MAYAT....Beberapa anggota polis mengangkat mayat Salib yang mati ditembak di sebuah rumah di Simunul, Semporna.
SEMPORNA
: Anggota kanan pengganas Sulu yang menceroboh Sabah, Datu Piah
merupakan antara seorang daripada 30 jeneral yang dihantar oleh Ketua
Pengganas Sulu, Jamalul Kiram III untuk melakukan pencerobohan ke atas
Sabah.
Menurut satu sumber,
sebelum menceroboh Sabah, kumpulan pengganas tersebut telah mengatur
strategi serangan mereka secara terancang.
"Datu
Piah dibantu anak saudaranya, Datu Amirbahar Hushin Kiram untuk
koordinasi pasukan pengganas di Simunul (Semporna), manakala Azzumuddie
dibantu Komander Habib Musa A. Abdullah pula mengatur pergerakan di
Kampung Tanduo, Lahad Datu," katanya.
Baki
28 lagi jeneral kumpulan pengganas itu dipercayai ditugaskan untuk
mengerakkan rancangan jahat mereka di wilayah lain seperti Kunak, Tawau,
Sandakan dan Kota Kinabalu.
Difahamkan,
jeneral-jeneral pengganas tersebut merekrut ahli-ahli untuk menyertai
kumpulan pengganas dalam kalangan penduduk Suluk yang tinggal di
perkampungan atas air di negeri ini.
Dalam
pada itu sebelum ini, seorang panglima yang juga pengawal peribadi
kepada Datu Piah mati selepas ditembak oleh pasukan keselamatan ketika
menyerang polis di sebuah rumah atas air di Simunul, Semporna.
Lelaki
yang dikenali sebagai Salib Sampang atau Imam Mas berusia 50-an itu
dipercayai adalah orang kuat Datu Piah yang menetap di kampung tersebut.
Dalam
operasi pada pukul 10 pagi itu, pasukan keselamatan turut menahan enam
orang termasuk dua wanita dengan salah seorang daripadanya dipercayai
isteri kepada Salib serta seorang lelaki lain dikenali sebagai Totok.
Pesuruhjaya
Polis Sabah, Datuk Hamza Taib berkata, kejadian berlaku apabila
sepasukan anggota keselamatan pergi ke perkampungan tersebut yang
majoritinya didiami warga Filipina untuk melakukan operasi pemeriksaan.
Katanya,
bagaimanapun, penghuni di salah sebuah rumah kayu di kampung itu enggan
memberi kerjasama kepada pihak polis yang mahu memeriksa rumah
tersebut.
"Apabila
seorang pegawai berpangkat Deputi Superintendan memecahkan pintu,
seorang lelaki yang bersenjata parang bertindak agresif menyerang dan
cuba menetak pegawai itu bertubi-tubi.
"Ketika
kejadian, pegawai polis itu bernasib baik kerana sempat mengelak
manakala suspek yang enggan menyerah diri mati ditembak," katanya pada
sidang akhbar baru-baru ini. (KOSMO)
gomo kelate gono
ReplyDelete