PERHATIAN!: KEPADA BLOGGER YG INGIN BERTUKAR LINK, SILA TINGGALKAN JEJAK DI RUANG KOMEN.. TQ

Saturday, 11 August 2012

Sejarah politik Sabah membimbangkan BN

Kerajaan negeri pimpinan Usno, Berjaya dan PBS tumbang apabila ramai pemimpinnya keluar parti.

 PETALING JAYA: Kerajaan negeri Sabah pimpinan BN akan tumbang jika ramai pemimpin mereka keluar parti dan menubuhkan parti baru sebagaimana  yang berlaku kepada kerajaan negeri terdahulu.

Bekas Ketua Umno Silam di Sabah,  Datuk Mohd Yusuf Apdal berkata, tiga kerajaan negeri iaitu Usno, Berjaya dan Parti Bersatu Sabah (PBS) tumbang setelah ramai pemimpin mereka keluar parti dan menubuhkan parti baru.

“Dalam sejarah politik Sabah menunjukkan apabila ramai pemimpin  parti memerintah keluar, kerajaan negeri akan tumbang.

“Apabila Datuk (kini Tan Sri) Haris Salleh keluar Usno dan menubuhkan Berjaya, kerajaan Usno tumbang. Bila Tan Sri Pairin Kitingan keluar Berjaya  dan menubuhkan PBS, Berjaya tumbang.

“Selepas itu apa Datuk Seri Panglima Lajim Ukin dan Datuk Ruben Balang keluar PBS, PBS tumbang.
“Itulah sejarah politik negeri Sabah. Jika ramai lagi pemimpin keluar, kerajaan negeri akan tumbang,” katanya.

Baru-baru ini dua ahli Parlimen BN iaitu Lajim dan Datuk Seri Wilfred Bumburing keluar BN. Bumburing menubuhkan Angkatan Perubahan Sabah atau Sabah Reform Front. Manakala Lajim menubuhkan Pakatan Perubahan Sabah.

Bagaimanapun, Mohd Yusuf melihat  tindakan kedua-dua pemimpin itu menyebabkan kerajaan negeri dalam bahaya atau ditumbangkan dalam pilihan raya umum akan datang.

Beliau memberi alasan kerana pengaruh Lajim dan Bumburing hanya berkisar di kawasan mereka iaitu Beaufort dan Tuaran.

“Saya tidak nampak pengaruh Lajim di kawasan-kawasan lain, hanya untuk kawasan dia sahaja,” katanya lagi.
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Followers