PERHATIAN!: KEPADA BLOGGER YG INGIN BERTUKAR LINK, SILA TINGGALKAN JEJAK DI RUANG KOMEN.. TQ

.

Tuesday, 7 August 2012

Kerajaan kaut duit saman trafik untuk dana pilihan raya?

 Gambar hiasan


(Oleh Aisha Geoffrey)

KUALA LUMPUR 7 Ogos: Ketua Angkatan Muda KEADILAN (AMK), Shamsul Iskandar Md Akin mempersoal tindakan Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) dalam melaksanakan Sistem Penguatkuasaan Automatik (AES) sebagai cubaan untuk membantu kerajaan menjana dana pilihan raya.

AES yang mula dilaksanakan pada bulan Ogos ini disifatkan sebagai membebankan rakyat apatah lagi dengan pindaan Akta Pengangkutan Jalan 1987 dalam sidang Parlimen lepas yang menaikkan kadar saman trafik antara RM300 hingga RM2,000 bagi setiap kesalahan.

“Pindaan undang-undang yang semakin ketat membebankan rakyat, ditambah pula jika hanya melibatkan kesalahan trafik yang kecil. Jika dulu harga saman boleh dirunding mengikut budi bicara majistret tetapi sekarang hakim sendiri terpaksa mengikut peruntukan yang telah ditetapkan,” jelas Shamsul yang juga merupakan peguam.

Tidak cukup dengan kadar saman yang tinggi, Suruhanjaya Khas Mengkaji Transformasi Perkhidmatan Awam turut mencadangkan agar saman dibayar serta merta di lokasi kejadian.

“Ini menimbulkan persoalan adakah rakyat akan terus dizalimi? Adakah JPJ bertindak begitu untuk menjana pendapatan negara.

“Apatah lagi dalam situasi pilihan raya yang semakin hampir, adakah kutipan saman itu sebenarnya untuk membantu kerajaan Umno menjana dana pilihan raya?” soal Shamsul lagi.

Shamsul turut mempertikai tindakan kerajaan yang cuba mengaburi pandangan rakyat dengan memberi bantuan seperti Bantuan Rakyat 1Malaysia (BR1M) tetapi dalam masa sama turut menekan rakyat dengan kos sara hidup yang tinggi.

“Kerajaan bagi gula-gula pilihan raya tak seberapa, lepas itu menekan rakyat dengan pelbagai helah untuk mendapat pulangan balik bantuan yang diberikan, contohnya beri RM500 lepas itu kenakan saman RM2,000,” jelas beliau.

“Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak juga ada umumkan jika mereka menang PRU-13, cukai barang dan perkhidmatan akan dikenakan. Sebab itu, janji Pakatan Rakyat jika menang, semua undang-undang ini akan dikaji dan diteliti, supaya dapat diubah agar tidak membebankan rakyat lagi,” katanya./~keadilandaily

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Followers