PERHATIAN!: KEPADA BLOGGER YG INGIN BERTUKAR LINK, SILA TINGGALKAN JEJAK DI RUANG KOMEN.. TQ

.

Wednesday, 8 August 2012

Apakah ini benar-benar malapetaka buat rakyat Malaysia ?

Oleh:

Ini betul-betul malapetaka buat rakyat Malaysia bila sebuah Kerajaan yang berlagak macam tuhan "BERBA'IAH" dengan pihak berkuasa supaya saling menjaga kepentingan antara satu sama lain semata-mata. Aku tolong kau, kau wajib tolong aku. Aku bagi 'nikmat' pada kau, kau wajib membalas budi aku.........Dah bersedia hadapi malapetaka ini ?



KUALA LUMPUR, 7 Ogos — Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak hari ini menggesa pasukan keselamatan Polis Diraja Malaysia (PDRM) dan kerajaan saling berbai’ah untuk membantu satu sama lain bagi mendepani cabaran dan perubahan semasa dalam negara.

Dalam ucapannya, Najib berkata di samping melihat kepada perkembangan negara, PDRM juga perlu melihat kepada perubahan dalam landskap negara, sosiopolitik, dan sosioekonomi yang sudah pasti berubah jika dibandingkan pada masa yang lalu.

“Biarlah kita sama-sama berbai’ah ... kalau kerajaan membantu PDRM, PDRM juga akan membantu kerajaan.

“Unsur globalisasi, ledakan maklumat, teknologi ICT, dan akses kepada pendidikan lebih luas menjadikan masyarakat yang mana sikap dan pemikiran masyarakat serta harapan dan jangkaan kita hari ini jauh berbeza berbanding masa lalu,” kata perdana menteri itu di hadapan hampir 5,000 anggota polis sewaktu memberikan ucapan pada Majlis Berbuka Puasa PDRM bersama perdana menteri di Pusat Latihan Polis (Pulapol) di sini.

Jelas Najib lagi cabaran baru itu bukan sahaja memerlukan kebertanggungjawaban besar daripada PDRM, tetapi juga agensi-agensi kerajaan yang lain.

“Justeru, kita perlu positif dan menyahut cabaran ini. Kita memerlukan kepimpinan yang tegas dan berkesan, SOP (prosedur operasi standard) yang dikemaskinikan dalam persekitaran baru, dan teknologi terkini yang boleh dimiliki.

“Pendek kata, apa sahaja yang perlu dikuasai, kita hendaklah berupaya menguasai segala yang boleh memberi kita kelebihan untuk menghadapi cabaran baru,” tegasnya.

Menjelaskan perkara tersebut, Najib berkata rakyat kini lebih sedar tentang hak asasi manusia dan soal perundangan yang mana mereka turut menuntut kepada prinsip kebertanggungjawaban, bukan sahaja  daripada pihak polis dan kerajaan, bahkan juga dari pihak lain.

“Cabaran ini tidak unik kepada negara kita sahaja, bahkan dunia sedang berdepan cabaran yang kadangkala tidak tahu bagaimana nak menganani cabaran tersebut.

“Anggaplah Ini sebuah masyarakat dalam peralihan. Kalau kita jadi negeri maju menjelang 2020, dalam menjurus ke arah itu, sudah tentu warganegara Malaysia, sikapnya, pemikirannya, citarasa, dan  jangkauannya juga akan berubah,” tambahnya lagi.

“Di sinilah cabaran kepada PDRM,” katanya dan menambah PDRM juga perlu melalui proses transformasi yang mana membolehkan PDRM berdepan dengan masyarakat yang meletakkan harapan begitu tinggi kepada PDRM untuk mengekalkan dalam negara.

Sehubungan itu, beliau mengharapkan PDRM akan menjayakan Program Transformasi Kerajaan yang direncanakan kerajaan di bawah pentadbirannya.

“Kita mengharapkan PDRM akan menjayakan GTP 2 sepertimana GTP 1 ... kita meletakkan harapan tinggi pada PDRM.

“Jangan kecewa kalau ada polemik tentang angka,” tambahnya lagi. Sumber MI


*** Jangan lupa yang ini....
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Followers