PERHATIAN!: KEPADA BLOGGER YG INGIN BERTUKAR LINK, SILA TINGGALKAN JEJAK DI RUANG KOMEN.. TQ

.

Thursday, 7 March 2013

Penceroboh kata 10 maut, 10 ditawan, 4 cedera

Jamalul Kiram III yang mendakwa sebagai sultan Sulu mengakui bahawa 10 orang pengikutnya di Lahad Datu maut semasa pertentangan dengan pasukan keselamatan Malaysia manakala 10 lagi ditawan.
Empat lagi pengikut berkenaan tercedera, kata jurucakap sultan itu menurut laporan agensi berita Reuters.

“Mereka tidak akan pulang, dan rela mati jika dikepung,” katanya, mengulas mengenai saki baki pengikutnya di Sabah.

Media Filipina ABS-CBN juga memetik kenyataan Idjirani bahawa kesultanan itu mahu mendapat khabar mengenai 10 anggota bersenjatanya yang ditawan pasukan keselamatan Malaysia.

Mengulas dakwaan pihak keselamatan Malaysia bahawa 13 penceroboh Filipina terbunuh dalam pertentangan itu, Idjirani berkata hanya 10 orangnya yang maut manakala selebihnya adalah orang awam.

Dalam perkembangan berkaitan, Manila setakat ini masih belum mengambil tindakan ke atas Jamalul, 75, yang kini menetap di Taguig City, Manila

Kuala Lumpur berusaha mengekstradisi Jamalul untuk membawanya ke muka pengadilan.

-malaysiakini
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Followers