PERHATIAN!: KEPADA BLOGGER YG INGIN BERTUKAR LINK, SILA TINGGALKAN JEJAK DI RUANG KOMEN.. TQ

Saturday, 9 March 2013

PANAS Oleh ZAHEEDAH KIRAM: SHAFIE APDAL LIAT BAYAR HUTANG?

Oleh : ZAHEEDAH KIRAM





NAIB Presiden UMNO, Dato' Seri Mohd Shafie Apdal disifatkan sebagai liat membayar hutang sehingga memalukan UMNO kerana gagal mematuhi Konsep 'Janji Ditepati' yang dipelopori Presiden UMNO.




Peniaga Bumiputera, Karim Ahmad, mendedahkan bahawa Shafie Apdal telah berhutang dengan syarikatnya Hazrim Sukanika pada 1994 sejumlah RM12,600 ketika diminta membekalkan alat binaan dan alat pejabat kepada Pejabat UMNO Semporna.


"Sehingga kini setelah beberapa kali saya minta, Shafie hanya membayar RM200. Cukup memalukan dan menghina peniaga bumiputera seperti saya," ujar Karim yang kesal kerana UMNO masih mengekalkan pemimpin yang tidak berhati perut berkenaan.



Menurut Karim, hutang berkenaan telah diakui sah dan disaksikan oleh Ketua Daerah Semporna, OKK Haji Musa Hj Sabaani yang ketika itu bertugas sebagai Penyelia KEMAS Semporna.



Walaupun Karim telah memberikan notis tujuh hari bermula 4 Februari 2013 kepada Shafie untuk menjelaskan hutang berkenaan, namun sehingga ke hari ini tidak mendapat sebarang respon dan akan menyerahkan kepada peguamnya untuk mengambil tindakan undang-undang.



Kini jumlah hutang Shafie ialah RM31,248 setelah mengambilkira kadar kerugian 8% setahun selama 19 tahun.



"Sehubungan itu, saya menyeru agar rakyat Semporna menilai semula sokongan mereka terhadap Shafie kerana tidak bertanggung jawab dan sentiasa menindas peniaga dan mereka yang bersimpati dengan perjuangan UMNO selama ini," ujar Karim yang kesal kerana menerima nasib yang sama dengan puluhan peniaga lain./~SABAHKINI

2 comments:

  1. la kenapa baru sekarang nk heboh2kn...

    ReplyDelete
  2. Tak caya lah.....kat Z**** Rafeek tu sekali cucuk dibayar beratus ribu.......

    ReplyDelete

BERADABLAH KETIKA MENGOMEN... TQ

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Followers