PERHATIAN!: KEPADA BLOGGER YG INGIN BERTUKAR LINK, SILA TINGGALKAN JEJAK DI RUANG KOMEN.. TQ

Wednesday, 6 March 2013

10,000 orang Tausug dari Basilan, Sulu, Tawi-Tawi dan Zamboanga Belayar Ke Sabah?

Laporan Philippine Daily Inquirer itu memetik Pengerusi Jawatankuasa Majlis Agama Islam Barisan Pembebasan Kebangsaan Moro (MNLF), Habib Hashim Mudjahab yang memberitahu;

“Kami tidak boleh lagi menghentikan kaum kami. Ramai antara kami yang marah dan kebanyakan mereka, termasuklah golongan bukan pejuang, akan pergi ke Sabah bagi membantu tentera Sultan Sulu di sana,”. Baca di sini..



Mudjahab berkata sekurang-kurangnya 10,000 orang Tausug dari Basilan, Sulu, Tawi-Tawi dan Zamboanga telah menyertai kumpulan pengikut Sultan Jamalul Kiram III dan mereka kini sedang bersembunyi di sebuah kampung di Sabah melalui sebuah laluan di Filipina yang dikenali sebagai “southern backdoor” (jalan belakang selatan), laluan yang biasa digunakan oleh para pedagang kecil.

Mudjahab berkata, kumpulan bantuan itu belayar dalam kumpulan kecil agar mudah bagi mereka untuk memasuki Sabah tanpa disedari.

“Sekatan tentera laut tidak akan memberikan apa-apa kesan kepada kami, kumpulan tentera sedar akan perkara itu. Kami telah berjaya melepasi sekatan mereka ketika rejim Marcos. Kami boleh memasuki Sabah dengan mudah dan tidak mendatangkan sebarang syak,” tambah Mudhajab.

Beliau mengulas tentang sekatan tentera laut yang dilakukan oleh pasukan Tentera Laut Filipina dan Pengawal Pantai bagi memastikan tiada sesiapa pun yang akan membantu tentera Sultan Sulu yang kini berada di Sabah.

Beberapa hari lalu, Mudjahab berkata bahawa beliau telah menasihati beberapa komander MNLF supaya tidak ke Sabah bagi membantu sekumpulan 200 penceroboh di Lahad Datu yang tiba pada 9 Februari lalu bagi mendapatkan hak kesultanan di Sabah.

“Saya telah memberitahu mereka supaya tidak memberi sebarang arahan kepada pengikut mereka dan jaga emosi mereka terhadap perkara ini. Namun, Presiden Benigno Aquino III sering berpihak kepada Malaysia. Ini telah menaikkan kemarahan kaum kami. Presiden perlu sedar bahawa kaum Tausug kini sedang ditindas, dan kami perlu bangkit,” kata Mudjahab.






Namun pada itu Gabenor Wilayah Pentadbiran Autonomi Islam Mindanao (ARMM), Mujiv Hataman menafikan dakwaan Barisan Pembebasan Nasional Moro (MNLF) bahawa ribuan etnik Tausug sedang menuju ke Sabah.

Kenyataan MNLF pimpinan Nur Misuari itu disifatkan sebagai strategi menakut-nakutkan rakyat Sabah.

"Itu tidak benar. Tiada sesiapa pun dari selatan Mindanao sedang bergerak ke Sabah," kata Mujiv.

Beliau mengulas kenyataan MNLF yang mendakwa ribuan etnik Tausug sedang menuju ke Sabah untuk membantu kumpulan pengganas yang dipimpin individu yang mendakwa Sultan Jamalul Kiram III.

Gabenor Mindanao itu mengulangi gesaan terhadap penceroboh Kiram supaya berundur dari Sabah.

Menurut Mujiv, ARMM akan meneruskan usaha memujuk kumpulan penceroboh itu supaya berundur dan mengingatkan mereka supaya mempertahankan persaudaraan atas nama Islam.

"Semua orang Islam bersaudara. Saya sekali lagi menggesa mereka (penceroboh) menamatkan pencerobohan di sana," kata Mujiv.

Tambah beliau, ARMM sehingga ini terus berhubung dengan kumpulan Kiram namun mereka bertegas dengan pendirian untuk tidak berundur.

"Kiram mendesak rundingan dijalankan pada peringkat neutral seperti badan-badan antarabangsa mengenai tuntutan (ke atas Sabah) sebelum menghentikan pencerobohan," ujar Mujiv.

Reaksi Manila

Sementara itu di Manila, jurucakap Presiden Benigno Aquino III, Ricky Carandang hari ini berkata, kerajaan Filipina telah menggunakan semua pendekatan untuk mengelak pencerobohan di Sabah berakhir dengan keganasan.

Kenyataan itu dibuat selepas kerajaan Malaysia melancarkan serangan ke atas penceroboh yang berkubu di Kampung Tanduo, dekat Lahad Datu, mulai pagi ini.

"Kami telah melakukan segala yang terdaya yang boleh bagi menghalang kejadian ini berlaku tetapi pengikut Kiram memilih jalan tersebut," kata Carandang.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Followers