PERHATIAN!: KEPADA BLOGGER YG INGIN BERTUKAR LINK, SILA TINGGALKAN JEJAK DI RUANG KOMEN.. TQ

.

Sunday 2 March 2014

Di mana kekayaan keluarga Taib?

Keluarga yang dipertua negeri Tan Sri Taib Mahmud mungkin menggunakan beberapa syarikat swasta yang dikecualikan (EPC) bagi menyembunyikan kekayaan daripada penelitian awam, menurut mingguan kewangan The Edge Malaysia.

Ini kerana EPC dikecualikan daripada mengemukakan kunci kira-kira ketika memfailkan pulangan tahunan kepada Suruhanjaya Syarikat Malaysia (SSM).

Kebiasaannya, menurut laporan, EPC yang dikaitkan dengan keluarga Taib akan melabur dengan syarikat lain, yang jumlahnya lebih 400 melibatkan pelbagai industri.

“Apabila EPC menerima dividen daripada daripada subsidiari... jejak wang itu hilang kerana EPC tidak diperlukan untuk memfailkan kewangannya,” menurut laporan itu.

Bagaimanapun, menurut laporan itu lagi, tidak menjadi kesalahan untuk menukar syarikat persendirian kepada EPC.
- malaysiakini
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Followers