Oleh: Shahbudin Husin
Bekas Menteri Pertanian Dan Industri Asas Tani, Noh Omar menuruti jejak
langkah Zahid Hamidi, sebagai pemimpin kedua dalam UMNO yang masih
mengekalkan sifat sombong dan angkuh dalam menangani kehendak dan rasa
tidak puas hati yang wujud di kalangan sesetengah rakyat.
Jika Zahid yang baru dilantik sebagai Menteri Dalam Negeri menyarankan
mereka yang tidak setuju dengan sistem pilihanraya negara ini berpindah
ke negara lain, Noh Omar pula menyarankan mereka ini supaya tinggal di
dalam hutan.
Mereka yang tidak suka dengan sistem pilihanraya negara ini sewajarnya
tinggal di dalam hutan, katanya yang juga Timbalan Pengerusi UMNO
Selangor.
Sebagaimana kenyataan Zahid yang membangkitkan kecaman umum, termasuk
Khairy Jamaluddin yang baru dilantik sebagai Menteri Belia Dan Sukan
seakan tidak bersetuju dengan pandangan separa matang itu dan
menganggapnya hanyalah pandangan peribadi, kenyataan Noh Omar ini
tentunya juga mencetuskan naluri yang sama.
Sesiapa pun yang normal tidak akan bersetuju seorang pemimpin bercakap
seperti itu kerana ia menyerlahkan keangkuhan dan kesombongan sebagai
pemimpin, suatu sikap yang amat tidak wajar dimiliki oleh mana-mana
pemimpin sekali pun.
Yang lebih parah, dengan sikap sedemikian. UMNO akan dilihat oleh
rakyat sebagai tidak mahu berubah dan pemimpinnya kekal dengan sikap
sombong, angkuh dan enggan memahami perasaan rakyat.
Andai ramai yang boleh memahami kenapa Zahid mengeluarkan kenyataan
sedemikian rupa yang mungkin disebabkan keghairahan terlampau kerana
dilantik mengepalai kementerian baru, tetapi ramai yang tidak faham
dengan sikap Noh Omar ini. Setelah hilang jawatan menteri dan tidak
dipercayai oleh pucuk pimpinan pun tetapi masih juga mengekalkan ego
sombong serta angkuhnya.
Biasanya seseorang yang hilang jawatan secara mengejut, tambahan pula
misinya untuk menawan Selangor juga gagal yang sekaligus mencerminkan
kegagalannya sebagai pemimpin, akan terduduk menginsafi kesilapan dan
keterlanjuran selama ini sambil berusaha menjadi lebih berhemah, lebih
baik dan memahami rakyat tetapi Noh Omar seperti tidak memiliki sifat
muhasabah diri itu.
Ketika menjadi menteri pun sombong dan angkuh, setelah hilang jawatan juga kekal seperti itu.
Seharusnya dalam keadaan sekarang, beliau bukan saja harus bermusabah
kenapa Selangor gagal ditawan kembali dan rakyat secara majoritinya
lebih meyakini PR di negeri itu tetapi sekurang-kurangnya juga memahami
perasaan rakyat yang sedang bergelora dihatinya dan membantah keputusan
pilihanraya lalu.
Sebagaimana Zahid, Noh juga menempelak rakyat yang didakwanya
mempertikaikan sistem pilihanraya sedangkan apa yang dipertikaikan
rakyat ialah proses pengendalian pilihanraya oleh SPR yang mereka yakini
ada kecacatan dan kelemahan, berat sebelah dan perlu diperbaiki.
Beliau sepatutnya memahami isu yang dibangkitkan dan menyemak
fakta-faktanya terlebih dahulu. Dalam isu dakwat kekal yang
dipertikaikan misalnya, semua orang tahu ia tidak sekekal sebagaimana
yang dipropakan oleh SPR, malah akhirnya SPR juga bersetuju untuk
menubuhkan panel penyiasat bagi menyiasat isu yang paling banyak
diperkatakan itu.
Maknanya, SPR juga mengakui ada kelemahan dan kesilapan.
Dalam memahami hati dan perasaan rakyat, Noh Omar harus membuang
jauh-jauh sifat sombong dan angkuhnya. Fahamilah bahawa rakyat makin
menolak UMNO dan BN. Kekuatan parti itu hanya tinggal di kampung-kampung
dan desa pedalaman saja sedangkan penduduk bandar, separa bandar,
golongan muda dan profesional semakin menjauhkan diri.
Daripada menang 140 kerusi pada 2008, pada pilihanraya lalu makin
berkurangan kepada 133 kerusi saja dan lima tahun lagi belum tentu
apakah nasib UMNO dan BN lagi.
Sementara baru ditolak sebagai menteri oleh Najib, eloklah beliau
memikirkan memperbaiki apa-apa yang patut sebelum ditolak oleh rakyat
pula. (SH 23/05/2013)
- http://shahbudindotcom.blogspot.com/2013/05/yang-hilang-jawatan-menteri-pun-angkuh.html
Suruh Noh Omar dok kandang babi
ReplyDeleteAkhirnya UMNO tunjukkan wajah sebenar mereka iaitu SOMBONG, BONGKAK dan ANGKUH.Majoriti pemimpin Umno dr atas sampai bwh mmg ada ciri2 ni...inilah isi perut Umno.I
ReplyDeleteSudah2 la...terima la seadanya...
ReplyDeleteUMNO memang sombong dan angkuh.Nak kenal orang UMNO senang je.Tengok badan mereka, gemok berisi - kuat melantak.Pantang ada makanan free.Jalan pon terkang-kangkang.Muka langsung tak ada nur.Kalau tak caya perhati-hatikanlah mulai esok.
ReplyDeleteNoh Omar
ReplyDeleteHang pi ddk dalam
kolam udang la
index Dolabuy YSL imp source click over here check my blog like it
ReplyDelete