Ternyata gambar ini walaupun ‘simple’ tetapi ternyata ia mengandungi sejuta makna yang tersirat.
Bekas Timbalan Presiden PAS, Nasaruddin Mat Isa hari ini dilihat
bersama-sama dengan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak
mengadakan pertemuan dengan tokoh ulama terkenal di Arab Saudi iaitu
Sheikh Dr Abdullah Hamad Jalaly, Mufti Masjidil Haram Makkah Sheikh Dr
Sulaiman Al Salumi dan Ketua Hakim Mahkamah Makkah Dr Saleh Darwish.
Ketiga-tiga
ulama itu mengunjungi Najib yang mengetuai delegasi Malaysia pada
Sidang Kemuncak Luar Biasa Pertubuhan Kerjasama Islam (OIC) yang
berlangsung di kota suci Makkah mulai hari ini.
Mungkin adalah terlalu awal untuk mengaitkannya dengan ‘penghijrahan’
Nasaruddin ke dalam UMNO kerana yang pasti beliau masih seorang ahli
Pas.
Tetapi berdasarkan ‘gerak tubuh’ Nasaruddin sebelum ini,
adalah tidak mustahil beliau akan menyertai UMNO seperti mana khabar
angin yang bertiup kencang sejak akhir-akhir ini.
Sama-sama kita tunggu....
-sumber