PERHATIAN!: KEPADA BLOGGER YG INGIN BERTUKAR LINK, SILA TINGGALKAN JEJAK DI RUANG KOMEN.. TQ

.

Friday 8 March 2013

Kawasan Keselamatan Khas Pula Di Sabah? | oleh: Mohd Sayuti Omar

Tujuan kunjungan Najib Razak ke kawasan sedang bergolak di Lahad Datu Sabah hari ini di samping meninjau keadaan di sana ia juga untuk mengumumkan sesuatu yang penting dan mengejutkan serta boleh diterjemahkan dengan berbagai tujuan di sebaliknya.

Hari ini Najib telah mengumumkan penbentukan kawasan yang dipanggil Kawasan Keselamatan Khas di Sabah? Perwujudan kawasan itu kononnya untuk menjaga kedaulatan dan keselamatan di kawasan perairan pantai Sabah.

Kawasan yang termasuk didalam kawsan keselamatan khas ini ialah Kudat, Tawau, Kunak, Sandakan dan Lahad Datu.

Dengan perwujudan kawasan keselamatan khas ini membolehkan kerajaan menempatkan beberapa 'kabin' sementara supaya ia dapat berfungsi dengan segera.

Perwujudan kawasan seprerti ini katanya pernah diwujudkan pada tahun 1972, menubuhkan Rajang Area Security Commad (RASCOM) iaitu pasukan kawalan keselamatan di Ranjang Sarawak dan pasukan ini berjaya menghapuskan ancaman komunis di negeri itu

Kawasan-kawasan terlibat di Rajang itu ialah, Sibu, Kanowit, Oya, Dalat, Bintagor, Sarikei, Julau, Song dan Kapit. Perwujudan kawasan keselamatan itu dibuat pada zaman Tun Razak Hussein. Jadi apakah hari ini bila Najib mengumumkan perkara sama ia mengambil ilham daripada bapaknya?

Kalau ia ikhlas untuk tujuan keselamatan dan keamanan kita mengucapkan syabas kepada kerajaan yang mengambil berat kepada keselamatan rakyat dan kedaulatan negara. Namun begitu pengumuman Najib hari ini mengejutkan kerana ia kontras dengan laporan sebelum ini yang membayangkan pihak pasukan keselamatan kita berjaya mengawal keadaan dan menyekat penceroboh.

Menerusi sidang media yang diadakan dari masa ke semasa pasukan keselamatan kita optimis keadaan di Lahad Datu dan sekitar kembali pulih seperti sedia kala. Malahan menteri pertrahanan Zahid Hamidi memberi amaran agar tidak membuat spekulasi keadaan di Lahad Datu itu.

Manakala media massa pula sering membuat lintas langsung melaporkan keadaan di kawasan bergolak tenang dan orang ramai hidup seprerti biasa. Visual odio nyang dihantarkan untuk disaksika oleh orang ramai menyakinkan bahawa keadaan di Lahad Datu dapat dikawal.

Tetapi bila tiba-tiba Najib mengumumkan pembentukan kasan keselamatan khas itu ia menjadi tanda tanya dan persoalan.

Yang mana satu kita hendak percaya? Apakah kenyataan oleh pasukan keselamatan kita ataupun Najib Razak?

Disebabkan ramai tidak tahu status keadaan di Lahad Datu bagaimana sebenarnya, menyebabkan kita tidak boleh membuat penilaian apakah perwujudan ala-ala RASCOM itu perlu atau pun tidak di Sabah? Sebab itulah rakyat seluruhnya mahu ketelusan dan kejujuran kerajaan dalam memberi maklumat mengenai perkembangan di Lahad Datu itu.

Jadi bila tiba-tiba kerajaan bersetuju menubuhkan kawasan keselamatan istimewa ia menjadi tanda tanda. Apakah perwujudan kawasan keselamatan khas itu bukan bermotifkan politik? Inilah persoalan yang mungkin timbul. Kerajaan dan Najib sendiri perlu menjawab dengan tuntas dan memberi penjelasan berhubung keperluan mewujudkan zone keselamatan khas ini.

Dalam konteks fikiran umum hari ini apa-apa yang dibuat oleh Najib ia tidak dapat lari dari ada hubung kait dengan pilihan raya. Apa lagi kejadian di Lahad Datu itu sudah ditafsirkan sebagai satu stretegi politik?

Jangan sesekali mengambil kesempatan atas apa yang berlaku untuk meraih keuntungan politik. Kita semua bersetuju soal keselamatan tidak boleh dijadikan isu politik atau pun pihak kerajaan ingin mengutik hasil politik daripadanya. Ia adalah jijik dan perbuatan itu mengajar rakyat supaya tidak lagi mempercayai pasrti memerintah.

Bagi pendapat saya sebelum kerajaan memutuskan untuk mewujudkan kawasan keselamatan demikian elok kalau kerajaan menerima pandangan atau cadangan pihak pembangkang agar memanggil sidang khas parlimen untuk membincang apa yang berlaku di Sabah itu. Dengan ada sidang khas atau pun kertas putih ia memberi pencerahan kepada rakyat, dan rakyat juga tidak kebingungan dengan apa yang berlaku.

Anihnya kenapa kerajaan enggan menerima cadangan pembangkang itu? Apakah semua cadangan dari pembangkang berbau tahi? Sekali lagi dinyatakan apa-apa saja perkembangan atau yang berhubung dengan negara tidak boleh dipendamkan atau pun diselesaikan dalam gelap.

Menyelesaikan masalah yang ada kaitan dengan rakyat samalah tindakan cuba merelaikan jala atau pukat yang kusut di dalam gelap. Makin direlai ia menjadi makin kusuk dan busuk. Najib harus berani dan gentlemen? [wm.kl.7:24 pm 07/03/13]

2 comments:

  1. With thanks from Draperstown ;)

    Feel free to surf to my website ... paper heavier grades

    ReplyDelete
  2. Hi! I know this is kind of off topic but I was wondering which blog platform are you using for this website?
    I'm getting fed up of Wordpress because I've had problems with hackers and
    I'm looking at alternatives for another platform. I would be great if you could point me in the direction of a good platform.

    Feel free to visit my webpage - paläodiät

    ReplyDelete

BERADABLAH KETIKA MENGOMEN... TQ

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Followers