PERHATIAN!: KEPADA BLOGGER YG INGIN BERTUKAR LINK, SILA TINGGALKAN JEJAK DI RUANG KOMEN.. TQ

Monday, 25 March 2013

KAMPUNG SIMUNUL 'MINI FiILIPINA' KAMPUNG SAMSENG?

DILEMA.....Kampung Simunul, Semporna, tempat berlakunya pertempuran sepasukan menyebabkan lima anggota polis maut.



KUALA LUMPUR : Pengikut Jamalul Kiram III dipercayai bersembunyi di Kampung Simunul, Semporna, sebelum menyerang pegawai dan anggota polis hingga menyebabkan enam daripadanya terkorban pada 2 Mac lalu, kerana yakin lokasi itu paling selamat daripada pemantauan pihak berkuasa.
 
 
Ini berikutan reputasi perkampungan atas air itu sebagai sarang jenayah hingga digelar ‘kampung samseng’ oleh penduduk tempatan.
 
 
Imej negatif itu menyebabkan kumpulan pengganas memilih kampung terbabit sebagai lokasi persembunyian dan serangan, biarpun kedudukannya jauh dari perairan Filipina berbanding satu lagi lokasi serangan iaitu Kampung Tanduo di Lahad Datu yang dekat dengan perairan negara jiran itu.
 
 
Daripada maklumat penduduk tempatan, Kampung Simunul dikenali penduduk daerah itu sebagai sarang jenayah membabitkan aktiviti penyeludupan rokok dan dadah, termasuk transit kemasukan pendatang haram.
 
 
Malah, kebanyakan penduduk sekitar tidak berani memasuki kampung itu kerana dibanjiri pendatang tanpa izin dari negara jiran hingga digelar 'Mini Filipina'.
 

 
Saya tertarik dengan laporan akhbar Harian Metro ini kerana semakin banyak isu timbul setelah isu pencerobohan oleh Pengganas Sulu Filipina. Jika kita baca laporan akhbar ini, Kampung Simunul merupakan sarang jenayah membabitkan aktiviti penyeludupan rokok dan dadah, termasuk transit kemasukan pendatang haram.
 
 
Kalau tidak berlaku pencorobohan itu memang masalah ini akan terus disembunyikan oleh kerajaan. Yang menjadi persoalan, kenapa tempat ini masih wujud walaupun digelar kampung samseng sehingga berlaku serangan baru kerajaan mahu merobohkan perkampungan atas air?
 
 
Kenapa tidak dihapuskan juga penjenayah di kampung ini yang menjual dadah dan merosakkan anak bangsa? Adakah kerajaan hanya menghapuskan musuh yang bersenjata tapi takut dengan orang yang hanya bersenjatakan UNDI. (METRO)


1 comment:

  1. Polis sendiri sbenarnya takut mau masuk kawasan tu..silap2 bila da masuk langsung x kluar2..

    ReplyDelete

BERADABLAH KETIKA MENGOMEN... TQ

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Followers