Sultan Sulu : Jikalau
diikutkan sebenarnya bukan cakap-cakap kosong tetetapi berdasarkan
beberapa penyelidikan, pemerintahan Sultan Sulu (Jamalul Kiram III)
sebagai Sultan Sulu telah tamat sejak 1990. Sultan Sulu, Jamalul Kiram
III ini jugalah yang menghantar pasukan ‘tentera SULU’ ke Sabah (SEPERTI DI SINI) untuk membuat kacau dan mencemar kedaulatan Malaysia seperti apa yang berlaku sekarang ini…..
- Ada yang mengatakan adik Jamalul Kiram III, Esmail Kiram II merupakan Sultan Sulu yang sah.
- Tetapi Jamalul Kiram III mendakwa bahawa beliau ialah Sultan Sulu yang sah (ketua kerajaan Kesultanan Islam Sulu)
- Hakikatnya, pemerintahan Sultan Sulu, Jamalul Kiram II tamat pada 1936, baginda meninggal dunia tanpa seorang pewaris.
- Sultan Sulu terakhir yang diiktiraf kerajaan Filipina ialah Ismael Kiram I pada 1974. Selepas kematiannya kerajaan Filipina enggan mengiktiraf sultan-sultan seterusnya walaupun mereka ditaati oleh penduduk setempat
Sebelum ini Jamalul Kiram III
memberitahu, Kesultanan Islam Sulu pernah menguasai sebahagian Pulau
Borneo termasuk Sabah selain beberapa gugusan pulau di selatan Filipina.
Sejarah Sultan Sulu VS Sabah?
KESULTANAN
Sulu adalah sistem monarki tradisional Islam orang-orang Tausug yang
meliputi wilayah Basilan, Palawan, Sulu dan Tawi-Tawi di Filipina iaitu
Wilayah Autonomi Islam Mindanao (ARMM) dan bahagian timur Sabah.
Ia diasaskan pada tahun 1457 oleh ulamak bernama Sharif Abu Bakar, yang menyandang gelaran Sultan Shariful Hashim selepas mengahwini Paramisuli iaitu seorang puteri tempatan.
Pada
1675, setelah tentera Sulu berjaya menyelesaikan perang saudara di
Brunei, Sultan Sulu dihadiahkan dengan Borneo Utara (kini timur Sabah).
- Ya!!! Memang benar! Sejarah telah membuktikan Kesultanan Sulu (sultan Sulu) pernah memerintah Sabah. Akan tetapi lelaki yang mendakwa dirinya sekarang adalah Sultan Sulu & Borneo Utara iaitu “Sultan” Jamalul Kiram III mungkin terlupa sesuatu.
- “Baginda” atau dia mungkin terlupa pada tahun 1878, Kesultanan Islam Sulu melalui tindakan datuknya sendiri telah mengadakan perjanjian dengan Syarikat Borneo Utara British (SBUB) dan akhirnya bersetuju untuk “menyewakan” atau perkataan yang lebih tepat iaitu pajakan negeri Sabah (Borneo Utara) kepada SBUB dan akhirnya menyerahkannya kepada kuasa Eropah pada masa itu iaitu British (Sebelum pembentukan Malaysia).
- Pajakan dilakukan berdasarkan kehendak sendiri dan ia relevan sehingga ke hari ini. Kesultanan Sulu kemudiannya berada di bawah kawalan Sepanyol tetapi pada 1885 mereka menandatangani Protokol Madrid dengan Britain dan Jerman bagi melepaskan apa-apa tuntutan ke atas Borneo Utara.
- Kesultanan itu berakhir apabila Sultan Jamalul Kiram II menandatangani Perjanjian Carpenter pada 22 Mac 1915, di mana dia menyerahkan semua kuasa politik kepada Amerika Syarikat. Sabah yang merupakan bekas koloni British menjadi sebahagian persekutuan Malaysia pada 1963
- Berdasarkan perjanjian pajakan tersebut, kesultanan Sulu diberikan pampasan tahunan berjumlah sekitar AS$1,700 (RM5,264) menurut nilai semasa.
- Yang menariknya, apakah yang Sultan Sulu dan barisan tenteranya lakukan pada masa ketika Sabah dijajah oleh Jepun?
- Jika benar “Baginda” mempunyai hak di Sabah, adakah “baginda” pernah menghantar “Tentera Diraja Sultan Sulu” untuk membebaskan Sabah? (Seperti kekacauan yang berlaku di Lahad Datu Sabah sekarang?)
- Jawapannya TIDAK!!! Malah sebelum Malaysia ditubuhkan pada 16 September 1963, Sultan Sulu ketika itu iaitu Sultan Muhammad Esmail E. Kiram I sendiri telah menyerahkan ‘hak’ pemerintahan baginda di Borneo Utara kepada Filipina yang ditadbir Presiden Macapagal pada 12 September 1962 dan tidak menghalang pembentukan Malaysia. Ini secara tidak langsung menunjukkan Sultan Sulu ketika itu “tidak serius” dan bersikap “lepas tangan” dan akhirnya pada 1989 kerajaan Filipina telah mengugurkan tuntutan mereka ke atas Sabah demi memperbaiki hubungan Diplomatik dengan Malaysia.
- Walaubagaimanapun, Filipina masih terus mengiktiraf Kesultanan Sulu sebagai sebuah entiti berdaulat sehingga kematian Sultan Mohd Mahakuttah A. Kiram pada tahun 1986. Kini terdapat sekurang-kurangnya 11 pihak menuntut gelaran Sultan Sulu, termasuk Sultan Jamalul Kiram III.
- Ya!! Hakikatnya, sekarang ini kerajaan Malaysia tetap & masih membayar RM5300 kepada Sultan Sulu sebagai wang saguhati, tetapi “Sultan Sulu” yang yang ada sekarang ini mahukan lebih daripada itu iaitu mahukan 50% wang hasil ekonomi Sabah.
- Sejak itu Malaysia membayar RM5,300 sebagai bayaran serahan setiap tahun kepada Kesultanan Sulu, keturunan bekas Sultan Sulu tidak merebut kembali wilayah berkenaan, sebaliknya bersetuju untuk menerima pembayaran serahan berdasarkan perkiraan sebelumnya. Mengapa baru sekarang Sultan Sulu mahu merampas Sabah semula yang telah pun diiktiraf PBB???
Sultan Sulu (Jamalul Kiram III). Mengapa Tidak Menuntut Guna Saluran Yang Betul?
Bagi
kami kisah kesultanan Sulu sudah pun menjadi cerita dalam buku sejarah.
Zaman beliau sudah lama berakhir. British telah mengambil Sabah &
Sarawak, Belanda pula merampas semua tanah borneo yang lain.
Amerika/Sepanyol pula menguasai tanah-tanah di Filipina. Sebenarnya
kekuasaan Kesultanan Sulu sudah tamat.
Walaubagaimanapun, mereka masih lagi bernasib baik apabila “keturunan mereka tidak diapa-apakan”.
Sejak Britain sehinggalah kepada kerajaan Malaysia sendiri telah
membayar “cession money” kepada Sultan Sulu. Bagi kami Sultan Sulu
sepatutnya bersyukur kerana masih lagi menikmati terus duit daripada
kerajaan Malaysia walaupun sebenarnya mereka sudah tidak relevan lagi.
Andaikata mahu Sultan Sulu sekalipun mengapa tidak menggunakan saluran yang betul? Melalui PBB contohnya?
P/S : Tiada masalah untuk menyokong
Kesultanan Sulu. Tetapi ada bezanya di sini, kami rakyat Malaysia
umumnya & rakyat sabah amnya sama sekal tidak akan menyokong usaha
Sultan Sulu dan pengikutnya menuntut Sabah.
PP/S : Waris Sultan Sulu
yang sepatutnya menjadi raja yang sah pun “diam-diam” sahaja. Yang
sudah tidak relevan lagi berlebih-lebih….Apa pendapat anda pula dan
informasi yang anda boleh kongsikan bersama kami di sini?
- berita semasa