PERHATIAN!: KEPADA BLOGGER YG INGIN BERTUKAR LINK, SILA TINGGALKAN JEJAK DI RUANG KOMEN.. TQ

Wednesday, 8 August 2012

Padah Paksa Seks Luar Tabii

SEREMBAN – Seorang lelaki dihadapkan ke Mahkamah Sesyen Jenayah di sini, semalam, atas dua pertuduhan melakukan seks luar tabii terhadap seorang remaja lelaki.

Mohd Khir Firdaus Roseli, 23, tidak diwakili peguam bagaimanapun mengaku tidak bersalah di hadapan Hakim Datin M Kunasundary.

Mengikut pertuduhan, Mohd Khir dengan sengaja melakukan persetubuhan bertentangan dengan aturan tabii iaitu memasukkan kemaluannya ke dalam mulut mangsa tanpa kerelaan, selain melakukan perbuatan kelucahan melampau iaitu menggesel kemaluannya di paha mangsa.

Perbuatan itu dilakukan di Ladang Labu Batu 10, dalam daerah Nilai, kira-kira jam 5.30 petang pada 24 Julai 2012.

Berikutan itu, Mohd Khir didakwa di bawah Seksyen 377 Kanun Keseksaan dan jika sabit kesalahan, boleh dipenjara tidak kurang lima tahun atau tidak lebih 20 tahun serta boleh dikenakan sebat.

Timbalan Pendakwa Raya, Muhamad Abu Hasan Ramli mencadangkan jaminan RM10,000 bagi pertuduhan pertama dan RM5,000 bagi pertuduhan kedua dengan seorang penjamin.

Bagaimanapun, Kunasundary mengurangkan jumlah jaminan kepada RM7,000 dan RM3,000 bagi kedua-dua kes setelah mempertimbangkan rayuan tertuduh yang tidak mampu membayar jaminan tinggi.

Mahkamah menetapkan kes disebut semula pada 6 September dan 8 Oktober depan. – Sinar Harian Online
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Followers