KUALA LUMPUR:
Di pemilihan Umno akan datang, sekiranya Tan Sri Muhyiddin Yassin
memilih untuk tidak mengambil risiko untuk mencabar Presiden Umno Datuk
Seri Najib Razak dan mempertahankan jawatannya, itu adalah penamat
kareer politik buat beliau.
“Kedudukan Najib sekarang hanya
seorang saja yang mampu mencabarnya iaitu Muhyiddin. Tapi di tempat
Muhyiddin, ramai calon yang bakal mencabarnya contohnya (bekas Ketua
Menteri Melaka Datuk Seri Mohd) Ali Rustam, (Pengerusi Felda Tan Sri)
Isa Samad dan juga (Naib Presiden Umno Datuk Seri) Hishamuddin Hussein
dan (Naib Presiden Umno, Datuk Seri) Shafie Apdal,” kata sumber Umno
kepada Harakahdaily.
Jika Muhyiddin memilih untuk mempertahankan
jawatan, kata sumber Umno itu, itu adalah langkah membunuh kareer
politik beliau sendiri.
"Apakah Najib dan (Datin Seri) Rosmah
(Mansor) akan membantu Muhyiddin mempertahankan jawatan ataupun memilih
satu timbalan yang baru yang boleh dijinakkan sehingga sampai
Pilihanraya Umum ke 14? Muhyiddin tahu jawapan itu dengan jelas,” tambah
beliau lagi.
Hujah beliau, nak atau tidak, Muhyiddin terpaksa mencabar Najib untuk menyelamatkan kareer politiknya dalam Umno.
“Muhyiddin
rasanya boleh menggunakan Perkasa untuk memanjang hayat politik beliau.
Perkasa kini melenting pada Najib apabila mereka disisihkan daripada
kabinet tapi Hindraf pula diberi masuk.
"Bila Perkasa melenting,
tahulah kita apa perasaan dan pandangan Tun (Dr Mahathir). Kabinet yang
diputuskan Najib kini menyebabkan sekurang-kurangnya tiga anak panah
kini menghala ke beliau – satu dari Sabah/Sarawak, satu Tun dan satu
Perkasa,” kata beliau.
Ketika ditanya mengapa beliau merasakan
Muhyiddin tidak dapat mempertahankan jawatan Timbalan Presiden Umno jika
dicabar oleh Ali Rustam dan Isa Samad, beliau menjawab “paip air
Muhyiddin tak cukup kuat.”
“Jangan lupa kali ini 146,500
perwakilan akan mengundi. Ali Rustam sudah mencipta rekod di Malaysia
dengan membuat kenduri kahwin anaknya RM600,000 untuk 60,000 orang. Isa
Samad pula ada Felda. Muhyiddin ada apa?” kata beliau dengan berseloroh.
“Di
PRU13, BR1M RM500 senjata berkesan. Agak-agaknya apakah nilai BR1M
untuk pemilihan Umno kali ini? Gabungan paip air siapa lebih besar akan
menang perlawanan kali ini,” tambah beliau lagi.
Seramai 146,500
perwakilan Umno daripada 161 bahagian di seluruh negara akan membuat
pemilihan pucuk pimpinan Umno pada akhir tahun ini selaras dengan
pindaan perlembagaan parti pada 2009.
Kalau sebelum ini hanya
perwakilan ke PWTC sahaja yang akan mengundi untuk jawatan tertinggi
Umno, kali semua perwakilan dalam mesyuarat bahagian juga mengundi.
-http://wargamarhaen.blogspot.com/2013/05/pasca-pru13-muhyiddin-tiada-cara-lain.html
Tak habis2 rasuah dalam UMNO ni! Nak pilih pemimpin pun kena rasuah? Memang haramzadeh lah UMNO nih!
ReplyDelete