Selepas apa yang berlaku di Syria, akhirnya terbongkarlah makar dan
konspirasi Iran
dan Syiah dalam menyembelih umat Islam Ahli Sunnah dan hubungan akrab mereka
dengan Yahudi.
Kesan daripada itu, Syiah di seluruh dunia seperti
cacing kepanasan apabila umat Islam bangkit mempersoalkan ajaran mereka yang
radikal itu, tidak terlepas juga dengan Syiah jadi-jadian di Malaysia. Apa yang
saya bawakan di sini ialah risalah bertajuk BULAN PERPADUAN ISLAM DAN
PEMBEBASAN AL-QUDS (AL-AQSA) SEDUNIA setebal 47 helaian yang disebarkan secara
meluas. Risalah ini penuh dengan tipu daya dan suntikan jarum Syiah dengan
slogan 'perpaduan Sunni, Syiah dan Salafi'. Artikel ini juga mempunyai selitan
iklan ECPI iaitu sebuah air berjenama.
Berkenaan ECPI:
1. Menurut cerita-cerita orang di Melaka, jenama air
ECPI yang bernilai mahal adalah cara syiah membiayai jariangan mereka. Air yang
dijual pada harga setinggi RM7-8 sebotol besar itu adalah terlalu mahal.
2. Teknoloji yang dikatakan diguna untuk Electro
Lustered Positive Ion Water tidak lojik langsung dari segi penerangan
saintifiknya.
3. Dengan harganya yang mahal, ianya dapat dijual
sebagai Multi Level Marketing (MLM) dan terbina jaringan syiah yang ada
kepentingan komersil dan menjana kewangan untuk pergerakan mereka.
4. Adapun penipuan ECPI ini telah dibongkarkan. Boleh
rujuk di sini: aididmuaddib.blogspot.com/2010/12/ecpiaq-air-jamban-lagi-baek-bro.html Blog tersebut mendedahkan ijazah, universiti dan
qualification doktor-doktor yang disebut dalam laman web dan brishur adalah
penipuan belaka.
Berkenaan hubungan ECPI dengan Syiah boleh dibaca
seperti laporan berikut:
[[Mohd Ali berkata semua masjid dan surau di negeri ini
yang pernah menerima sumbangan minuman kesihatan itu juga diarah tidak lagi
menerimanya.
"Kita tidak tahu sebelum ini individu itu
berselindung di sebalik produk yang dikeluarkannya untuk menyebarkan fahaman
Syiah," katanya.
Produk minuman kesihatan itu agak popular di negeri ini
dan kini dilaporkan mengembangkan sayapnya ke Lembah Klang menerusi usahasama
dengan sebuah syarikat dari negara China.
Mohd Ali juga berkata tiada masjid di negeri ini yang
menyebarkan fahaman Syiah.