PERHATIAN!: KEPADA BLOGGER YG INGIN BERTUKAR LINK, SILA TINGGALKAN JEJAK DI RUANG KOMEN.. TQ

.

Monday, 4 March 2013

Penceroboh Sabah ibarat isytihar perang

SHAH ALAM - Pasukan keselamatan negara perlu bertindak tegas terhadap sekumpulan penceroboh di Lahad Datu yang dilihat mengancam keselamatan negara.

Ketua Kluster Politik, Keselamatan dan Hal Eh-wal Antarabangsa Majlis Profesor Negara (MPN), Prof Datuk Dr Mohamed Mustafa Ishak berkata, Sabah adalah sebuah wilayah Malaysia.

Oleh itu, pasukan keselamatan mesti mempertahankan kedaulatan negara daripada sebarang ancaman pihak asing.

Katanya, pencerobohan sekumpulan orang yang dikatakan sebagai tentera kerajaan kesultanan Sulu itu adalah satu pencabulan ke atas Malaysia.

“Kerajaan dan pasukan keselamatan negara sudah beri amaran, masa dan peluang berunding agar berundur, tetapi berlaku ketegangan hingga korbankan anggota keselamatan kita.

“Mereka ini ibarat isytiharkan perang ke atas negara kita. Justeru kita tidak boleh biarkan keselamatan, nyawa dan negara berada dalam situasi bahaya,” katanya /~SH




Comment (1)

Loading... Logging you in...
  • Logged in as
rakyak perhatin's avatar

rakyak perhatin · 629 weeks ago

TENTERA DIRAJA SULU TELAH ISTIHAR PERANG CUKUP DENGAN SENJATA TAPI PIHAK MALAYSIA TENTERA UNTUK BANTUAN TEKNIKAL DAN LOGISTIK SAHAJA DAN DI LETAK DI BAHAGIAN BARISAN KE 2, SUNGGOH SEDIH DAN RAKYAK DAH MULA HILANG KEYAKINAN KRISIS INI BERLARUTAN DAN INI BOLIH MENJEJASKAN SOSIAL EKONOMI KAWASAN ITU.

Post a new comment

Comments by

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Followers