PETALING JAYA 26 Mac: Negeri-negeri Pakatan Rakyat akan menamatkan
segala teka-teki berhubung tarikh pembubaran Parlimen bagi membolehkan
Pilihanrayua Umum di adakan dengan menetapkan tarikh 22 April ini bagi
membubarkan Dun.
Tindakan ini akan dilakukan sekiranya perdana menteri tidak memgumumkan pembubaran parlimen sebelum tarikh tersebut.
Menteri Besar Selangor, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim berkata Selangor
telah memutuskan untuk membubarkan Dun pada tarikh tersebut.
Manakala negeri-negeri pakatan lain akan dibawa berbincang untuk mencapai kata sepakat berhubung tarikh bersama pembubaran Dun.
‘Pakatan Rakyat tidak mahu berdolak dalik mengenai pembubaran Dun kerana ia mendatangkan kegelisahan kepada rakyat.
“Pembubaran Dun di Negeri Sembilan yang berlaku hari ini secara
otomatik tidak di izinkan berlaku di negeri pakatan Rakyat,” kata Abdul
Khalid dalam sidang media bersama pimpinan tertinggi Pakatan Rayat di
sini.
Menurut beliau yang juga Adun Ijok, penetapan tarikh tersebut untuk
memberi tekanan kepada perdana menteri untuk membubarkan parlimen.
Menjawab soalan lain Abdul Khalid berkata penetapan tarikh pembubaran
Dun tersebut juga bagi membolehkan SPR membuat keputusan supaya
diadakan pilihanraya serentak.
Sebelum ini SPR menjanjikan tidak akan mengadakan pilihanraya berasingan bagi mengelak penggunaan wang rakyat yang banyak.
Selangor akan tamat tempoh matang Dunnya pada 22 April ini. Manakala Kedah 5 Mei, Pulau Pinang 2 Mei dan Kelantan 28 April.
Sidang media tersebut turut di hadiri Ketua Umum PKR, Datuk Seri
Anwar Ibrahim, Ketua Parlimen DAP, Lim Kit Siang dan Naib Presiden PAS,
Mohamad Sabu.
-sumber