PETALING JAYA: Insiden Memey Suhaiza dan Abby Abadi berpelukan sambil
menangis merupakan saat paling bermakna apabila kedua-dua mereka mahu
menamatkan persengketaan yang terjadi selama ini.
Norman Hakim berkata, peristiwa itu berlaku ketika dia bersama
isterinya, Memey mahu mengambil anak-anak yang berada bersama Abby di
sebuah lokasi di Shah Alam.
"Ketika itu tujuan saya dan Memey ke Shah Alam bertujuan untuk ambil
anak-anak saya yang pada waktu itu dengan Abby. Kalau nak ikutkan sejak
sekian lama saya dan Abby agak jarang berkomunikasi apatah lagi Memey.
"Dan apabila sampai di lokasi itu, tiba-tiba Abby menarik tangan Memey dan memeluknya sambil menangis.
"Saya agak terkejut dan semua senyap seketika. Anak-anak pula menjerit
'yeay! Mummy dan mama dah baik!". Terasa macam filem Hindustan pula. Ia
adalah satu keajaiban sebenarnya yang penuh bermakna dalam bulan Ramadan
ini," ceritanya ketika dihubungimStar Online di sini petang Khamis.
Tambah Norman, keadaan itu juga membuatkan dia begitu sebak dan
bersyukur kerana doanya untuk melihat bekas isteri dan Memey
menghapuskan sengketa terlaksana dan seterusnya dapat menyatupadukan
keluarga.
"Saya ada juga tanya kepada mereka, apa yang membuatkan kedua-duanya kembali berdamai? Mereka cakap ' ini rahsia perempuan'.
"Apa-apa pun saya bersyukur kepada Ilahi tiada lagi persengketaan antara
kami dan yang paling gembira semestinya anak-anak. Anak sulung saya,
Danish siap bergurau dan berkata, kalau mama dan papa kahwin, Danish nak
jadi pengapit," tuturnya.
Menceritakan pula detik mereka berbuka puasa bersama-sama di rumah Abby
pada Rabu lalu, Norman telah menghantar SMS (khidmat pesanan ringkas)
meminta kebenaran untuk berbuka puasa di rumah Abby dan dia tidak
mempunyai masalah tentang hal itu.
"Rasa seronok sangat dapat berbuka puasa bersama-sama. Abby dan Memey
juga rancak berbual mengenai bayi di dalam kandungan Memey yang berusia
dua bulan itu.
"Selepas itu, Abby telah menghadiahkan sepasang telekung kepada Memey
sebelum kami menunaikan sembahyang jemaah Maghrib bersama," tuturnya.
Ditanya adakah perdamaian itu membuka jalan untuk Norman mengambil
semula Abby sebagai isteri, pelakon itu hanya menyerahkan perkara
tersebut kepada takdir.
"Saya tak tahu nak cakap apa. Lagipun saya tak tahu apa status Abby
sekarang ini. Cuma saya mengharapkan yang terbaik selepas ini dan akan
sentiasa berdoa serta berusaha untuk menjaga keharmonian keluarga.
"Memey pula sangat fleksibel dengan saya. Malah, dengan apa yang telah
dilakukannya sekarang ini (berbaik dengan Abby) adalah satu pengorbanan
besar sebagai isteri.
"Bagaimanapun, saya dan Memey ada merancang untuk menunaikan umrah
bersama-sama Abby. Itu pun selepas Memey bersalin pada Februari tahun
depan," katanya.
Abby dan Norman pernah berkahwin pada 8 Januari 2002 dan dikurniakan
tiga orang anak iaitu Mohamed Danish Hakim,8, Marissa Dania Hakim,6, dan
Maria Danisha Hakim,3.
Mereka bercerai pada 18 Disember 2008.
I've had kind 1 because I was 16 yrs old and have had migraines as well . It's for the reason that your sugar goes too high and puts excess pressure on
ReplyDeleteyour brain cells causing exspansion of them and which
is what causes the migraines . I got this info from my
dr and also I got a prescription for sumatriptan and
it does help but makes you incredibly drowsy and you cannot do something right after that .
Also see my webpage > diet diabetic