Seorang lelaki tergamak menjadikan anak tirinya berusia lima tahun
sebagai pemuas nafsu di sebuah kampung di Pekan Masjid Tanah di sini,
Khamis minggu lalu.
Lelaki berusia 29 tahun itu diberkas polis dari
Cawangan Seksual, Kanak-Kanak dan Keganasan Rumahtangga (D11) Ibu
Pejabat Polis Kontinjen (IPK) negeri, kira-kira jam 10 malam keesokan
harinya.
Timbalan Ketua Bahagian Siasatan Jenayah (Risikan dan
Operasi) negeri, Superintendan R Gunarajan berkata, penahanan dilakukan
selepas pihaknya menerima laporan ibu mangsa berhubung perlakuan sumbang
suaminya terhadap mangsa.
“Menurut wanita berusia 30 tahun itu, mangsa (anaknya) dipaksa melakukan seks oral ketika dia tiada di rumah.
“Mangsa
kemudian didapati menangis di rumah pengasuh yang juga jirannya, namun
enggan memberitahu apa-apa. Sejurus ibunya bergegas pulang melihat
keadaan anaknya itu, mangsa kemudian menceritakan kejadian sebenar jam
2.30 petang Khamis minggu lalu,” katanya di sini, semalam.
-sumber