatan kutipan kerana penalti wajib seperti ini menambahkan lagi tekanan terhadap rakyat jelata.”
Husam juga berkata PAS akan mengkaji semula cukai ke atas eksport sawit
mentah (CPO) sebanyak 23 peratus yang menyebabkan harga kelapa sawit
Malaysia lebih mahal di pasaran antarabangsa sementara Indonesia
telahpun dua kali menurunkan cukai CPO menjadikan harga sawit mereka
lebih berdaya saing.
Beliau berkata langkah tersebut boleh membantu meningkatkan harga CPO
dan ini memberikan faedah termasuk kepada pekebun-pekebun kecil di
seluruh negara akan tetapi polisi Putrajaya memberikan Permit Diluluskan
(AP) kepada syarikat terpilih untuk mengeksport tujuh juta tan CPO
tanpa cukai telah merugikan negara.
Husam mengatakan PAS akan menyemak kembali sistem tersebut serta
jawatankuasa akan ditubuhkan dan ia akan mencadangkan pendirian PAS
terhadap penalti cukai 45 peratus, kadar cukai CPO yang baru dan
menghapuskan sistem AP eksport minyak sawit mentah.
Malaysia adalah negara pengeluar CPO kedua terbesar dunia dengan
kedua-dua negara bersaing untuk pasaran di rantau ini terutamanya China
dan India.
-SUMBER
Elaun cola dan elaun rumah tak naik pun sedangkan itulah paling di harapkan alasan bergantung kepada kemampuan kewangan kerajaan, mereka membazir boleh pulak dengan mengumpul wang haram
ReplyDeleteJangan lupa puluhan ribu guru yang terlepas gred DG32. Ingat puak guru ni nak pangkah UMNO jangan harap. Mana adil disuruh belajar menambah ilmu tapi dinafikan timebase guru-guru ini. Kalau berani kenapa buat diam tuntutan kesatuan guru untuk guru-guru yang dizalimi dan dinafikan hak mereka. Kalau polis tak payah belajar tinggi tapi elaun dan gaji hampir sama dengan guru DG41. Slogan Rakyat didahulukan boleh ditongsampahkan.
Deletebagaimana dengan swasta,mereka lebih ramai diluar sana.
ReplyDeleteKLIK IPT DIKOMPAUN AMBIL PELAJAR TIDAK LAYAK
Blog nie mmg hangit ler
ReplyDeleteBlog nie mmg hangit ler
ReplyDelete