PERHATIAN!: KEPADA BLOGGER YG INGIN BERTUKAR LINK, SILA TINGGALKAN JEJAK DI RUANG KOMEN.. TQ

.

Monday 20 May 2013

Pasca PRU13: Cabar Najib... | Muhyiddin tiada cara lain selamat diri

KUALA LUMPUR: Di pemilihan Umno akan datang, sekiranya Tan Sri Muhyiddin Yassin memilih untuk tidak mengambil risiko untuk mencabar Presiden Umno Datuk Seri Najib Razak dan mempertahankan jawatannya, itu adalah penamat kareer politik buat beliau.

“Kedudukan Najib sekarang hanya seorang saja yang mampu mencabarnya iaitu Muhyiddin. Tapi di tempat Muhyiddin, ramai calon yang bakal mencabarnya contohnya (bekas Ketua Menteri Melaka Datuk Seri Mohd) Ali Rustam, (Pengerusi Felda Tan Sri) Isa Samad dan juga (Naib Presiden Umno Datuk Seri) Hishamuddin Hussein dan (Naib Presiden Umno, Datuk Seri) Shafie Apdal,” kata sumber Umno kepada Harakahdaily.

Jika Muhyiddin memilih untuk mempertahankan jawatan, kata sumber Umno itu, itu adalah langkah membunuh kareer politik beliau sendiri.

"Apakah Najib dan (Datin Seri) Rosmah (Mansor) akan membantu Muhyiddin mempertahankan jawatan ataupun memilih satu timbalan yang baru yang boleh dijinakkan sehingga sampai Pilihanraya Umum ke 14? Muhyiddin tahu jawapan itu dengan jelas,” tambah beliau lagi.

Hujah beliau, nak atau tidak, Muhyiddin terpaksa mencabar Najib untuk menyelamatkan kareer politiknya dalam Umno.

“Muhyiddin rasanya boleh menggunakan Perkasa untuk memanjang hayat politik beliau. Perkasa kini melenting pada Najib apabila mereka disisihkan daripada kabinet tapi Hindraf pula diberi masuk.

"Bila Perkasa melenting, tahulah kita apa perasaan dan pandangan Tun (Dr Mahathir). Kabinet yang diputuskan Najib kini menyebabkan sekurang-kurangnya tiga anak panah kini menghala ke beliau – satu dari Sabah/Sarawak, satu Tun dan satu Perkasa,” kata beliau.

Ketika ditanya mengapa beliau merasakan Muhyiddin tidak dapat mempertahankan jawatan Timbalan Presiden Umno jika dicabar oleh Ali Rustam dan Isa Samad, beliau menjawab “paip air Muhyiddin tak cukup kuat.”

“Jangan lupa kali ini 146,500 perwakilan akan mengundi. Ali Rustam sudah mencipta rekod di Malaysia dengan membuat kenduri kahwin anaknya RM600,000 untuk 60,000 orang. Isa Samad pula ada Felda. Muhyiddin ada apa?” kata beliau dengan berseloroh.

“Di PRU13, BR1M RM500 senjata berkesan. Agak-agaknya apakah nilai BR1M untuk pemilihan Umno kali ini? Gabungan paip air siapa lebih besar akan menang perlawanan kali ini,” tambah beliau lagi.

Seramai 146,500 perwakilan Umno daripada 161 bahagian di seluruh negara akan membuat pemilihan pucuk pimpinan Umno pada akhir tahun ini selaras dengan pindaan perlembagaan parti pada 2009.

Kalau sebelum ini hanya perwakilan ke PWTC sahaja yang akan mengundi untuk jawatan tertinggi Umno, kali semua perwakilan dalam mesyuarat bahagian juga mengundi.

-http://wargamarhaen.blogspot.com/2013/05/pasca-pru13-muhyiddin-tiada-cara-lain.html

1 comment:

  1. Tak habis2 rasuah dalam UMNO ni! Nak pilih pemimpin pun kena rasuah? Memang haramzadeh lah UMNO nih!

    ReplyDelete

BERADABLAH KETIKA MENGOMEN... TQ

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Followers