Syaitan sangat
tidak suka kalau ada manusia yang taat kepada Allah. Kerana itulah syaitan
selalu berusaha menggoda manusia agar tergelincir dari jalan Allah. Dalam
menggoda manusia, syaitan memiliki berbagai cara dan strategi. Dan yang sering
dipakai adalah dengan memanfaatkan hawa nafsu, yang memang memiliki
kecenderungan mengajak kepada keburukan (ammaratun bis su '). Syaitan seakan
mengetahui kecenderungan nafsu kita, dia terus berusaha agar manusia keluar
dari garis yang telah ditentukan Allah.
Salah satu
sebab kehancuran umat manusia adalah kerana hubungan lawan jenis yang tidak
sah. Dan sebelum terjadinya hubungan ini, biasanya didahului dengan saling
memandang, saling tertarik, lalu saling bertemu, dan selanjutnya saling
bermaksiat. Untuk menjayakan terjadinya proses kemaksiatan inilah
syaitan berusaha melepaskan hijab atau pakaian muslimah. Lepasnya
hijab muslimah merupakan jalan licin yang mudah menggelincirkan manusia dari
ketaatan kepada Allah.
Ini adalah
tahap-tahap yang digunakan oleh syaitan dalam melepas pakaian muslimah:
1.
Menghilangkan Definasi Hijab.
Pada tahap ini,
syaitan membisikkan kepada para wanita, bahawa pakaian apa pun termasuklah
hijab, tiada kaitannya dgn agama, ia hanya sekadar pakaian atau gaya hiasan
bagi para wanita. Jadi tidak ada pakaian syar'ie. Pakaian, dengan apa
pun bentuk dan namanya, tetap juga dikira pakaian.
Akibatnya,
ketika zaman telah berubah, atau kebudayaan manusia telah berganti, maka tidak
ada masalah utk pakaian ikut berganti juga. Demikianlah pula ketika seseorang
berpindah dari suatu negeri ke negeri yg lain, maka harus baginya untuk
menyesuaikan diri dengan pakaian penduduknya, walau apa pun yang mereka pakai.
Berbeza halnya
jika seorang wanita berkeyakinan bahawa hijab adalah pakaian syar'ie (identiti
keIslaman), dan memakainya adalah ibadah, bukan sekadar gaya (fashion). Bagi
mereka ini, biar hidup dalam zaman dan negeri mana sekalipun, hijab syar'ie
akan tetap dipertahankan.
Pertama: Membuka Bahagian Tangan
Telapak tangan
mungkin sudah kebiasaannya terbuka, maka syaitan membisikkan kepada para wanita
agar ada sedikit peningkatan model yakni membuka bahagian hasta (siku hingga
telapak tangan). "Ah tidak mengapa, kan masih pakai tudung dan pakai baju
panjang?" Begitu bisikan syaitan. Dan benar, si wanita akhirnya memakai
pakaian model baru yang menampakkan tangannya, dan ternyata para lelaki
melihatnya juga seperti biasa saja. Maka syaitan berbisik, "Lihat ...
tiada apa-apa, kan?"
Kedua: Membuka Leher dan Dada
Setelah
menampakkan tangan menjadi kebiasaan, maka datanglah syaitan untuk membisikkan
perkara baru. "Kini buka tangan sudah menjadi lumrah, maka perlu ada
peningkatan model pakaian yang lebih maju lagi, yakni terbuka bahagian atas
dada kamu. Tapi jangan sebut sebagai pakaian terbuka, hanya sekadar sedikit
untuk mendapatkan hawa, agar tidak panas. Cubalah! Orang pasti tidak akan
peduli, sebab hanya sebahagian kecil sahaja yang terbuka. "
Ketiga: Berpakaian Tapi Telanjang
Seterusnya
syaitan berbisik lagi, "Pakaianmu hanya biasa-biasa saja .. bagaimana
kalau kamu cari fesyen atau bahan lain yang lebih bagus?". Si wanita
berfikir sejenak. Pakaian yang macam mana ya? "Banyak fashion dan kain
yang agak tipis, lalu bentuknya dibuat agak ketat biar lebih sedap dan cantik dipandang,"
syaitan memberi idea baru.
Maka tergodalah
si wanita. Dicarinya model pakaian yang ketat dan kain yang tipis bahkan
transparant. "Mungkin tak ada masalah, kan potongan pakaiannya masih
panjang, hanya bahan dan model nya saja yg agak berbeza, biar nampak lebih
feminin," begitu dia menambah. Dan hasilnya pakaian tersebut akhirnya
menjadi budaya di kalangan wanita muslimah, makin hari makin bertambah ketat
dan transparant, maka jadilah mereka wanita yang disebut oleh Nabi sebagai
wanita kasiyat 'ariyat (berpakaian tetapi telanjang!).
Keempat: Agak dibuka Sedikit
Setelah para
wanita muslimah memakai pakaian yang ketat, maka syaitan datang lagi. Dan
sebagaimana biasa, dia menawarkan idea baru yang sepertinya "cool"
dan "vogue", yakni dibisikkan kepada wanita itu, "Pakaian
seperti ini membuat anda susah berjalan atau duduk, soalnya sempit, apa tak
sebaiknya dibelah hingga lutut atau mendekati paha? Dengan itu kamu akan lebih
selesa, lebih kelihatan lincah dan energik. " Lalu dicubalah idea baru
itu, dan memang benar, dengan dibelah mulai dari bahagian bawah hingga lutut
atau mendekati paha, ternyata membuat lebih selesa dan selesa, terutama ketika
mahu duduk atau naik kenderaan. "Ya .... tersingkap sedikit tak mengapa
lah, yg penting enjoy," katanya.
2. Terbuka
Sedikit Demi Sedikit.
Kini syaitan
melangkah lagi, dengan tipu daya lain yang lebih "power", tujuannya
agar para wanita menampakkan bahagian aurat tubuhnya.
Pertama: Membuka Telapak Kaki dan Tumit
Syaitan
berbisik kepada para wanita, "Baju panjang benar-benar tidak praktikal,
kalau hanya dgn membelah sedikit bahagiannya masih kurang selesa, lebih elok
kalau dipotong sahaja hingga atas mata kaki, barulah agak longgar ... Oh ya,
ada yang terlupa, kalau kamu pakai baju sedemikian, maka jilbab yang besar
tidak sepadan lagi, skrg kamu carilah tudung yang kecil agar lebih serasi dan
sepadan, asal orang tetap menamakannya dengan tudung. "
Maka para
wanita yang terpengaruh dengan bisikan ini terburu-buru mencari fashion pakaian
yang dimaksudkan. Tidak ketinggalan sandal tumit tinggi, apabila
berjalan, dapat menarik perhatian orang.
Kedua: Membuka Seperempat Hingga Separuh Betis
Terbuka telapak
kaki telah biasa dia lakukan, dan ternyata org yang melihat juga tidak begitu ambil
peduli. Maka syaitan kembali berbisik, "Ternyata kebanyakan manusia
menyukai apa yg anda lakukan, buktinya mereka tidak ada reaksi apa-apa, kecuali
hanya beberapa orang. Kalau langkah kakimu masih kurang selesa, maka cubalah
kamu cari fashion lain yg lebih menarik. Bukankah kini banyak skirt separuh
betis dijual di pasaran? Tidak usah terlalu terbuka, hanya terlihat kira-kira
sepuluh sentimeter saja. Nanti kalau sudah biasa, barulah kamu cari fashion
baru yang terbuka hingga separuh betis. "
Ketiga: Terbuka Seluruh Betis
Kini di mata si
wanita, zaman benar-benar telah berubah, syaitan telah berhasil membalikkan
pandangan jernihnya. Kadang-kadang si wanita berfikir, apakah ini tidak
menyelisihi para wanita di masa Nabi dahulu. Namun bisikan syaitan dan hawa
nafsu menyahut, "Ah jelas tidak, kan sekarang zaman sudah berubah, kalau
zaman dulu para lelaki mengangkat pakaiannya hingga setengah betis, maka
wanitanya harus menyelisihi dengan menjulurkannya hingga menutup telapak kaki,
tapi kini lain, sekarang banyak lelaki yang menurunkan pakaiannya hingga bawah
mata kaki, maka wanitanya harus menyelisihi mereka iaitu dengan mengangkatnya
hingga setengah betis atau kalau perlu lebih ke atas lagi, sehingga nampak
seluruh betisnya. "
"Tetapi
apakah itu tidak menjadi fitnah bagi kaum lelaki?" . "Fitnah? Ah, itu
kan zaman dulu, di masa itu kaum lelaki tidak suka kalau wanita menampakkan
auratnya, sehingga wanita-wanita mereka lebih banyak duduk di rumah dan pakaian
mereka sangat tertutup. Tapi sekarang sudah berbeza, kini kaum lelaki kalau
melihat bahagian tubuh wanita yang terbuka, mereka malah senang dan mengatakan
'ooh' atau 'wow'. Bukankah ini bererti sudah tidak ada lagi fitnah, kerana
sama-sama suka? Lihat saja fashion pakaian di sana-sini, dari yang di pasar
malam hingga yang di jual di butik, membeli-belah, semuanya memperagakan fesyen
yang dirancang khusus untuk wanita moden di zaman ini. Kalau kamu tidak
mengikutinya, akan menjadi wanita yang ketinggalan zaman. "
3. Serba Mini
Setelah pakaian
yang menampakkan betis menjadi pakaian sehari-hari dan dirasakan biasa-biasa
saja, maka datanglah bisikan syaitan yg lain.
"Pakaian
memerlukan variasi, jangan yang itu-itu saja, sekarang ini model skirt mini,
dan agar sepadan, rambut kepala harus terbuka, sehingga benar-benar kelihatan
indah."
Maka akhirnya
skirt mini yang menampakkan bahagian bawah paha dia pakai, bajunya pun
bervariasi, ada yang terbuka hingga lengan tangan, terbuka bahagian dada
sekaligus bahagian punggungnya, dan pelbagai fesyen lain yang serba pendek dan
mini. Koleksi pakaiannya sangat beraneka ragam, ada pakaian untuk berpesta,
bersosial, pakaian kerja, pakaian rasmi, pakaian malam, petang, musim panas,
musim sejuk dan lain-lain, tidak ketinggalan pakaian pendek separuh paha pun
dia ada. Model dan warna rambut juga ikut bervariasi, semuanya telah dicuba.
Begitulah sesuatu yang sepertinya mustahil untuk dilakukan, ternyata kalau
sudah dihiasi oleh syaitan, maka segalanya menjadi serba mungkin dan diterima
oleh manusia.
Hingga suatu
ketika, muncul idea untuk mandi di kolam renang terbuka atau mandi di pantai,
di mana semua wanitanya sama, hanya dua bahagian paling ketara saja yang
tersisa untuk ditutupi, iaitu kemaluan dan buah dada. Mereka semua memakai
pakaian yg sering disebut "bikini". Kerana semuanya begitu, maka
harus ikut begitu, dan na'udzubillah bisikan syaitan berhasil, tujuannya
"Membogelkan Kaum Wanita" tercapai.
"Seterusnya
terserah kamu wahai wanita, kamu semua sama, telanjang di hadapan lelaki lain,
di tempat awam. Aku berlepas diri kalau nanti kelak kamu sama-sama di neraka.
Aku hanya menunjukkan jalan, engkau sendiri yang melakukan itu semua, maka
tanggunglah sendiri semua dosamu" kata syaitan, tidak mahu mengambil
risiko.
Demikianlah
halusnya cara yg digunakan syaitan, sehngga manusia terjerumus dalam dosa tanpa
terasa. Selamatkan para wanita muslimah, jangan jerumuskan mereka ke dalam
kebinasaan yang menyengsarakan, baik di dunia mahupun di akhirat.-DI
-sumber