PERHATIAN!: KEPADA BLOGGER YG INGIN BERTUKAR LINK, SILA TINGGALKAN JEJAK DI RUANG KOMEN.. TQ

.

Tuesday 26 March 2013

Jeneral lima bintang pengganas Sulu masuk ke Sabah menggunakan Pas Lawatan Sosial

SEMPORNA – Jeneral lima bintang pengganas Sulu, Datu Amirbahar Hushin Kiram yang berjaya ditahan pihak berkuasa pada pagi Sabtu lalu didapati menggunakan pas lawatan sosial untuk masuk ke Kampung Tanduo sejak November lalu.

Satu sumber berkata, siasatan juga mendapati pas lawatan yang digunakan Amirbahar yang difahamkan juga merupakan Menteri Pertahanan Suluk itu pula didapati telah tamat tempoh.

“Beberapa dokumen milik Amirbahar dirampas pasukan keselamatan termasuk pasport miliknya. Pemeriksaan mendapati, lelaki itu masuk ke Kampung Tanduo menggunakan pas pelancong sejak November lalu.

“Pasport tersebut telah tamat tempoh Januari lalu,” katanya ketika ditemui di sini semalam.

Menurut sumber itu, Amirbahar ditahan bersama isterinya pada hari Sabtu lalu dekat kawasan Paya Bakau, Kampung Sri Melor Bugaya di sini ketika cuba menyelinap untuk lari pulang ke Filipina.

-sumber

6 comments:

  1. org awam jd bngsa haha. . .knpa ya tk pnah msuk brta tv rmai org awam yg d tmbk oleh plis knpa???

    ReplyDelete
    Replies
    1. "orang awam" di tempat tersebut(tanduo,Simunul) kebanyakan warga pilipin yg datang secara haram dan buat rumah di atas air mereka ini setia dengan ketua sulu mereka kiram dan tidak akan tunduk dengan undang2 malaysia itu pasal mereka kena tembak,pakai parang sanggup lawan pemeriksaan ATM,Polis...kalau paham macam orang sabah mereka beri kerjasama semasa pemeriksaan dan ikut arahan ATM,polis

      Delete
  2. Betul juga kata saudara diatas.. . Dari cerita memang ada org awam yg x terlibat dtembak mati juga. Asal jak nampak mcm org philipin dorang kasi mati terus. Contoh kes budk yg dtembak tu. Ya allah berilah keadilan kpd mereka, tanah sabah ini kurniaanmu untk semua manusia menjalani khdupan smpurna.. Hanya mereka yg tamak berhati iblis sanggup mmbunuh mereka yg x brdosa..

    ReplyDelete

BERADABLAH KETIKA MENGOMEN... TQ

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Followers