KUALA LUMPUR – Penyanyi terkenal, Nur Shila Amir Amzah, 22 atau mesra
dipanggil Shila Amzah hari ini berkata yang dirinya telah berhijrah dan
akan terus mengekalkan imej bertudung.
Beliau berkata,
gambar-gambar dirinya yang bertudung yang banyak tersebar di media
sosial kini adalah imejnya yang terkini dan bukan ‘eksperimen’ cara
bertudung atau sebagainya.
“Alhamdulillah, Shila jadikan
bulan Ramadhan ini sebagai permulaan penghijrahan dan insyallah Shila
akan terus bertudung,” jelasnya sewaktu dihubungi MyNewsHub di sini hari
ini.
Pengesahan itu penting apabila ada peminat Shila
yang kerap kali mempersoalkan di laman sosial Twitter adakah identiti
bertudung itu hanya sementara atau akan kekal.
Ramai peminat berasa teruja lantaran melihat imej terbaru Shila sejak bermula bulan Ramadhan, kira-kira dua minggu lalu.
Jika
kita lihat pada akaun Twitter Shila, tidak kira sama ada gambar profil
mahupun setiap gambar yang dimuat naik olehnya, pasti dia mengekalkan
imej bertudung.
Penyanyi yang popular dengan lagu Patah Seribu
turut menghargai para peminat yang menyokong dan mendoakan supaya dia
terus mengekalkan imej bertudung.
Memfokuskan beribadat pada bulan
Ramadhan, Shila juga menyertai beberapa majlis amal seperti program
berbuka puasa, bersahur bersama peminat dan pelbagai lagi.
Selain itu, anak kepada penyan turut menjayakan beberapa rakaman bagi program yang bakal disiarkan pada Syawal akan datang.
Apabila
ditanya berkenaan status perhubungan bersama Sharnaaz Ahmad serta niat
untuk melayari bahtera perkahwinan, dia lebih gemar untuk tidak memberi
sebarang kenyataan.
“Macam tak manis pula bila pihak wanita yang bercakapkan pasal isu ni.
” Shila rasa soal perkahwinan tu elok ditanya pada Sharnaaz,” ujar Shila dalam nada gembira.
Semoga ada berita gembira yang akan hadir kepada peminat-peminat Shila yang sudah sekian lama menanti.
Oleh: HARITS ASYRAF
-mynewhub