PERHATIAN!: KEPADA BLOGGER YG INGIN BERTUKAR LINK, SILA TINGGALKAN JEJAK DI RUANG KOMEN.. TQ

Wednesday, 13 March 2013

Penjawat Awam Dapat 2 Kali Kenaikan Gaji Tahunan (KGT) 2013 RM80-RM320.| Cara Pengiraan...

Berdasarkan pemerhatian kami, apa yang dinanti-nantikan kalangan penjawat awam disebalik pengumuman Datuk Seri Najib Razak baru-baru dengan penuh harapan, samada elaun COLA dan elaun perumahan naik atau kekal seperti yang sedia ada sekarang? Atau isu gaji maksimum dan nasib 50,000 pegawai kontrak diberikan perhatian atau tidak? 


Butiran Sistem Saraan Transformatif (SST) & Berita Gembira Untuk 1.4 Kakitangan Awam

 

1) Tambahan KGT tiga kenaikan gaji tahunan untuk semua struktur gaji maksimum : 

  • Berkuatkuasa 1 Januari 2013, semua struktur gaji maksimum dalam Jadual Gaji Minimum-Maksimum diperuntukkan tambahan Kenaikan Gaji Tahunan (KGT) sebanyak tiga kenaikan.
  • Kenaikan Gaji Tahunan (KGT) ini membabitkan 182,434 penjawat awam yang berada pada paras gaji maksimum pada 2013 dan tidak dapat menikmati KGT.

2) 50,000 pegawai kontrak akan disambung setahun

  • Sementara kajian terus dilakukan sekitar 50,000 kakitangan kontrak yang akan tamat perkhidmatan pada 31 Disember tahun ini akan disambung setahun lagi.

3) Kenaikan Gaji Tahunan (KGT) antara RM80 hingga RM320

  • Kerajaan setuju beri semua penjawat awam faedah pemindahan gaji sebanyak satu Kenaikan Gaji Tahunan (KGT) diawalkan pada 1 Julai 2013.
  • Setiap penjawat awam terima antara RM80 hingga RM320.
  • Ia membabitkan perbelanjaan sebanyak RM1.5 bilion;

4) Lain-lain

  • Skim perkhidmatan dari Gred 1 hingga 10, dinaik taraf kepada gred gaji kelayakan masuk PMR melibatkan 166,541 orang
  • Urusan kenaikan pangkat Kumpulan Pelaksana dipendekkan tempoh kenaikan pangkat dari tempoh 15 tahun kepada 13 tahun yang melibatkan seramai 17,000 penjawat awam yang layak;
  • Kaedah meluaskan pelaksanaan kenaikan pangkat iaitu Kenaikan Pangkat Laluan Pantas, Kenaikan Pangkat Laluan Pakar Bidang dan Kenaikan Pangkat Laluan Kemahiran Tinggi;
  • Sekiranya tiada pelarasan gaji atau semakan dibuat, kerajaan setuju beri Pergerakan Gaji Khas sebanyak tiga peratus kepada pegawai yang capai dan punyai gaji maksimum;
  • Dalam Skim Saraan Malaysia (SSM), bagi KGT Gred 1 hingga 11 dan gaji gred naik pangkat tidak dapat tampung kenaikan pangkat, kerajaan setuju buat tambah baik sebelum akhir 2013 berpandukan prinsip saraan sejagat iaitu kadar upah untuk kerja relativiti dan pariti perkhidmatan serta “pay for performance”;

Kenaikan Gaji 2013

Selepas kami meneliti dengan penuh teliti sebutir demi sebutir ayat yang keluar daripada mulut emas Datuk Seri Najib Razak  sehingga tempoh akhir ucapan Perdana Menteri (sekitar jam 12:05 tengahari, perkataan atau kalimah COLA dan elaun perumahan (SEPERTI DI SINI) masih lagi tidak kedengaran. Dan pada masa itulah, secara tiba-tiba server kami mengalami gangguan yang sangat teruk sehingga menyebabkan kalangan anda menghadapi kesukaran utnuk akses berita Semasa. Tidak mengapa kita tinggalkan sebentar berkenaan ini.

Mungkin kalangan daripada anda, sebagai penjawat perlu menunggu satu lagi siri berita gembira berkaitan COLA dan elaun perumahan pada pembentangan Bajet 2014 kelak. Mungkin?

kenaikan gaji


Kenaikan Gaji Tahunan 2013 (KGT) : Kiraanya?

 

Bagi kalangan penjawat awam, nampaknya tahun 2013 ini mereka akan menerima kenaikan gaji sebanyak 2 kali setahun (2 KGT). Contohnya :

Kakitangan yang mencapai gaji maksimum ditambah lagi 3 tangga gaji. Oleh itu, penjawat awam yang sudah mencapai gaji “mati” boleh naik gaji lagi sehingga tempoh 3 tahun. Selain daripada itu iaitu kakitangan awam yang lain, 1 KGT antara RM80 – RM320 bakal diberikan. Contohnya :

  • Kenaikan Gaji Tahunan (KGT) dikira bulan Julai 2013, bermakna pada bulan Julai semua orang akan dapat kenaikan tersebut.
  • Bermakna bagi yang DG 41 naik RM230, DG 44 naik RM250, DG 48 naik RM270, DG 52 naik RM290 dan DG 54 naik RM320. Kenaikan gaji tahunan RM80 melibatkan tangga gaji yang bawah sekali.
  • Yang mana daripada anda (penjawat awam) yang menerima KGT setiap tahun naik sekitar RM200, pada bulan April 2013, maka pada bulan Julai kelak anda dapat sekali lagi KGT RM200. Jelas?
  • Ok. Siapa yang naik gaji pada bulan Januari, akan dapat kenaikan biasa pada bulan Januari dan pada bulan julai, naik lagi satu kenaikan. Masih jelas?
  • Bagi yang naik gaji bulan Julai, maka secara automatiknya akan dapat 2 kenaikan gaji.

Katakan DG 41, kenaikan gaji tahunan (KGT) ialah RM225 setahun. Bagi Kenaikan Gaji Tahunan (KGT) sebelum Julai, kiraannya adalah seperti ini :

  • Katakan gaji yang diberikan adalah RM3000.14  (Januari 2012 – Disember 2012) dan kenaikan ialah pada bulan Januari setiap tahun)
  • Oleh itu, gaji yang diberikan pada Januari 2013 adalah seperti berikut : RM3000.14 + RM225 = RM 3225.14
  • Manakala pada bulan Julai 2013 dibayar gaji RM 3225.14 + 225 = RM3450.14 (sepertimana yang Datuk Seri Najib umumkan baru-baru ini)
  • Manakala pada Januari 2014 (RM3460.14 + RM225 = RM 3675.14)

Bagi yang menerima kenaikan gaji tahunan pada bulan Julai. Katakanlah gaji yang anda terima sebanyak RM3000.14 (Julai 2012 – Jun 2013) dan Kenaikan Gaji Tahunan (KGT) ialah pada bulan julai setiap tahun, kiraannya adalah seperti di bawah ini :

  • Julai 2013 RM3000.14 + 225 = RM 3225.14
  • Julai 2013 RM 3225.14 + 225 = RM3450.14 (Sepertimana yang diumumkan oleh Datuk Najib)
  • Julai 2014 RM3460.14 + 225 = RM 3675.14

Begitulah sama kiraan utntuk kalangan kakitangan awam yang menerima kenaikan gaji tahunan bagi kenaikan gaji tahunan selepas bulan Julai iaitu bulan Oktober. Apa kata dan respon anda dengan pengumuman berita gembira untuk penjawat awam kali ini?
 
 
-berita semasa

15 comments:

  1. Wah.,penerangan yg jelas..saya dah fhm..tq..moga anda dpt rezeki yg byk lg

    ReplyDelete
  2. kenaikan gaji bulan oktober kurang jelas sikit...boleh saudara explain skit

    ReplyDelete
  3. den raso gaji yg naik ni ceput je. berbanding dg keadaan yg mendesak.naik lah lobih baru cantik

    ReplyDelete
  4. kenaikan gaji okt. memang kurang jelas sebab pilihan raya bln 5

    ReplyDelete
  5. sekarang ni mcm2 ada.montang2 nak p.rayo.kalau boto2 boghani kasi minyak 1 malaysia pulak.den tunggu

    ReplyDelete
  6. bagi yd dah gaji makimum, KGT Januari, mcmana nak kira?

    ReplyDelete
  7. Bagi yang gaji mati tahun 2013 nak kira macamana? Memang dapat last kenaikan pada April 2013, adakah dikira mati gaji atau masih ada kenaikan?

    Terima kasih.

    ReplyDelete
  8. Bagaimana pula kiraan untuk kakitangan yang sudah lama langgar dinding?

    ReplyDelete
  9. Apa yang lebihnya?. Hanya gaji di awalkan. Bukan satu pemberian.

    Ini bermakna pada 1 julai. Kita berhutang kgt 2014.

    ReplyDelete
  10. Botul-botul 1Malaysia..Gaji asik up jer yer.Pasni tah2 kereto pun ader less khas utk staff gomen.Keto muroh minyak 1Malaysia lak free.Maleh den kayuh basikal laie.Den boli kereto nanti..Hehehe.Moga2 Allah merahmati serta memberkati pemimpin2 negara yg berjiwa rakyat.Rakyat didahulukan,Pencapaian diutamakan,Wang diberikan..Terima kasih..

    ReplyDelete
  11. bagi yang baru masuk bulan januari 2013 macam mana..??dapat ke tak kelebihan tu..??and kalau dapat macam mane nak kire.??

    ReplyDelete
  12. Kepada penjawat awam semua, sila baca betul-betul pekeliling 2/2013, Tidak ada dua kenaikan gaji melainkan yang maksima diberi tiga kali kenaikan bermakna another three years getting increment. Jadual pekeliling jelas menyatakan hanya satu kenaikan biasa iaitu kalau Gred N22 seperti saya Rm115.00 selama tiga kali (tiga tahun). Bayangkan naik gaji income tax juga turut naik. yang lebih teruknya belum ada kenaikan sudah harga barang dinaikkan. apabila sampai bulan Ogos harga barang naik sekali lagi. Penjawat awam sebenarnya masih on the same situation, hanya ada kenaikan gaji tahunan satu insentif oleh kerajaan terutama kepada yang telah berada di tahap maksima dan tidak ada kenaikan gaji lagi. Kita kena fikir juga masyarakat yang tidak bekerja dengan kerajaan, penjawat awam naik gaji harga barang naik, rakyat semakin tenat kerana harga barang yang melambung naik kerana segala-galanya naik harga dari minyak caj service dll. Apakah usaha kerajaan untuk mempastikan rakyat yang tidak bekerja dengan kerajaan tidak menderita berikutan insentif kepada penjawat awam sahaja. Kalau pada tahun 80an nilai matawang RM1,000.00 sangat besar, dan masih boleh menabung, tetapi pada zaman sekarang semakin meningkat gaji penjawat awam, semakin sukar menabung? Cubalah renungkan kalau dulu seorang ibu penjual sayur masih mampu membeli susu yang berjenama(nan) tetapi sekarang jangan kan susu nan tetapi susu termurah dumex pun sukar. Jangan terlalu ghairah dengan kenaikan gaji....

    ReplyDelete
  13. Saudara/i N22. Sila baca pekeliling betul2. Mmg bln julau ni semua akan dpt satu kenaikan tangga gaji sbg pelarasan skim gaji baru SST.

    ReplyDelete
    Replies
    1. di muka surat berapa tuan?

      Delete
  14. Saya ada ikut seminar penjawat awam baru2 ini, ceupacs kata kenaikan gaji tahunan ikut kenaikan biasa setiap tahun, ch: naik bulan januari, pada julai akan ada 1 lagi kenaikan, betul apa yang dikatakan oleh Hangit blok ini.....terima kasih.

    ReplyDelete

BERADABLAH KETIKA MENGOMEN... TQ

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...