PERHATIAN!: KEPADA BLOGGER YG INGIN BERTUKAR LINK, SILA TINGGALKAN JEJAK DI RUANG KOMEN.. TQ

Thursday, 14 March 2013

Komander Musa masih hidup dan ‘menikmati kopi’, kata keluarga Kiram | Saksikan klip Video beliau bersama tali barut

KUALA LUMPUR, 13 Mac — Keluarga Kiram menyanggah kenyataan pasukan Malaysia telah membunuh “Komander Haji Musa” yang juga bekas komander Moro National Liberation Front (MNLF) yang merupakan salah seorang pemimpin tertinggi militan Sulu.

Jurucakap Sultan Sulu Abraham Idjirani memberitahu saluran media ABS-CBN News beliau telah bercakap dengan ketua kumpulan Agbimuddin Kiram yang mengesahkan Musa masih lagi hidup, bercanggah dengan laporan di sini.

“Beliau masih lagi hidup dan mereka telah berkumpul semula pada 1.00 pagi Rabu. Mereka minum kopi. Laporan berita Malaysia salah,” kata Idjirani menurut portal atas talian saluran tersebut.

Jurucakap tersebut juga mempertikaikan angka daripada pihak berkuasa Malaysia mengenai bilangan kematian militan Sulu, mengatakan hanya 23 anggota kumpulan itu telah dibunuh setakat ini.

Menurut angka daripada polis tempatan, 56 militan Sulu telah gugur sejak serangan bermula pada 1 Mac.

Agensi berita nasional melaporkan semalam pertempuran senjata yang terbaru antara pasukan keselamatan dan kumpulan pemberontak, dua lelaki bersenjata Sulu terbunuh, meningkatkan jumlah kematian militan Sulu kepada 56 orang.

Setakat ini, 10 rakyat Malaysia telah terbunuh, termasuk lapan anggota polis dan dua orang tentera. Seorang lagi remaja, yang identitinya masih tidak diketahui, tertembak mati semasa operasi Ops Daulat.

Agbimuddin, adik kepada lelaki yang mendakwa dirinya Sultan Sulu Jamalul Kiram III, mendarat di Lahad Datu, Sabah pada 9 Febuari dengan sekumpulan 235 lelaki bersenjata untuk menuntut negeri Malaysia timur itu.

Selepas percubaan berunding secara aman oleh kerajaan Malaysia dan pemerintah Filipina gagal, pasukan keselamatan menggempur pemberontak bersenjata di Kampung Tanduo.

Selepas dua hari Ops Daulat dilancarkan , keluarga Kiram menuntut gencatan senjata tetapi enggan menarik keluar tentera mereka dari Lahad Datu.

Sebagai tindak balas, Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak menolak permintaan itu, memberitahu kumpulan bersenjata untuk menyerah tanpa syarat atau berhadapan dengan kematian.

Terdahulu hari ini, Ketua Polis Sabah Datuk Hamza Taib mengakui bahawa pasukan keselamatan masih belum memahami Agbimuddin, walaupun selepas sembilan hari Ops Daulat.

Polis juga percaya, Agbimuddin tidak pernah keluar dari kawasan berkenaan sejak pencerobohan pada 12 Februari lepas.

“Sebagai ketua dia tidak akan lari. Kami masih yakin dia bersama kumpulan itu,” katanya seperti dilapor oleh agensi berita Bernama pagi tadi. /~TMI

Saksikan Klip Video ini..


Jeneral Hj. Musa yg mengetuai ketenteraan sultan sulu, diprcayai terbunuh dalam serangan manakala lelaki yg menerima topi daripada hj.musa merupakan "Tali Barut" pengganas.. Video ini terperolehi dari salah seorang pengganas yg berjaya dibunuh. kedengaran dalam perbualan mereka ada menyebut "LAHAD DATU"... Dipercayai rakaman ini dibuat sebelum berlakunya peperangan.
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Followers