MIRI: PAS Sarawak mempertikaikan kenaikan gaji mendadak
pemimpin kerajaan negeri Sarawak sebagaimana yang diluluskan oleh Dewan
Undangan Sarawak kelmarin.
Timbalan Pesuruhjaya PAS Sarawak,
Jofri Jaraiee dalam kenyataannya berkata, kenaikan itu tidak wajar
kerana kehidupan rakyat sarawak sangat dhaif dan di bawah taraf
kemiskinan sedangkan pendapatan mereka sangat tinggi.
"Pendapatan
ketua menteri dan timbalan ketua menteri serta menteri-menteri yang
dilantik sudah cukup mewah daripada kenaikan gaji baru tersebut," kata
Jofri dalam kenyataannya.
Gaji ketua menteri Sarawak, timbalan
ketua menteri, menteri-menteri serta wakil rakyat dan mereka yang
dilantik dalam kabinet Sarawak meningkat lebih dari tiga kali ganda mula
1 Januari 2012.
Kenaikan gaji kali terakhir untuk kabinet Sarawak dalam pindaan gaji dibuat ialah pada 1992.
Gaji Ketua Menteri, Datuk Patinggi Abdul Taib Mahmud naik dari RM13,000 ke RM39,000 sebulan iaitu kenaikan tiga kali ganda.
"Kalau
dilihat daripada kehidupan seharian mereka jelas mereka hidup dalam
keadaan mewah serta mampu memiliki asset yang lebih daripada hasil gaji
yang mereka terima selama ini.
"Kita mahu setiap wakil rakyat
termasuk ketua menteri dan keseluruhan anggota kabinet mengisytiharkan
harta masing-masing untuk membuktikan yang mereka ini bebas dari
menerima rasuah atau memiliki hasil dari sumber yang lain selain dari
gaji yang mereka terima," kata Jofri (gambar kanan) dalam kenyataannya.
Sepatutnya
kerajaan BN Sarawak memberi tumpuan kepada nasib rakyat Sarawak yang
masih mundur dan hidup dalam kemiskinan dari menaikkan gaji ketua
menteri dan menteri-menteri yang berlipat kali ganda daripada hasil
pendapatan rakyat yang masih dibawah taraf kemiskinan, katanya.
"Kita
mencadangkan, adalah lebih baik memberi peruntukkan kepada setiap DUN
(Dewan Undangan Negeri) tanpa mengira parti politik mana yang dipilih
rakyat daripada menaikkan gaji ketua menteri dan timbalan ketua menteri
serta menteri-menteri yang dilantik kecuali wakil rakyat yang dipilih,"
cadang Jofrie.
Katanya, untuk wakil rakyat yang dipilih terutama
sekali wakil rakyat pembangkang perlu kenaikan gaji sebab mereka tidak
diberi peruntukan yang sama seperti wakil rakyat BN.
Dengan
adanya peruntukan tersebut wakil rakyat di setiap DUN dapat memberi
perkhidmatan yang terbaik untuk rakyat setempat dan dengan ini akan
dapat membantu menaiktaraf kehidupan penduduk dalam kawasan DUN
tersebut.
"Kita mengesa kerajaan BN Sarawak bersikap adil kepada
semua wakil rakyat yang dipilih tanpa mengira fahaman politik dengan
memberi peruntukan yang sama seperti wakil rakyat BN," tambah beliau.
Tambahnya
lagi, setiap peruntukan yang diberi kepada setiap wakil rakyat akan
dipantau oleh badan odit yang bebas dari cengkaman politik agar ianya
dapat membantu melincinkan pentadbiran negeri dari unsur-unsur salahguna
kuasa dan rasuah.
Dengan adanya peruntukan tersebut, rakyat yang akan menikmati hasil bukannya hanya ketua menteri dan anggota dewan negeri saja.
"Kita
harap perkara ini mendapat perhatian dan pertimbangan yang sewajarnya
dari kerajaan negeri Sarawak demi kesejahteraan rakyat semua tanpa
mengira bangsa, agama dan fahaman politik," katanya lagi.(Harakahdaily)
Saya bersetuju dengan kenaikan 300% dengan syarat ianya hendaklah meliputi keseluruhan perkhidmatan awam di seluruh Malaysia. Keaeaan ini perlu bagi mengimbangi cadangan YB Datuk Seri Idris Jala berhubung cadangan mengenakan cukai GST sebanyak 7% yang meliputi cukai yang dikenakan kepada pengilang, pengedar, pemborong, peruncit dan akhirnya akan diserap oleh pengguna. Kesan cukai 7% akan menyebabkan kesan kenaikan harga barangan sebanyak jangkaan 270%. Oleh itu, kenaikan 300% gaji di Sarawak ini adalah wajar dan sesuai pada masanya. Tahniah kepada rakyat Sarawak.
ReplyDeletesesuai ya dak menteri sahaja...yang rakyatnya? gaji minimum lagi belum impose.....ceh!
ReplyDeletechristian louboutin outlet
ReplyDeletenike air max
yeezy
yeezy shoes
ferragamo belts
balenciaga shoes
coach outlet
christian louboutin shoes
christian louboutin outlet
air max 270