PERHATIAN!: KEPADA BLOGGER YG INGIN BERTUKAR LINK, SILA TINGGALKAN JEJAK DI RUANG KOMEN.. TQ

Saturday, 18 August 2012

Ulama Pas: Tidak perlu kerjasama Umno, PR dikuat hadapi PRU

KUALA TERENGGANU – Pas tidak memerlukan kerjasama Umno, sebaliknya mengambil sikap untuk terus menguatkan kedudukan Pakatan Rakyat (PR) bagi menghadapi pilihan raya umum akan datang.

Timbalan Ketua Dewan Ulama Pas Terengganu, Abu Bakar Abdullah berkata, perkara itu telah pun diputuskan di peringkat kepimpinan untuk memastikan tumpuan penuh diberikan bagi memastikan kemenangan Pas dan PR.

“Pas ambil sikap untuk menguatkan kedudukan PR dan pimpinan tidak melihat ke arah itu,” katanya kepada Sinar Harian, di sini.

Beliau berkata, perpaduan dengan Umno tidak perlu memandangkan dasar perjuangan Pas sesuai untuk semua kaum selari dengan slogan ‘Pas untuk Semua’ berbanding Umno yang hanya berasaskan satu kaum sahaja.

Sehubungan itu, katanya, lebih baik Umno menyertai Pas kerana mereka tiada halangan sama sekali untuk bertindak sedemikian.

“Lebih baik begitu. Umno kena berani bertindak untuk menyertai Pas. Kita tidak menerima Umno sebelum ini kerana mereka tidak ubah dasar daripada kebangsaan kepada Islam,” katanya.

Beliau turut menjelaskan, Dewan Himpunan Penyokong Pas juga merupakan kalangan bukan Islam yang menyokong dasar perjuangan yang dibawa parti itu.

“Dewan Himpunan Penyokong Pas pun bukan orang Islam tetapi menyokong perjuangan Pas untuk mendaulatkan negara Islam,” katanya.

Menurutnya, mana-mana pihak tidak akan mengalami kerugian dengan menyokong Pas demi kebaikan bersama.

Sementara itu, beliau yang juga Pengerusi Lajnah Kebajikan Pas Pusat turut turun padang memeriahkan Ramadan dengan meraikan seramai 133 pesakit di Hospital Sultanah Nur Zahirah (HSNZ), di sini.
Dalam lawatan tersebut, beliau turut memberi sumbangan wang tunai, kurma dan air Darussyifa’.

Hadir sama, Yang Dipertua Pas Kawasan Kuala Terengganu yang juga Adun Ladang, Datuk Tengku Hassan Tengku Omar dan dua isteri Presiden Pas iaitu Toh Puan Sri Zainab Awang Ngah dan Dr Rozita Mohd Saad./-Sinar Harian
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Followers